Thursday, December 8, 2011

.:: MenYeBuT CinTa ::.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana masih diberi umur untuk terus mengamalkan agama. Bagaimana dengan percutian bagi mereka - mereka yang bercuti seperti saya? Harap ianya 'terisi'. Saya berpeluang pulang ke kampung belah umi lebih kurang seminggu. Puas dan gembira. Yelah hujung - hujung tahun ni musim 'orang - orang lelaki' tak ada. Abah keluar Filipina, Atuk pula keluar Perlis, Pak Jang sekali lagi dipilih keluar ke India walaupun baru lagi rasanya keluar masturat Australia, Pak Teh kali ini 2 bulan jalan kaki di Klang dan seingat saya juga sangat - sangat baru keluar masturat India. Banyak korban ni. Allahu Akhbar! Pakcik Soleh pula Allah pilih  untuk ke IPB tahun ni. Tahun ni juga, Atuk dapat duduk sekali dalam bayan hidayat dengan menantu - menantunya. Pilihan Allah, ketetapan tarikhnya pun sama. Makanya, kami semua perempuan yang dikasihi ini, berhimpunlah beramai - ramai. Seronok. Mak Teh yang dalam pantang pun bersusah payah balik kampung. Isk3 Ditambah pula dengan adik - adik sepupu yang masih di madrasah turut bercuti.   


-------------------------------------------


Menyebut Cinta.

Menyebut cinta. Ianya berkaitan perasaan. Rasa cinta. Allah punya 100 kasih sayang. Kita dan makhlukNya yang lain di alam ini berkasih sayang dengan satu kasih sayangNya yang telah diturunkan. 99 lagi Allah simpan untuk kita di sana. Betapa luasnya kasih Allah. Dalam mengejar erti cinta, takut - takut asbab tersasar dalam memaknakannya mengakibatkan hilangnya rasa cinta Allah pada kita. Bagaimanalah hidup ini sekiranya tanpa rahmat dan kasih sayangMu.

Semakin kita cinta kepada Allah, semakin ramai yang mencintai kita. Semakin ramai yang menyayangi kita. Semakin ramai yang suka pada kita. Bunyi macam sama makna je. Isk3. Apabila konon - kononnya rasa cinta kita datang kepada seseorang itu, telitilah semula atas sebab apa rasa cinta itu. Benarkah cinta? Atau.... Rasa itu mungkil terpanggil apabila terlahirnya kekaguman kita terhadap 'dia'. Atau mungkin juga kita suka menikmati zahirnya sehingga berharap untuk memilikinya. Siapa tahu?


-------------------------------------------



Pengorbanan.

Menyebut cinta. Cinta itu sememangnya memetik pengorbanan. Sebagaimana cinta Rasulullah kepada Allah. Baginda korbankan apa sahaja untuk cinta itu. Bagaimana dengan kita? Apa yang telah kita korbankan untukNya? Hem~~ Melihat pada cinta umi pada abah, umi sentiasa redha untuk ditinggalkan kerana apa yang menjadi kecintaan abah turut menjadi kecintaan umi. Semakin banyak korban semakin dalam cinta. Bagaimana kita nak mengenal pasti benda yang paling kita cintai? Mudah sahaja. Andai cinta teragung kita Allah, pasti banyak pengorbanan yang kita lakukan ke arah itu. Pasti banyak masa untukNya kita luangkan. Pasti kita banyak melakukan perkara yang menunjukkan kecintaan kita kepadaNya. Kan~~~ 


-------------------------------------------



Blog.

Andai dihitung - hitung, dikira - kira, disemak - semak kelihatannya masa banyak terluang untuk blogging. Lebih daripada masa bersamaNya. Nah! Itu jawapannya. Bloglah yang paling dicintai. Banyak waktu digunakan untuk berblog. Itu ini blog. Mengadu dengan blog. Menangis dengan blog. Mengumpat dengan blog. Bergaduh dengan blog. Berukhwah dengan blog. Berkongsi dengan blog. Bergambar dengan blog. Berdakwah dengan blog. Membeli dengan blog. Promot dengan blog. Berniaga dengan blog. Serba serbi dengan blog. Bunyinya macam menyalahkan blog je. Isk3 Sebagai peringatan kepada kita agar tidak menjadikan blog sebagai kecintaan.


Mudah! Tanda cinta terletak pada sejauh mana kesanggupan kita dalam berkorban. Boleh terima? Ke macam mana?

Kat kampung...
 Bersama adik bongsu...
^^,


(^-^)y  :- "Membuka tirai bagi menulis tentang cinta (lain macam je bunyi ni)"    

    

Ditulis di,

29 comments:

Yatie Awang said...

Assalamualaikum...
seronoknya bercutikan, akak belum sempat lagi..semoga kita mendahului NYA, dalam segala hal

~kueh~ said...
This comment has been removed by the author.
Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Rasa cinta seorang hamba kepada Allah tidaklah boleh menyerupai cinta seorang makhluk kepada makhluk yang lainnya. Kerana, cinta (kepada makhluk) seperti itu merupakan kecenderungan untuk menguasai dan mendapatkan sang kekasih. Hal ini merupakan ciri-ciri cinta jasmaniah.

Moga Allah kasih kita

Jamilah Mohd Norddin said...

Hm, bercinta dengan blog... Terasa kena dengan diri.
Terima kasih dengan penulisan artikel ini/.:)

RuMaH TuA said...

Yatie Awang:-

Waalaikumussalam,,

Amin~~~~
Memang seronok bercuti...
Tak apa, orang jarang bercuti...
Bila tiba cutinya pasti terasa lebih kenikmatannya.
Kan~~~
Hee~~~



Kueh:-

Awat nih?

RuMaH TuA said...

Abd Razak:-

Waalaikumussalam.

Komen2 dari en. razak semua bermakna. (^-^)Terima kasih untuk itu.

Isk3 Saya perlu banyak belajar untuk memahami cinta. Makna kata apabila dia itu ingin kita miliki serta kuasai, boleh digelar cinta?

"Moga Allah cinta kita"



Jamilah Mohd Norddin:-

Bukan nak mengena. Tapi peringatkan diri saya. (^-^)y
Sama - sama kasih kerana membaca & komen.

"Moga Allah cinta"

~kueh~ said...

salam alaik iqa^^,

hehe..mula2 nk komen, tapi rase ayat cam xsedap je..:p
xtahu nak bg pandangan psl cinta..takut slh bicara..kui3~~

apa2 pun, kita kena sedar sejauh mana kita mencintai sesuatu..
coklat kalau dimakan pasti manis kan~~
camtu jugak cinta pada Allah yang Satu. Dpt rasa 'manis' lebih dari coklat lagi..

kalau nak beli coklat mesti kena 'korban' duit..
camtu jugak kalau nak mengejar cinta Abadi..mesti byk pengorbanan..ke mcm mana?heee

^peringatan wat diri kueh juga^

(^___^)y.

fuad ansari said...

mendengar laporan ttg keluarga ustazah iqa, dahsyat sungguh.. semuanya berebut untuk korban atas maksud agama...sy rasa, mahu tak mahu, suami ustazah nanti pun perlu berada di kalangan orang yg suka korban utk agama.. (",)

yup boleh terima.. moga kita lebih mencintai Allah dan Rasul melebihi dari perkara yg lain..

korban dalam perkara agama adalah tanda kejayaan manusia....

aNis hUmaiRa said...

Assalamualaik... iqa... sangat bermakna..alhamdulillah..

>>semakin kita mencintai ALLAH semakin ramai y menyayangi kita.. (yang ni kak nis nk semat kemas2 dalam hati)

Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya..

semoga ALLAH mencintai iqa lbh dari cinta kak nis sbgai shbt kpd iqa ^^.

Egg Head said...

pergh....memang korban tinggi....la... family semua kuat korban...respect....la..korban lebih,mujahadah lebih,insyallah Allah akan bg kefahaman lebih...

CikGu Ma said...

juga dalam perjalanan mencari cinta...

penchacaiz said...

wah, ade jamaah pedal ke klang...hidayat.

moga Allah hantar mreka msk halakah jln kebun. amin.

SyaheeDah said...

iqa..

..cinta..pengorbanan..
Allah..

"tidak mengapa andai kita dikurnia cinta pada selain Allah, namun biarlah cinta itu diletakkan di luar hati...

agar hati itu sepenuhnya dikelilingi cinta buat Dia"

ke mcm mn "ustazah cinta"..hi3(jgn mare,juz joking)

abu zarim said...

subhanAllah,,,terasa naik jazbah nk kuar,,,doakan ,,azam nk kuar UK cuti ni,,moga Allah pilih,,,:),,,blog???
sy jarang berblog,,hihi
so,xde cinta blog la,,,khih3

K. Zura said...

Haila baitil macam owang gendong anak dah gayenyer.heh3 windue sama kamoo.sangat setuju.semakin kite cinta pada Allah,semakin ramai menyayangi kite.bagi akak cinta yang lahir dari kekaguman ini belum cukup cinta sebab hilang kekaguman hilang la cinta.cewah!hubby akak ipb jg tahun ni.alhamdulillah.

p/s: kawen cepat2!nilai ibu dah nampak dik eh ",

Faizal Ismail said...

sangat kagum akan penulisan akak . terima kasih buat sy tersentuh pada;
"Semakin kita cinta kepada Allah, semakin ramai yang mencintai kita. Semakin ramai yang menyayangi kita. Semakin ramai yang suka pada kita."

peRmaTa_ aGamA said...

nice entry~ =)

sm0ga kita semua bahagia dlm limpahan kasih sayang Nya..

~ sharing is caring..(^_~) ~

Bulan Syurga Firdaus said...

Allahuakbar....Allah ya Allah ~~~~ :)

RuMaH TuA said...

Kueh:-

Salam ku sayang...

Ok2. Komen biar sepenuh hati. Biar berbekas di hati ini. Kan~~~

Rindu sangat sangat sangat nak taklim dengan ku fashe. Rindu! Hem~~~ Kita korban setengah jam waktu kita setiap hari untuk mengutip pusaka yang telah ditinggalkan Baginda. Moga Allah jadikan ini asbab hidayah ke seluruh kolej kita. Amin2 ya Allah.... Biarpun kadang - kadang ku fashe... Saya ngadap awak, awak ngadap saya. Terima kasih kerana menjadi peneman iqa dalam usaha ini. Ada ruang dan peluang, pasti dan pasti saya akan bawa awak nusrah jemaah pula. Insyaallah.


"Suka makan coklat"


Fuad Ansari:-

Laporan tu bukan isi pentingnya tau. (",) Andai en. Fuad bertemu dengan yang suka berkorban, boleh la rekomen. (^_~)y Kuang3


"korban dalam perkara agama adalah tanda kejayaan manusia"

RuMaH TuA said...

Anis Humaira:-

Waalaikumussalam...
Lebih bermakna apabila kak anis sudi komen kat sini. (^-^) Sedikit perkongsiannya tetapi lekat di hati iqa.


"Moga Allah cinta kak Anis"



Egg Head:-

Jom - jom kita korban lebih!
(^-^)y

"Allah bagi faham"

RuMaH TuA said...

Cikgu Ma:-

Insyaallah, destinasinya akan tiba. (^-^)y

Moga Allah kasih.



penchacaiz:-

Amin~~~ Amin~~~ Amin~~~

Moga Allah cinta.

RuMaH TuA said...

Syaheedah:-

Hee~~~ Geli telinga la da dengar "ustazah cinta"....

Menyebut cinta. Ianya berkaitan perasaan. Perasaan terlahir dari hati. Bila diluar hati, ianya bukan lagi digelar cinta.... (^-^)y

Ececece....

"Tafsiran cinta yang berbeza2"



Abu zarim:-

Amin2 ya Allah...
Amin~~~

"Bercinta dengan Allah"

RuMaH TuA said...

Kak Zura:-

Wah!!!! Datang menyibuk kat sini ek. Tau la akak kawen awai. Pakat duk ajak orang len join dia pulak dah. Hee~~~ Ada jodoh. Ada la kak oi. Alhamdulillah... Bujang 4 bulan la ni. Hee~~~ Take care.

"Tapi orang lain belum nampak nilai ibu tu (^-^)y"



Permata Agama:-

Syukran. Amin~~~
Amin~~~
Amin ya Allah...

~Caring is Loving~

RuMaH TuA said...

Faizal Ismail:-

Allah... En. Faizal kagum tang mana tu? (^-^)y Syukran sudi komen sini. Hargai.

"Moga Allah kasih"



Bulan syurga Firdaus:-

Allah Maha Basar! Allah ya Allah...
Syukran singgah sini. Datang lagi.

"Moga Allah cinta"

Al - Mu'allim said...

Salam 'alaik.

Pabila Rumah Tua menyebut ttg cinta, pasti ada mutiara hikmah yg boleh dipetik.

Menyebut cinta memang mudah, namun tuntutan kepada cinta itu sukar utk dilakukan. Semua org mengaku cintakan Allah, namun apa yg telah kita lakukan utk menunjukkan cinta kepadaNya. Begitu jg cinta kpd Rasulullah, cintakan agama dan seumpamanya.

Terfikir jg pengorbanan yg telah dilakukan pd agama.

Terima kasih atas perkongsiannya.

RuMaH TuA said...

Al-Mu'allim:-

Salam 2,

Cinta itu boleh diuji dibukti.

Cinta mempunyai tuntutan. Ingat kepada Allah itu satu kemestian kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Kan~~~

"Moga Allah cinta"

Ad-Dien said...

Jika kamu ingin melihat sejauh mana kedudukanmu disisiNya, maka lihatlah keududukan Nya disisimu (Al-Waabilush Syayyib hal.110)

RuMaH TuA said...

Ad - Dien:-

Jazakallah.
Sedikit tapi bermakna.

"Kami mencintai MU"

RuMaH TuA said...

Allahu rabbi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...