Skip to main content

.:: DiDiK ::.

Assalamualaikum,,

Alhamdulillah, masih diberi kehidupan untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan agamaNya. Semester baru telah bermula. Bertemu kembali sahabat - sahabat seperjuangan setelah lebih kurang sebulan bercuti. Macam - macam cerita ada. Kelihatan ada yang sizenya 'bertambah' & ada 'berkurang'... (^-^)y Yang pasti semua umur da 'bertambah'. Harapannya, moga - moga amalan kita semua juga 'bertambah'. 

-----------------------------------------------------

Ke arah kebaikan.

Dalam kehidupan, seharusnya kita belajar bagaimana bertolak ansur dalam usaha menjadi lebih baik. Orang yang tahu bertolak ansur menampakkan diri dia menghormati orang lain. Perasaan hasad dengki juga dapat dielakkan kerana Allah telah suburkan rasa kasih dan sayang dalam diri bermula dengan sedikit tolak ansur itu tadi. Ketahuilah bahawa seseorang tidak dapat mencapai hakikat kesempurnaan iman selagi mana dia tidak mencintai sesama saudara seislamnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sabda Rasulullah,
"Hasad itu dapat makan kebaikan, sebagaimana api makan kayu."
(Hr. Ibnu Majah & Abu Daud)

Seharusnya diri kita dikuasai oleh iman bukannya nafsu. Kerana iman itu menyuruh kita ke arah kebaikan dan menolak kita daripada melakukan kejahatan. Dengan berpandu iman, tujuan kehidupan kita menjadi jelas. Kita akan berusaha untuk memastikan kita memiliki sebuah jalan kehidupan yang sempurna untuk  menemui Allah. Insyaallah, kita tidak tergelincir daripada landasan keimanan selagi mana kita bawa cara hidup orang yang Allah telah janjikan kemenangan.


-----------------------------------------------------


Budak hostel.

Kalau tak pandai bertolak ansur, memang menyusahkan orang lain terutama mereka - mereka yang bergelar budak hostel. Yelah, banyak benda yang perlu dikongsi bersama. Tandas, ampaian, bilik, pantry, mesin basuh, & macam - macam lagi. Jangan la pulak kita pandai - pandai buat macam harta sendiri. Isk3 Macam saya sendiri, kadang - kadang rasa macam semua benda nak bawa kat hostel ni, senang. Tak perlu berebut - rebut, yelah ada masa makan hati jugak bila ada yang potong q. Bila difikir - fikir time ni la nak belajar ikram, khidmat, sabar. Ikram orang lain untuk tarbiah diri kerana khidmat dapat mewujudkan sifat tawadhuk dalam diri.


-----------------------------------------------------


Pengalaman.

Kehidupan berkeluarga lagi - lagi menuntut toleransi. Tambah - tambah kalau menerima kehadiran orang baru. Sementara nak menanti ke serasi tu, macam - macam nak kena belajar dan faham. Bercakap soal ini, saya banyak belajar melalui pengalaman orang lain. Melihat kepada pengalaman - pengalaman ahli keluarga saya sendiri. Cara kami dibesarkan dengan dia (orang baru) dibesarkan tak sama. Kamilah yang perlu banyak berperanan dalam belajar untuk memahami. 

-----------------------------------------------------

Fahami.

Bagi anda yang sudah beristeri atau baru beristeri atau akan beristeri, belajar - belajarlah untuk bertolak ansur dengan mereka. Jangan nanti nak ikut kepala sendiri sahaja. Bincang dulu apa - apa pun. Andai anda sudah punya keputusan sendiri hakikatnya, pandai - pandaila berlakon seolah - olah keputusan anda itu dicapai setelah berbincang. Orang perempuan ni suka bila dihargai. Ini tidak, berdasarkan pengalaman orang yang hampir dengan saya sendiri. 

Dia seorang perempuan berpurdah, yang mana pada hari perkahwinannya suami yang baru menikahinya tadi telah membuat permintaan agar membuka purdah sewaktu ke majlis menyambut menantu. Tambahnya lagi, sekali ni sahaja. Katanya, belajar ikram dengan keluarga. Alahai... Seharusnya, anda yang belajar dan faham isteri anda. Bertahun - tahun sebelum ini, itulah pakaiannya. Jiran sebelah rumah pun tak pernah tengok, tup - tup satu hari sekampung punya rezeki. Andai belum bersedia punya isteri yang berpurdah, mengapa memilih dia yang berpurdah?                
    
-----------------------------------------------------

Didik hati.

Kali ini, bunyinya seakan - akan saya menjadi pembela nasib perempuan pulak. (^-^)y Yelah, saya perempuan. Chewah! Sudah tentu saya bercakap bagi pihak perempuan. Ye tak? Mari sama - sama belajar didik hati. Sebut pasal didik hati teringat pulak cerita hari kelmarin. Lebih kurang dua jam menunggu. Boleh tahan tu. Dua jam tu sebenarnya tempoh Allah beri supaya saya dapat didik hati untuk sabar. Kan2... Syukur alhamdulillah. Allah hantar Ryhan untuk menceriakan saya.  (^-^)y  Nampaknya, n3 kali ni agak panjang. Kuang3


Firman Allah,
dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.  
(Surah An-Nahl:96)

Ni kes lama sangat menunggu...
Kufashe sengeh2 pasal hati da terdidik tu...
Ekeke...

(^-^)y  :- " Tidak ada tolak ansur dalam akidah"

Ditulis di,

Comments

s a r said…
assalamualaikum. :)

hee. bab hostel memang selalu menguji hati. makan hati pun selalu jugak. betul la kan. bila lagi nak didik hati kan. time tu la nak uji hati sendiri.

p/s- sape lagi nak bela nasib kaum sendiri kalau tak diri sendiri. hee
SyaheeDah said…
setiap saat sebenarnya, Allah mendidik kita secara lgsung kan..

sama ada mahu sedar @ tidak je..

"& sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jln itu (agama islam), nscaya kami akan mencurahkan kepada mereka air yg cukup". (72:16).

*andai belum bersedia, jgn pula menzalimi org lain*

p/s-alhamdulillah, Allah beri peluang utk hati ini dididik sama^__^
Abd Razak said…
Assalamualaikum..

Moga RT sihat hendaknya atas kurniaan~Nya..amin

Hati bagaikan cermin bagi diri kita. Ia perlu digilap sentiasa agar pancaran cahayanya kian bersinar cemerlang. Alpa dalam memerhatikan 'soal hati' akan mengakibatkan mata hati menjadi buta dan sirna dari cahaya hidayah. Hati yang dicerap cahaya Ilahiyah akan sentiasa memuncakkan kecintaan dan kerinduan hakiki.
RuMaH TuA said…
sar :-

Waalaikumussalam,,

Itula pasal, sampai kadang - kadang tak ada hati nak makan hati da... (^-^) Sama2 belajar sabar. Keh3 kadang memang perlu bias gender ni... Ek!

"Moga Allah kasih"



Syaheedah:-

Ya.. Setiap yang berlaku itu tidak dengan sia - sia. Pasti ada sesuatu'... Buka mata hati untuk melihat andai mata da tak mampu untuk memandang...

*Betul... Bukan semua lelaki mahu isteri berpurdah... T8 note! ^^,

(^-^)y = Alhamdulillah...
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Waalaikumussalam,,

Amin~~~ Rumah Tua da jadi RT... Ek!

2 3 kali baca komen en. Razak baru faham sepenuhnya. Penuh makna. Nabi ada memberi perumpamaan dalam soal hati ini. Sabda baginda, "Perumpamaan hati itu seperti burung pipit yg dapat berpindah - pindah pada setiap saat"

"Jom2 gilap hati"
Ummu Aiman said…
suke tgk senyuman org yg terdidik..:)))
~cik atin~ said…
didik.. mendidik... terdidik... :)

dapat sesuatu.. semoga dapat dimanfaatkan dalam hidup.. syukran atas perkongsian (^,~)
RuMaH TuA said…
Ummu Aiman:-

Hee~~~
Boleh masuk contest senyuman colgate... ^^,
Gambar dengan ryhan, ida, madu 1 awak ada juga tapi untuk n3 len t... Keh3

"Ada org terdidik atas katil"


Cik Atin:-

Alhamdulillah... Sama - sama berkongsi...

"Moga Allah kasih"
~kueh~ said…
DIDIK.
banyak ayat blh wat dgn kata kerja ni. tapi didik hati tu la nak kena kita jage setiap masa..:)

ehem.
dua2 'org' dlm gambo tu ada senyuman terdidik..cuma beza nya nampak dan xnampak jee..heheh:P

'semoga kita terhindar dari segala sifat mazmumah'
amin3 ya Rabb.

~~,
alhamdulillah....ya Allah..sejuk sangat mata tengok gambar tu...semoga Allah terus pelihara...
fuad ansari said…
saya rasa, kalaulah Allah swt jadikan dunia ini semuanya baik2 belaka, semuanya bertolak ansur sahaja, pasti kita sukar utk belajar sifat sabar, tolak ansur, ikram muslimin dan toleransi kan.. (",)

p/s: hati kalau terdidik, tunggu 2 jam pun boleh tersenyum lagi kan.. (",)
Egg Head said…
jaga la hati....
jangan kau nodai..
jagalah hati...
lantera hidup ini....

Andai belum bersedia punya isteri yang berpurdah, mengapa memilih dia yang berpurdah?(like)
Jawapan:Kalau belum bersedia nak didik hati,kenapa memilih si dia yang kurang fahaman agama?

P/s:hati kena didik lagi dan lagi...sampai kita tiada lagi...
Anis said…
iqa.... semester ni berebut ampaian dgn iqa... hehe sori ... teguri kak nis..sbb kak nis pemalu ckit.. dlm hati mahu tp malu hehe.. slmt berjiran..dan mbina titian kasih syg
(meneliti cr rasulullah melayan jiran semoga kita sentiasa berusaha meneladani kekasih ALLAH)
HALAQAH IPG said…
dlm hdup ini kbiasaannya kita hnya dbri 2 plihan.. nmun mgkin ada plihan ke3 kiranya ia tepat dgn khendak Islam..
siapa tahu benar2 menjadi pembela nasib wanita..inshaallah.. :)-Adibah Ishak-
RuMaH TuA said…
kueh:-

Amin~~~
Syukran kasi pinjam laptop untuk reply komen sini... Iqa senyum orang lain tak nampak, tapi ku nampak iqa senyum... 2 yg penting...

Kan2~~~~

"Moga Allah Kasih"



Bulan Syurga Firdausi:-

Amin~~~ Moga Allah pelihara kita.

"Moga Allah kasih"
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari:-

Benar. Setiap apa pada kejadianNya itu pasti ada hikmah. Kan~~~ Allah... Senyum ada makna tu en. Fuad...

"Moga Allah kasih"



Egg Head:-

Kalau belum bersedia nak didik hati, itu tanda kita sendiri kurang dalam pemahaman agama. Tak gitu En. Ab Jabbar? ^^,

"Moga Allah kasih"
RuMaH TuA said…
anis:-

Kak nis tak de berebut ampaian dengan iqa... Berebut dengan mek mu tu ada la... kan2! Dia 24jam basuh baju... Ekeke... Nsyaallah, sama - sama membina titian kasih.. (ecece...) (^-^)y

"Moga Allah pelihara"



Halaqah ipg :-

Sentiasa mencari pilihan yang ketiga... ^^,

"Moga Allah kasih"
RuMaH TuA said…
Adibah Ishak:-

Hee~~~ Akak tolong diba dari belakang.. Amacam? (^-^)y

Farahin ni spa pulak?

"Moga Allah cinta"
Egg Head said…
kefahaman bukan datang dgn ilmu yang banyak tapi datang melalui pengorbanan....tak gitu ustazah???saya nie ilmu tak banyak....hehehe

sbb tu la kena wat lg dan lg pengorbanan...

org jerantut memang kuat korban....baru nie keluar dgn atok arif syura jerantut....memang korban punya org...masyallah~~~
RuMaH TuA said…
Egg Head:-

Aiyak! Macam mana bole ad bunyi 'jerantut' ni...

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan