Thursday, May 4, 2017

Semangat Yang Pudar


Assalamualaikum


Apa khabar? 
Moga semua sihat dalam rahmat Allah..
Insyaallah.

-------------------------------------


Sayangi siapa yang kita ada,
Hargai apa yang kita rasa,

Luasnya kasih & sayang langsung tidak merugikan kita.
malah, menambah kualiti.
Kualiti kehidupan, nilai diri.
Semakin bermakna, semakin bahagia.


------------------------------------

Suasana

Bentuklah iman dalam diri. Kehidupan agama dalam diri.
jangan hanya berbekas dihati kerana suasana.
lakukan kerana Allah.
Kerana Allah.

Jika kau lakukan kerana yang lain, sesungguhnya yang lain tidak kekal.
Kerana yang kekal itu hanya Allah.

----------------------------------

Bersangka-sangka

Melepasi satu tempoh iaitu zaman belajar.
Memerhatikan senario yang berlaku.
Membuatkan hati tertanya-tanya.

Sebagai manusia biasa, aku tidak terlepas bersangka-sangka dalam hati.
Tetapi siapa kita ingin menghakimi apalagi menghukum.
Ku bukan tuhan. Tapi hamba hina.

Astaghfirullah.

-----------------------------------

Berubah

Ku lihat ramai yang berubah setelah habis belajar.
Lemahnya perjuangan dakwah dalam kalangan kita setelah tamatnya zaman belajar.
Apakah semangat itu tertinggal ketika menggenggam segulung ijazah yang tidak seberapa itu?

Berapa ramai ku perhatikan bukan perhati malah merasai.
Rasa semangat membara mereka untuk agama.
Semangat dakwah. Masa itu.

Pendek kata,
mempunyai segala rahsia & intipati untuk menjadi "manusia" apabila keluar dan masuk ke bidang pekerjaan. 
Pendek kata,
masa itu kitalah pemuda & pemudi negara.
Kitalah daie & daieyah.

Ketika itu.
Kini?

------------------------------------

Semangat yang Hilang

Ke mana hilangnya semangat itu?
Mereka seolah-olah bertukar. Berbeza sama sekali.
Usah menyebut tentang perjuangan.
Penampilan juga turut berubah.

Ku lihat ada yang leka dengan keluarga.
Leka dengan kerjaya.
Leka dengan 'bakal imam'.
Leka dengan perniagaan.

-------------------------------------

Penampilan.

Penampilan cerminan keperibadian.
Biarpun tidak semestinya.
Tetapi satu kemestian masyarakat menilai melalui penampilan.

Dahulu, ramai ku lihat aktivis persatuan, gerakan & seangkatan dengannya sibuk berlumba-lumba untuk mengenakan niqab. Sehingga ada yang sanggup memakainya sembunyi-sembunyi.
Bila ditanya mengapa? Katanya ku ingin menjadi yang lebih baik.

Kini, mengapa niqab itu ditanggalkan?

----------------------------------

Masih ada.

Tidak dinafikan masih ada yang thabit dalam perjuangannya.
Semakin membara.
Semakin zuhud.

Alhamdulillah.

----------------------------------

Kembalilah.

Kita manusia ada turun naiknya.
Saling menguat. Saling mengingat.

Maksud hidup adalah pengakhiran.
Pengakhiran yang baik. Itu yang dicari.
Untuk bekalan hidup yang abadan abada.

Kembalilah!

---------------------------------

Sibuk dengan keluarga juga.
Moga Allah pelihara kita sekeluarga.
Sentiasa dipilih untuk kerja agama. Amin ~~
(sofea muka sembab sebab demam tym ni)



ps: "Kita sentiasa diuji dengan apa yang kita ucapkan. Peringatan buat diri."

4 comments:

PeRdU cINta said...

Rebah dipertengahan jalan itu yang sering berlaku...lelah dengan banyaknya simpang...jemu dengan banyaknya liku..andai bulat kerana DIA..insyaAllah putih akhirnya..

RuMaH TuA said...

Perdu cinta:

Insyaallah.
Mohon doanya 😁

Angah Rahim said...

InsyaAllah... cari pelan pelan.. jgn gopoh...
kita pun masih mencari ni...

RuMaH TuA said...

Angah Rahim:-

Moga Allah pilih kita & keturunan kita untuk agama ini.
Allahumma Amin~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...