Skip to main content

.:: KoT - KoT AdA YaNg TaK KeNaL ::.


Assalamualaikum. Moga Allah kurnia kesihatan yang baik kepada sahabat semua. Syukran buat semua sahabat yang sudi berkongsi jawapan dalam n3 yang lepas....



Insyaallah, pada kali ini saya akan berkongsi sedikit mengenai bersiwak. Yang mana salah satu sunnah Rasulullah yang ringan tetapi berat untuk setiap dari kita mengankatnya. Isk3...  Kita? Saya je la kot, bila keluar jalan Allah baru ringan tangan. Kalau tak, isk3....



Kenal Tak Kayu Sugi?




Ke ada yang baru kenal? (^-^)



Faedah bersiwak:-

  • Menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan.
  • Meningkatkan deria rasa.
  • Menguatkan daya ingatan.
  • Menghilangkan lendir.
  • Menyembuhkan penyakit.
  • Menguatkan gusi.
  • Mengubati sakit gigi.
  • Mengubati sakit kepala.
  • Menambah nur pada wajah.
  • Menajamkan penglihatan.
  • Membantu pencernaan.
  • Yang paling besar, Allah REDHA.


Waktu - waktu disunnahkan bersiwak:-
  • Ketika membaca Al - Quran.
  • Sebelum membaca hadis.
  • Sebelum belajar atau mengajar agama.
  • Ketika mulut mengeluarkan bau tidak menyenangkan.
  • Ketika berzikrullah.
  • Setelah memasuki rumah.
  • Ketika mengalami pedih kerana lapar atau dahaga.
  • Ketika sahur.
  • Sebelum makan.
  • Sebelum memulakan perjalanan.
  • Sebelum & selepas tidur.


Jom2... Siapa yang tak ada kayu sugi lagi, boleh la try cari dan kita sama - sama beramal... Teringat muzakarah iman selepas ta'lim hari tu, ada junior tanya pasal sugi. Hai gelabah jugaklah nak kerah otak... Keluar mana - mana memori yang ada... Hee~~~ Waktu tu dapat hurai sikit je la mana - mana yang ingat. Isk3... Mudah - mudahan Allah masukkan hakikat sunnah ini dalam hati & zahir dengan amalan. Insyaallah...



p/s:- "Pegang kayu sugi dengan cara ibu jari dan jari kelingking ada di bawahnya, & yang lain - lain berada di atasnya."


Ditulis di,

Comments

Angah Rahim said…
Alhamdulillah....mmg btul, tau sunnah Nabi SAW tapi cm yg rumah tua cakap berat ckit tulang kite nk buat seme tu,isk4...InsyaAllah, suatu ari nanti kite cuba same2...
~kueh~ said…
salam mahabbah^^,
iqa..
nk tnye ni..
lw sblom solat..sunnah x bersugi??
:)

qa..jri hntu wktu bwrsugi ade kat bwh gk kn..hee

^bw ksluruhan sunnah dlm ksluruhan hidup^
Unknown said…
maaf menyelah...

banyak lagi kelebihan kayu sugi tu...antaranya, sebagai penghalang gangguan jin...

pasal bersugi sebelum solat tu pun sunnah, masa muzakarah rasanya ada sebut...

cara pegang kayu sugi, yg biasa sya buat, anak jari kecil yg last tu di bawah...jari ibu di bawah bahagian depan...

waAllahu a'lam...
aku said…
Alhamdulillah perigatan untk diri ini,moge kta semua istiqamah mengamalkan sunnah Rasulullah.
Anonymous said…
huhu...entri yg menarik!
RuMaH TuA said…
Angah:-

Insyaallah...
Sama2 beramal...
Moga Allah beri kita kekuatan untuk beramal...
Banyakkan doa untuk diri dan semua...



Kueh:-

Salam 2...
Ya sunnah...
Nsyaallah...
Banyak lagi kelebihan bersugi...
So, banyak yang terlepas...
Sila tambah...

(^-^)
Ada beberapa versi waktu muzakarah yang iqa pernah dengar...
Kalau ikut rujukan macam yang dalam n3 ni la~~~~

(",)
RuMaH TuA said…
Hamdi:-

Syukran2 ya Allah...
Syukran atas perkongsian.

Insyaallah...
Sama - sama berkongsi...
Moga beroleh manfaat bersama.

"Tiada kejayaan yang sebenar melainkan dalam sunnah baginda Rasulullah"
RuMaH TuA said…
Aku:-

Insyaallah...
Sama - sama beramal.
Moga beroleh keredhaan Allah.



Anonymous:-

Syukran! I love Sunnah. (^-^)
BubuBobot said…
Ramai yang tak tahu bagaimana nak bersugi. :)





Jemput ke blog saya. Hehe
Norsha said…
kenal...InsyaAllah
RuMaH TuA said…
nurAMALINA:-

Sama2 belajar amal keseluruhan sunnah baginda s.a.w.

Insyaallah. (^-^)



Norsha:-

Alhamdulillah...
Ada apa2 perkongsian.... Sila-sila... (",)
Puding karamel said…
salam ziarah kembali ^^
nice!
barakallahu alaik
best2,,,moga dpt istiqamah,sama ada time kuar atau x,,,insyaAllah,,,mahu kene azam ,,,mudah2an dipilih utk amalkan sunnah2 nabi2,,,insyaAllah
Salam 'alaik...

Allahu Akbar! besarnya manfaat bersugi, insya-ALLAH niat utk amal dan sampaikan pula pada ummat lainnya.

Syukran ya sahabiahku :-)
RuMaH TuA said…
Puding karamel:-

Syukran...
Datang lagi... (^-^)
"Sama beramal"


Abu Zarim:-

Insyaallah...
Doa untuk diri & umat...
Moga kita istiqomah dalam usaha...

"Setiap sunnah ada kejayaan"
RuMaH TuA said…
Ahlia Iman:-

Salam,

Allah sebaik2 pemberi ganjaran...
Alhamdulilah...
Moga kita semua beroleh manfaat di akhirat...

"Sama berusaha"




Amir aizat:-

Syukran.
"Sama beramal & sampaikan"
penyampaian ilmu yang baik~
kadang2 kita xtau kepelbagaian penggunaan kayu sugi ni...

baitil atiqa bersungguh2 mengerah idea utk keluarkn entri baru kali ni..:P
RuMaH TuA said…
Atiqah Nathalie:-

Alhamdulillah...
Moga beroleh manfaat bersama...
Insyaallah...

Bukan setiap n3 ke? Hee~~~~
iPai said…
dulu penah amalkan, sekrang dah tinggalkan pulak .. kena cuba utk buat balik ni ..

trima kasih atas peringatan
lyiana said…
salam..yana pernah beli kayu sugi ni tyme g mekah dulu...
terima kasih ats perkongsian nie^^
RuMaH TuA said…
ipai:-

Insyaallah....

Alhamdulillah...
Selamat mengamalkan semula... (^-^)




Lyiana:-

salam,
Sama2 kasih na...
Selamat beramal.
Insyaallah.... (^-^)
sama2 kita menggunakan kayu sugi di samping ubat gigi kayu sugi..he3..bak kata sahabat maya sy, kalo yang wanita bleh bawak kayu sugi yg sejengkal dlm handbag, yg lelaki pula dlm kocek sluar...insya Allah sama2 amalkan...
RuMaH TuA said…
M. Sukri Supi:-

Insyaallah...
Sama beramal... (",)

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan