Skip to main content

.:: RuMaH TuA KeMbaLi ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga yang baik-baik dari Allah untuk kita.

---------------------------------

Jangan pernah merasa cukup pada ilmu,
tetapi rasa cukuplah pada harta.

Kerana dengan ilmu boleh jadi harta datang.
Dengan harta boleh jadi ilmu hilang.

--------------------------------

RuMaH TuA.

Insyaallah... 
Beberapa perkongsian telah disiapkan.
Walaupun 'boleh tahan' tempoh hibernasi iqa,
tapi ada 'sesuatu' bakal dikongsikan.
Banyak!

-------------------------------

Cerita Praktikum.

Selesai praktikum fasa 2.
Alhamdulillah.
Berbagai-bagai pengalaman dikutip.
Boleh jadi buat iqa,
 proses pendewasaan diri..

Memberi & menerima.
Mengajar & belajar.
Juga diajar. Ek!?#
Hee.... (^___^)y

(tulis cerita. akan datang.)

--------------------------------

Boneka kahidupan.

Kita hamba.  Bukan boneka.
Cuma....

Yang menjadi persamaannya,
mungkin kerana
adanya permulaan & pengakhiran.

Yang menjadi perbezaannya,
Penamat.
Tamatnya 'dia' dengan sebuah penamat.
Tamatnya kita dengan sebuah permulaan.

Ayuh! Mari menjadi hamba.
Sebenar-benar hamba.
& sebagaimana layaknya seorang hamba!

Kita tidak pernah menjadi boneka.
Selagi kita tidak membonekakan diri.
Atau dibonekakan.

-------------------------------

أنت المؤنس لهم حيث أو حشتهم العوالم
"Engkaulah (ya Allah) yang menenang, menghibur dan menghilangkan kesunyian mereka di tempat dan waktu seluruh makhluk meresahkan mereka."

Buat sahabat. Siti NuratiQah.
Semoga Allah beri kesembuhan.
Sepenuh kesembuhan.
Zahir juga Batin.
Mohon doa semuanya.


(^___^)y :-"Cinta Rasul dengan selawat. Cinta diri dengan istighfar"

Ditulis di,

Comments

PeRdU cINta said…
Assalammualaikum iqa..siaht kamu..permulaan kita adalah sebuah kehidupan dan pengakhirannya adalah kematian..kehidupan dan kematian kita telah Allah tentukan dan kita pula berhak untuk tentukan untuk memilih jalan ke syurga..usahakan..insyaAllah boleh.. :)
Abd Razak said…
Assalamualaikum..:)

Selamat kembali..

Hidup sebagai hamba akan menjadi indah jika berada dalam nikmat ia bersyukur. Jika berada dalam cubaan ia bersabar. Jika berada dalam taat ia akui itu anugerah dari Yang Maha Esa kepadanya. Dan jika berada dalam maksiat ia segera bertaubat.

Moga Allah kasih dirimu..
Unknown said…
salam kembali...lama da xjenguk blog ni..rindu nak baca kata2 yg membangun..nice entry..
mselim3 said…
Assalammualaikum..rumahtua,

dah lama iqa xder entry terbaru.. alhamdulilah.. suka ayat last tu..

Cinta Rasul dengan selawat. Cinta diri dengan istighfar..

mselim3

~kueh~ said…
EHEM2...
xtahu nk komen ape lah. hope selepas ni rajin2 le update belog ye wlpon dah.......
kikikikiki :D

luv u O(^-^)O
nadzira said…
Assalamualaikum. ..

Tamatnya kita dengan sebuah permulaan...
Perjalanan cerita sebelum pasti akan memberi kesan kepada perjalanan cerita yg bari bermula...

Muhasabah diri..
Kan kak?
~cik atin~ said…
ehem. ehem.. menghitung hari nampaknye.. heee
Hamba Miskin said…
Alhamdulillah..

Selamat kembali puan. Teruskan berkarya.

Ada masa dan ruang sila lawati blog saya yng baru saja kembali. Huh!

Barokallah..
Tengkubutang said…
Haiiii.. salam kenal yea...
Done follow sini no. 822
Jom follow me back.. heeeee..
Leh saling kunjung mengunjung pasni...
http://tengkubutang.blogspot.com/ dan
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/
RuMaH TuA said…
Perdu Cinta:-

Waalaikumssalam.
Alhamdulillah... sihat sangat...
Ya.. Mari berusaha mengharap rahmat Allah untuk ke syurga...

Moga Allah kasih. ^^,
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Waalaikumussalam...

Jzkk...
^^,

Sifat inilah layaknya buat diri bergelar hamba. Sedar diri. Terima kasih.

sayang diri dengan istighfar. ^^,

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
nur naairah:-

Salam rindu.
Semenjak dua, blog macam hidup segan je... Mati pulak tak mahu... Hee..

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
M. Selim Zainal:-

waalaikumussalam...

Tu la... ni baru updet...
Panjang.

Cinta Allah dengan sujud. ^__^

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
kueh:-

Hope lepas dah....... rajin2 la komen sini... Kikiki

Luv u!!!

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
nazira:-

Waalaikumussalam.

Ya. Ya. Ya.

Baru bermula.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
cik atin:-

ehem. ehem...
Pandai cik atin tu tu... ^^,
RuMaH TuA said…
Hamba Miskin:-

Insyaallah. Mohon doanya. Moga penulisan lebih bermanfaat.

Linknya?

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
tengku butang:-

Salam kenal..

Insyaallah.
Anonymous said…
Assalamualaikum iqa.. moga Allah merahmati ukhwah kita.. InshaAllah

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan