Wednesday, January 16, 2013

.:: KeBeRsiHaN ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga-moga semuanya baik-baik.
Insyaallah.

-------------------------------

Bersih dan suci tak sama.
Sebagaimana zahir dan batin berbeza.

-------------------------------

Bersih & Suci.

Awak nampak bersih.
Tapi belum tentu awak suci.
Dan,

Awak yang nampak bersih.
Boleh duduk-duduk dekat dengan manusia.
Kan? Tapi....,

Awak yg dapat duduk-duduk dekat dengan manusia tadi,
Belum tentu awak boleh duduk-duduk dekat dengan Allah.


---------------------------------

Perlu.

Bukan orang Melayu.
Cina atau India.
Tapi, orang Islam.

Islam.
Bersih & suci.

Awak & saya. 
Islam.

---------------------------------

Semua.

Pakaian. Tempat tinggal.
Hati. Fikiran.
Makanan. Minuman.
Mesti bersih.
Suci.

--------------------------------

Dalam diri.

Awak kata awak bersih.
Tapi kalau awak hanya jaga barang-barang awak.
Harta benda awak je yang bersih.

Barang orang.
Harta orang awak tengok hujung mata.
Tak tolong jaga.
Awak pengotor....

(kata orang pahang, "habat")
(^__^)y

--------------------------------

Firman Allah,

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri."
(al-Baqarah: 222)

---------------------------------

Telekung.

Allah...
Teringat zaman belajar di Matrikulasi Gambang.
Zaman muda-muda. ^^,
Ada segelintir yang tak berapa gelintir,
Pergi kuliah, bukan main cantik.
Sopan. Manis. Ayu.

Time solat,
Kus semangat...
Telekung yang warna putih.
Ada yang jadi kuning.
Ada pulak bertahi lalat.
(org terengganu kata 'jeragat')

Nak jumpa orang.
Manis. Sopan. Cantik. Ayu.
Nak jumpa Allah.
Hem~~~ 

Oleh itu,
Jagala telekung awak-awak.

---------------------------------
Jemaah Masturat.

Keluar jalan Allah.
Lagi-lagi nak jaga.
Tambah-tambah rumah yg dipilih Allah.
Jangan kerana tahap kebersihan awak.
Pecah hati tuan rumah.

--------------------------------

Awal Semester.

Semester yang agak busy.
Boleh jadi buat-buat busy juga.
Ek#!
Mohon doanya.
Moga Allah permudahkan segala urusan.

--------------------------------

Pandu Puteri Kadet.

Meninggalkan tahun lepas.
2 semester.
Membawa kenangan.
Sebagai ahli Pandu Puteri.
Be prepared!

-------------------------------

Bersama sahabat Pandu yang lain.
Pic: Atiqah, Zati & Iqa.
Kenangan pada Malam Kepanduan.
Bertema biru.

(Memandu ke arah Islam)
^__^  Hee~~~


(^__^)y:- "Cintailah Sungai Kita" ~~~


Ditulis di,

28 comments:

Fauziah Mohamad said...

suci lagi menyucikan:)

PeRdU cINta said...

Bersih,,suci dan halal..inilah 3 aspek terpenting untuk kita orang Islam..

KY said...

perlu dititik berat dlm kehidupan, mencari y terbaik untuk diri

Angah said...

Salam Iqa manisss....^__^

Alhamdulillah...
Suci itu separuh darpada iman
maka jagalah kesucian itu sebaik mungkin...dengan pelbagai cara.

Allah bagi kita berpuluh cara, beratus pilihan untuk menjaga kesucian agama, kesucian diri, keputihan akal yang bermula dengan bersihnya zahir dan menjurus kepada sucinya batin, In Shaa Allah...

Susah nak jadi suci...
Payah nak jadi bersih..
Bukannya kita mitak terus jadi suci bersih putih murni...step by step la...jangan rush, bila rush suci entah ke mana, bersih entah ke mana...

Jgn lupa bersihnya diri juga menampilkan bersihnya akhlak, In Shaa Allah...

Allah kan suka orang yang berusaha arah kebaikan..tak nak ke Allah suka, cayang kat kita..hehe

*Ya Allah, lebarnye mengomen..sory ye Rumah Tua..=___=

pe pon, tq for the sharing, Dear...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah sihat, moga awak pun demikian juga...aamiin

Kebersihan zahir dapat diperolehi dengan meninggalkan segala yang bertentangan dengan agama dan menjalankan sesala sesuatu yang sesuai dengan tuntutan syariat Islam. Barangsiapa menghiasi anggota lahiriahnya dengan beramal soleh serta memperbaiki jiwanya dengan akhlak mulia, maka sempurnalah kebersihannya.

Moga Allah kasih dirimu..

RuMaH TuA said...

Fauziah Mohamad:-

Hee~~~
Sungguh suci,
sungguh murni.
(^__^)y

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Perdu Cinta:-

Setiap yg dianjur dalam Islam pasti berupa rahmat dari ArRahim...

(^__^)

Moga Allah kasih dirimu.

RuMaH TuA said...

KY:-

Ya...
Yang terbaik tentu datag dari perkara yang paling baik melalui cara yang baik...

Baik. Baik & Baik.

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Angah:-

Salam cik Ila yang sangatt dikasihi,

Ya melalui cara yang dianjur agama.
Betul sangat2 cik ila.
Kesucian mesti dan patut bermula dari kebersihan zahir.

Melalui bersih tadi boleh jadi asbab ketenangan datang dari Allah.
Yelah. Tenang saat beribadah kepadaNya.
Ye dak?

Orang bersih tak semestinya berakhlak.
Tetapi orang berakhlak dia bersih.

Takpe2...
Komen panjang2.
Buat macam rumah sendiri. Hik3
(^__^)y

Moga Allah kasih dirimu sahabat.

RuMaH TuA said...

Waalaikumussalam...

Amin. Amin. Amin ya Allah.

Jazakallah.
Kerana memaknakan lagi 'kebersihan'.

Sedih apabila bertemu dengan orang yang belajar agama tetapi seolah-olah jahil tentang kebersihan.

Seharusnya orang-orang yang memahami agama lebih memahami betapa rapatnya hubungan Islam dan bersih itu. T__T

Moga Allah kasih.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam sis...
alhamdulillah..
bersih lg suci..
semoga hati kita sentiasa suci..

bab telekung tu selalu jgk terjadi..sbb tu cma suka bwk telekung sendiri kemana2..

Egg Head said...

insyallah...

org buat usaha agama...
kena jaga kebersihan kan...
baru org makin dekat...

moga allah kasih...

kueh said...

qa~~

watpe msti p/s : jagalah kebersihan sungai kita ?
hehe :P

Latifah Suleiman said...

Rinkas..tetapi sangat memberi kesan.

Mumtaz dik!!

RuMaH TuA said...

Cma Shlema:-

Salam...
Alhamdulillah...
Insyaallah...
Amin. Amin. Amin ya Allah.

Betul. Bawa yang sendiri ketika musafir.
Kalau barang2 lain kita boleh bimbit kenapa tidak telekung.
(^__^)y

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Egg Head:-

Insyaallah...

Ya...
Bawa cara nabi...
Kebersihan antaranya...

Moga Allah kasih.
(^__^)y

RuMaH TuA said...

Kueh:-

Ku~~~~

Sebab teringin nak mandi sungai.
Tapi macam da tak selamat...
Hee~~

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Latifah Suleiman:-

Jazakillah...
Yang baik2 dari Allah...

Moga Allah kasih.
(^__^)y

Mar Haini Abdul Rahim said...

bersih xsemestinya suci, suci insyaAllah bersih :)

hehe suke part cintailah sungai kita ^^

RuMaH TuA said...

Mar Haini Abdul Rahim:-

hee~~~
Sama2 berusaha untuk menjadi yg terbaik disisi Allah.
Bersih dan bersih.

Rumah Mar ada sungai?

Moga Allah kasih. <3

istiqomah said...

suci itu bersih,,tapi ada jugak orang yang tak bersih,,dan xsuci jugak =.=
harap dapat bersih hati,suci disisi Allah s.w.t

RuMaH TuA said...

istiqomah:-

Allah...
Mudah2an Allah pelihara kita & semua orang Islam.

Insyaallah, asal kita dahulukan syariat Allah & akan kembali pada Dia dalam keadaan suci sebagaimana kita datang ke dunia mula2 dahulu..

Moga Allah kasih.
(^__^)y

Cik As said...

salam iqa, jazakillah ats perkongsian...:) kebersihan sebahagian drpd iman jgak..:) iqa, nak tanye. iqa blaja kat ne ya?

RuMaH TuA said...

Cik As:-

Salam cik as...

Jazakillah kerana membaca.
Ya... Juga imej islam.

Belajar kat mana...
Blaja kat Institut Pendidikan Guru.
B-) :-)

Moga Allah Kasih.
<3<3<3

nur naa'irah said...

salam..perkongsian yg cukupppp menarik..ALLAH sukakan kebersihan..kbersihan itu separuh drpd iman..:)

RuMaH TuA said...

nurnaairah:-

Salam....
Alhamdulillah... Jzkk.
Mari menjadi yg bersih...
Insyaallah.
<3

Moga Allah kasih dirimu..

SyaheeDah said...

assalamualaikum tuan rumah...

"...kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seorangpun di antara kamu bersih selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yg Dia kehendaki." (24:21).

*mahu 'bersih'.
fitrah nak bersih, suci sokmo.
فالله خير المستعان

moga Allah permudah urusan ustazah^__^

RuMaH TuA said...

Syaheedah:-

Waalaikumussalam tetamu dikasihi...

Insyaallah.
Moga Allah melindungi serta 'membersihkan' kita sebagaimana bersih dan suci Allah taqdirkan pada Aisyah r.a.

Amin. Amin. Amin ya Allah.

Moga Allah kasih dirimu sahabat.
(^___^)y

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...