Skip to main content

.:: Adab Memasak ::.

Alhamdulillah, Allah datangkan ilham nak kongsi sedikit mengenai adab memasak. Yelah, kita (lelaki  & perempuan) mesti biasa masuk dapur. (^-^) Jadi, biarlah kita jadikan setiap amalan kita itu ibadah kepada Allah.  Insyaallah.

Tambahan, dalam usaha menjaga perut, makanya kita perlu makan makanan rumah. Betul tak? Oleh itu, mari kita memasak dengan cara yang digariskan.

Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca 

ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا
( Al-Kahfi : 10 )
Tanak Nasi




Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca

ما عندكم ينفد وما عند الله باق
( An-Nahl : 96 )

Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyaallah boleh amal,

الحمدلله الذي اطعمنا خير منه


Then, on la plug.


Masak Lauk

Makanya, bermulalah sesi potong memotong kita... Mulakan dengan basmallah. Apabila tangan nak memotong (sayur ke, ikan ke) maka bacalah...


فذبحوها وما كادوا يفعلون
( Al-Baqarah: 71 )

Apabila dah potong2, cuci bersih2, lauk tadi pun mesti kita letak dalam periuk. So, masuk sahaja langkah tangan kita nak letak periuk tu atas dapur, boleh la baca,

فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم

And bila kita da letak, masti tangan nak kacau. So, sunnahnya kita kacau dari kanan ke kiri sambil zikir,

ليس لها من دون الله كاشفة

Insyaallah, Allah bagi sedap.


p/s:- "Doa buka periuk & zikir bagi sedap makanan saya lupa. (T_T) Insyaallah, ada sesiapa boleh kongsi..."


Ditulis di,

Comments

~kueh~ said…
alhamdulillah^^
iqa syg,
enti bagi perkongsian yg amat bermanfaat~~
prinsip dari majhul kepada maujud nih..ahaxs

nanti buleh la blaja masak dgn enti ye..:)ehehe


'nasi xmengenyangkan, Allah yang mengenyangkan'
RuMaH TuA said…
kueh:-

Alhamdulillah~~~
Wah2, cepat sungguh na enti komen. Tidoq lambat la nie... Hermm..
(^-^)

majhul -> maujud = bangga ustzh hyt..

Insyaallah, ada kelapangan kita kongsi apa yang ana ada... n sama2 muzakarahkan adab ni... (",)

'Agama d dunia, Agama d akhirat'
Addien said…
Alhamdulillah...ada juga yg amalkan sunnah dan adab yg sbnar...teruskan yer teman..jom bersama WADi sllu..insyallah
fuad ansari said…
Alhamdulillah.. bermanfaat lagi2 bila adab memasak jarang dibincangkan.. Para chef wajib tau ni.. hehe..(",)

Kalau tak silap..

Doa buka periuk:
Allahumma bariklana fihi khoiri minh..

Zikir supaya makanan sedap:
Selawat 3 kali dan Istighfar 3 kali..
Gadis Kampung said…
bagus la entry nie...bagi manfaat kat semua...
RuMaH TuA said…
Ad-dien:-
Alhamdulillah...
Sama2 kita beramal...
Setiap sunnah pasti ada kejayaan.
(^-^)


Fuad Ansori:-
Alhamdulillah...
Ada yang sudi menambah...
Syukran utk perkongsian...
Moga dicintai Allah. (",)
RuMaH TuA said…
Gadis kampung:-
Insyaallah...
Sama2 beramal...
Sambil memasak sambil beribadah...
(^-^)y
Zyla said…
terima kasih kerana wat zyla sedar tentang adab-adab memasak ni.. love to read ur blog... keep it up k... assalammualaikum..
RuMaH TuA said…
Fathin Fazila Razali:-
Terima kasih kembali...
Sama2 beramal...
Ziarah sini lagi... (^-^)
waalaikumussalam...

"Niat kerana Allah"
Angah Rahim said…
Insya-Allah....nanti amali kt rumah neh....Alhamdulillha, syukran di atas perkongsian ilmu, sayang BAITIL ATIQA!!!!
k.fatin^^ said…
wahh...da ad tips2 ni kne rajen2 la msuk dapur kan?tehehee...

p/s:org nk kawen kne blaja msk la kn?ke xyah?haha..msk kne ikut sunnah,sume kne ikut sunnah...insyaallah berjaya dunia akhirat..
~kueh~ said…
ehm,
sekadar perkonsian^^,heee~

surah al-Kahfi ayat 10 juga adalah doa untuk kite b'jye dlm pelajaran, ketika lupa nota dan utk berjaya dalam cita-cita.

amalkan selalu,
Insya-Allah mumtazz!:)
alhamdulillah, input baharu.. :)
RuMaH TuA said…
Angah:-
Alhamdulillah...
Amali selalu...
(^-^)
Ila kan rajin masak...


k.Fatin:-
Kalau kat sini, rajin masuk dapur abg mi la kot? hee...

hee... Nak kawen, mst kene tau ilmu ni... (^-^)
Insyaallah, dunia akhirat kerana Allah...
RuMaH TuA said…
Kueh:-
Syukran ya Ukhti.... (^-^)


m.Iqbal:-
Insyaallah...
Sama2 kita amal... (",)
Alhamdulillah..sharing yang sangat bermanfaat..

sedikit cadangan tambahan boleh?
Rasanya kalau ada maksud bg setiap doa lg baik supaya yang beramal boleh menghayati.Xsemua faham bahasa Arab ni..
Sekadar berkongsi..
w said…
Wahhh.... Nanti nak cuba praktikkan.
"abiz klu x igt letak gula n garam,
akan jadi sedap gak ke..huhu"
(gurau jer) :D
FarhanahAdzlan said…
perkongsian yg bagus..kadang2 trlupa nk amalkan sgala bnda2 ni..:)
RuMaH TuA said…
Srikandi Al-Farouk:-
Syukran2...
Selamat menghayati...

ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا

“ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi-Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”


ما عندكم ينفد وما عند الله باق

“ Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”


الحمدلله الذي اطعمنا خير منه

“ Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.”


فذبحوها وما كادوا يفعلون
"kemudian mereka menyembelihkannya dan hampir sahaja mereka tidak laksanakan perintah itu"


فسيكفيكهم الله وهو السميع العليم
"Dan memadailah Allah yg Maha mendengar & Maha mengetahui"


ليس لها من دون الله كاشفة
"tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah"

Bagi sesiapa yg betul2 nak doa untuk amalan ini.. Boleh emel Rumah Tua...
RuMaH TuA said…
Ahmad Syakir bin Nassuruddin:-
Sama2 beramal...
Insyaallah...

Jika sepenuh keyakinan diberi kepada Allah, bukan suatu yg mustahil masak tanpa garam & gula boleh sedap.. Kan?

(^-^)

Farhanah Adzlan:-
mari beramal...
&
Saling beringat.... (",)
Al - Mu'allim said…
Alhamdulillah.

Perkongsian yang baik dan lagi baik jika mampu istiqomah melakukannya.

Saya sendiri tidak pernah membaca doa spt yg dikatakan ini lbh2 lagi semakin kurang masak skg. Moga kita boleh mengamalkannya.
RuMaH TuA said…
Al-Mu'allim:-

Insyaallah...
Sama2 kita istiqomah dalam sunnah ini...
Turun padang memasak baru boleh praktik...

(^-^)
Unknown said…
semoga kita semua dapat amal...
RuMaH TuA said…
Anak Pendang sekeluarga:-
Insyaallah..
ahLia shahril said…
terima kasih perkongsian bermakna nie.. saya nk copy bagi kt kawan-kawan boleh?
RuMaH TuA said…
ahlia teeeetttttt:-
Boleh.. Insyaallah, kita amal dan sampaikan...
(^-^)
terokai seni said…
ups! terlupa sepatutnya idop kita sokmo dalam doa mohon rahmat Ilahi

info yang sangat baik
RuMaH TuA said…
cemomoi:-
Ya...
Semoga hidup sentiasa dilimpahi rahmat Allah.

"Selamat beramal"
Anonymous said…
hoho..tym dok overc dlu, sllu gak masak..petua sy, bismillah dan campak semua bnda yg ade atas dapur tu..comform best
RuMaH TuA said…
ibnubaba_04:-
Allah...
tawakal tgi ni...
Sy campak2, terkeluar kuali kot.

(^-^) Selamat beramal.
D-yana7879 said…
satu perkongsian yg menarik...
insyaAllah akan diamalkan!!!
RuMaH TuA said…
D-Yana7879:-
Syukran...
Sama kita beramal...
(^-^)y
AzwanRamli said…
nice sharing.... :)
RuMaH TuA said…
Azwan Ramli:-
Syukran...
Selamat beramal...
Nadrah Yusra said…
minta izin untuk share =)

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan