Wednesday, December 14, 2011

.:: PaKai BiLa PerLu ::.

Assalamualaikum.




Pakai Bila Perlu.

Bertemu dengan orang yang suka mempergunakan orang untuk kepentingan diri sendiri, terkadang sangat - sangat menduga hati, ye lah untuk melihat sejauh mana kesabaran itu. Isk3 Kan~~~ Bersahabat kerana punya kepentingan diri. Inginkan populariti, cari mereka - mereka yang cantik - cantik/ansem - ansem sebagai peneman. Bila tiba pada musim peperiksaan pula, datanglah 'dia' ini menyendeng pada mereka - mereka yang rajin serta bijak untuk mengutip ilmu - ilmu yang tertinggal. Mereka - mereka rajin bijak ini hanya akan berjumpa semula 'dia' ini pada peperiksaan akan datang. Isk3. Mereka - mereka yang kaya pula dicari, untung - untung dapat tempiasnya. 

Jika tadi musim peperiksaan, masuk pula pada musim keputusannya. Maka, 'dia' pun duduk di atas tikar sembahyang dan bersolat memohon agar Allah kurniakan yang terbaik buatnya. Orang sebegini hidupnya seronok mempergunakan orang lain, sampai - sampai tuhan pun dia guna bila dirasakan perlu. Pakai bila - bila perlu sahaja. Tak ada keperluan, ditinggalkan. Agaknya, orang sebegini fikir mudah agaknya nak menyebut kalimah Allah pada pengakhiran hidupnya nanti. Mudah agaknya nak ke syurga. Hidayah ya Allah. Hidayah. Hidayah. (Sekadar memetik contoh 'dia' yang bergelar pelajar kerana saya masih belajar)
Pandang baik orang Baitil Atiqa!!!! (nasihat2)

------------------------------------------------------


Hamba.

Oleh sebab itu kita perlu sentiasa sedar diri. Tahu yang kita ini hamba. Hamba Allah. Banyak menjamah kelazatan dunialah menyebabkan ada yang terlupa dirinya seorang hamba. Kita ini hamba. Hamba. Makanya, bersifatlah dengan sifat selayaknya seorang hamba. Ramai yang lupa sehingga lagaknya seakan - akan seorang pekerja. Ketahuilah, hamba itu tuannya yang akan beri makan, minum, pakai dan tempat tinggal mengikut kehendaknya. 

Tugas hamba, buat seperti yang diarahkan tuannya tanpa perlu persoalkan. Begitu juga dengan apa yang telah diberikan juga tidak boleh persoal. Menerima semata. Sebanyak mana makanan yang diberi, sebanyak mana minum yang dihulur, sebanyak mana rehat yang diperuntuk, sebanyak mana tugas yang diarah, layaknya seorang hamba itu hanya tunduk dan taat kepada tuannya. 

Berbeza dengan pekerja, seorang pekerja berhak untuk menuntut haknya sekiranya dirasakan tidak setimpal dengan apa yang dilakukan. Tambahan, seorang pekerja boleh berhenti kerja andai berkehendakkannya. Oleh itu, sebagai seorang hamba bukan seorang pekerja jangan pernah sekali kita menyoal bagaimana pembahagian rezeki yang telah ditetapkanNya kerana layaknya kita ini hanya tunduk dan taat. Bersyukurlah kita dalam menjadi hambaNya kerana dengan kemurahanNya kita boleh minta - minta pula padaNya. Semakin banyak minta kita semakin sayang pula Allah kepada kita.


------------------------------------------------------



Bayan.

Alhamdulillah. Beberapa hari lepas Allah telah pilih saya untuk duduk nusrah jemaah. Almaklumla time cuti ni la nak rebut peluang nusrah jemaah sebanyak mungkin. Mudah - mudahan Allah tingkatkan iman saya dan anda. Dengan peluang itu, saya berkesempatan untuk dengar bayan masturat. Antara fokusnya, wanita itu golongan pendorong bukan pendesak. Faham? (^-^)y Saya semat kemas dalam ingatan untuk bekalan masa depan. Insyaallah. Insyaallah.


(^-^)y :- " Carilah kematian, disitu ada kehidupan 


Ditulis di,

28 comments:

Egg Head said...

mcm dunia la...ambil bila perlu...kan dunia nie hanya keperluan.....bukan maksud...kita sangka baik mungkin org tu nak praktikalkan,dgn pakai bila perlu saja....tengok lah baik saudaramu walaupun dia ada sejuta keburukan dan 1 kebaikan,dan tengok la buruk diri mu,walaupun kamu ada sejuta kebaikan dan 1 keburukan....

p/s:pesanan untuk saya...ok..bukan untuk org lain..

RuMaH TuA said...

Egg Head:-

Itu yang dipanggil dugaan nak menguji iman. Haish! Iqa oh Iqa... Pandang baik saudara mu! Syukran buat peringatan. (^-^)y

"Mana boleh pesan sorang2, pesan buat saya juga tu"

Anonymous said...

itulah agama mana boley suka2 nk pakai ikut suka hati.kite tengok buruk org untuk buat teladan.aku hambaNYA

fuad ansari said...

Saya semat kemas dalam ingatan untuk bekalan masa depan<-- untunglah awal2 dah buat bekal.. (",)

keindahan dunia selalu menyebabkan kita lupa bahawa kita adalah hamba Allah swt..

mungkin peribahasa yg berbunyi "yg dikejar tak dapat yg dikendong berciciran" bermaksud "kejar dunia tak dapat, akhirat pula yg berciciran.."

agaknya, kalau "seluruh dunia ini ana yg punya pun", masih kejar lagi dan merasa belum cukup lagi....

wahai diriku, insaflah...

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Bila umat manusia cuba menceroboh daerah ketuhanan, lalu hawa nafsu diagungkan dan hati nurani dibiarkan terguris. Saat kepayahan barulah Allah jadi tumpuan padahal masa senang sering cuba menyaingi~Nya.

Ketahuilah peranan kita hanyalah sebagai seorang hamba dan jangan sekali-kali keluar dari sempadan kehambaan. Jika kita cuba keluar maka kita sudah cuba menentang Allah dengan perlakuan yang menyimpang.

Adibah Ishak said...

rumah tua apa itu bayan masturat ? :/

SyaheeDah said...

hmm..hitung diri..T_T

Allah menitipkan "dia" dalam susunan takdir untuk menjadi pengajaran buat yg melihat..

adakah saya juga adlh "dia"..Allah..
moga Allah beri kekuatan utk sntiasa "sdar diri",huhu

pulun abes2 cuti ni^_^

Egg Head said...

terima kasih atas ziarahnya,hehehe....
persoalannya....
1.bagitau la mana satu gambar yg "hot"
2.saya tak reti nak wat pop up window...org kg la tak reti nak guna...
3.awak curi masa beblog....jawapannya pakai bila perlu..sebab blog bukan maksud....

Anis said...

carilah kematian ..di stu ada kehdipan...alhmdlh...syukran my dear

~kueh~ said...

abeh madu sepah dibuang..ke mcm mana?hehe..

IsyaAllah,
kalau ada rezki nk ikot juge g nusrah~~~
ekeke..
berkat join taklim..alhamdulillah..sedikit sebyk dpt topup amalan:)


^agama untuk hidup ke hidup utk agama? hee^^,

"mencari kebaikan dalam keburukan org lain".

~kueh~ said...

*InsyaAllah..

konde said...

subhanallah telah mengingatkan

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

RuMaH TuA said...

Anonymous:-

Syukran!

"Aku juga hambaNya"



Fuad Ansari:-

Wahai iqa, insaflah!

Kadang - kadang kan En. Fuad, bahagian dunia yang tak indah pun boleh buat orang terlupa dia hamba. Kan~~~

"Moga Allah kasih"

RuMaH TuA said...

Abd Razak:-

Waalaikumussalam.

Andai diri da terkeluar daripada sempadan kehambaan, masih belum terlambat untuk masuk kembali dengan syarat taubat jalannya.Kan~~~ Pencipta lebih mengetahui tentang kelebihan dan kekuatan ciptaanNya.

"Moga Allah kasih.



Adibah Ishak:-

Bayan masturat berada dalam katogeri majlis ilmu. Bayan(penerangan) disampaikan oleh lelaki sama ada maulana - maulana atau orang - orang yang telah diputuskan. Menyebut bayan masturat , ianya berfokuskan usaha agama wanita. Mereka ini memberi pesanan - pesanan buat wanita. Kita wanita - wanita ini (jemaah masturat) duduk dengar apa yang disampaikan di sebalik tabir.

Moga Allah pilih saya dan Adibah untuk duduk dengar bayan naikkan semangat untuk buat dakwah. (^-^)y

RuMaH TuA said...

Syaheedah:-

Betul tu betul Mek Da... (^-^)y Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Allahu Akhbar!
Iqa! Sedar diri!

"Moga Allah Kasih"



Egg Head:-

Pakai bila perlu,
Bila mengganggu,
Tinggal dulu,
Usah pening ragu,
Kita ini tahu,
Blog bukan no satu...

"Moga Allah Kasih"

RuMaH TuA said...

Anis:-

Syukran kerana nampak yang hujung tu walau kecik ceot.
(^-^)y



Kueh:-

Masalahnya ku fashe, sepah tu dia kutip balik bila cukup kitarannya. Hee~~~

Pasti dan pasti... Umur panjang, Allah pilih, saya bawa awak. Boleh jumpa semua sahabat - sahabat saya yang sama - sama dalam usaha ni. Seronok. ^^,

Hidup untuk agama! Betul tak ustazah ku fashe?

RuMaH TuA said...

konde:-

Maha Suci Allah!

Adibah Ishak said...

terima kasih untuk jawapan nye :) inshaallah masih berusaha mencari ilmu..

RuMaH TuA said...

Adibah Ishak:-

Terima kasih yang bertanya... Sama - sama berusaha mencari ilmu...

mhafiz_ydin said...

Banyak ingat Allah waktu kita senang.. InsyaAllah waktu kita susah Allah sentiasa ingat kita.

Dan waktu kita susah juga lagi2 kena ingat Allah.. :)

RuMaH TuA said...

mhafiz_ydin:-

Kita ingat Allah pada setiap masa dan keadaan. Mudah - mudahan kita termasuk dalam golongan mereka yang Allah kurniakan tanda kecintaan iaitu ibadah zikir dalam syurga kelak.

"Ingat Allah"

Muhammad Syahrul Firdaus B Mohd Fauzi said...

beramal seperti akan mati, berusaha dunia seperti akan hidup lame kn :) tq share...

Al - Mu'allim said...

Itulah yg sering kita rasakan. Dipergunakan.

Alangkah bagusnya jika kita dpt menjadi sepohon pokok yg berbuah. Dilempar batu, diberinya buah.

Berbaik sangka pada shbt. Erti Hidup pada memberi.

RuMaH TuA said...

Muhammad Syahrul:-

Insyaallah, sama2 kita beramal...
Usaha sungguh - sungguh~~~

"air mata kerana DIA"



Al - Mu'allim:-

Syukran untuk pesanan.
Memberi maaf pada yang kerap mengguna.

"Alahai hati..."

Cikgu Ma said...

cuti banyak terisi hal dunia..ish..ish...CM ni...

Egg Head said...

sekarang dah berubah bentu pula ya...hehehe...dah tak merah menyala..very nice..

Hassan said...

Salam Sejahtera ...
Blog yang menarik ~~~

RuMaH TuA said...

Cikgu Ma:-

Hee~~~ Sama berusaha untuk tingkatkan iman & amal. Insyaallah.

"Moga Allah kasih"



Egg Head:-

Dulu tak nice ye... (^-^)

"Moga Allah kasih"



Hassan:-

Salam 2,
Syukran kerana sudi singgah sini~~~

"Moga Allah kasih"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...