Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

.:: AwaK BeRaPa HaRgA?? ::.

Awak berapa harga? 20 sen, 40 sen? Ke RM 5? Ish3… ingat harga apa ni… Harga kat sini harga diri la… Bukan harga gula – gula seposen dua tu. HARGA DIRI. Panjang kalau nak disebutkan tentang harga ini. Dipendekkan ceritanya, Harga diri turut boleh diistilahkan kehormatan. Bagaimana dengan harga diri anda? Saya mengingatkan diri dan anda semua bahawa kehormatan merupakan perkara yang penting. Kehormatan diri ini bukan sahaja melibatkan diri kita tetapi juga orang lain. Oleh itu, jangan kita lupa untuk memelihara kehormatan diri kita dan kehormatan orang lain juga…. Kehormatan = Wanita ??? Apabila menyebut tentang kehormatan diri, ramai yang akan bercakap tentang wanita… Kenapa ya? Allah berfirman, “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa – apa yang diinginkan iaitu wanita, anak – anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik” Sesungguhnya tingg

.:: Nak BaGi ke Tak NaK? ::.

Sakit kepala, hati, poket bila masuk bab nak bagi ke tak nak ni…. Kalau tak bagi nanti orang cakap kedekutla, haji/hajah bakhil la, tangkai jering & macam-macam lagi la. Oleh itu, dah ‘TER’paksa bagi. Huu… Cop! Cop! Cop! Apa yang nak bagi or tak ni? Jadi,Insyaallah pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai sedekah. Sedekah merupakan satu amalan yang mulia, disukai Allah juga sunnah Rasulullah s.a.w. Sedekah juga merupakan salah satu alat pembersih dosa yang boleh mengembalikan kebersihan dan cahayanya apabila seseorang muslim itu dalam sesuatu dosa dan merasakan bahawa dosa itu telah menjauhkan dia dan Allah. Bila agaknya sedekah kita tu paling mulia? Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, sedekah bagaimana yang paling mulia?” Baginda s.a.w bersabda; “Engkau bersedekah dalam keadaan sihat, bakhil, takut miskin & ingin kaya. Jangan engkau tunda sedekah itu hingga ketika roh sudah berad

.:: uLaT SuTeRa = MaNuSiA ::.

Apa kaitannya ulat sutera dengan manusia?............ ulat sutera buat baju suteralah,,, Manusia buat apa? Ulat sutera = manusia #!*?!^?!"> Macamni, ulat sutera hidup sebelum makanannya iaitu pohon murbei tumbuh. Jika daun pohon itu menghijau, rohnya mengalir juga di dalam daun itu = roh manusia ada sebelum jasadnya. Kemudian ia berproses dari satu keadaan kepada keadaan yang lain = perkembangan bayi/kanak-kanak(kita la ni). Setelah itu, ia diam tertidur = tidak ubah seperti anak Adam yang lalai dan tidak mengetahui akibat – akibat perbuatannya. Then, barulah ia terkejut dan mencari makanan dengan rakus = tidak ubah seperti manusia yang tamak terhadap dunia. Kemudian, ia membungkus jiwanya = bagaikan manusia yang tertutup oleh dosa – dosanya. Ia menjadi tawanan = bagaikan mayat yang tersimpan dalam kuburnya. Akhirnya, ia mengecut dan keluar dalam bentuk makhluk lain = ahli kubur yang bangkit dari kuburnya. Seorang sahabat utama Rasulullah, Muaz bin Jabal pern

.:: SoMbOnG BeRLaGaK!! ::.

Pernah terjumpa orang yang sombong? Apa ciri – ciri mereka yang anda dapat lihat? Atau mungkin anda sendiri seorang yang sombong? Kalau sombong pun, ada yang nak mengaku ke… Seseorang itu mudah dicop ‘sombong’ ‘berlagak’ apabila dia itu seorang yang suka meninggi diri, kalaupun dia itu tidak meninggi diri, dia juga suka untuk meremeh – remehkan orang lain. Alahai… tak berkenanlah orang macam ni. Mari kita sama – sama menilai diri kita. Adakah kita seorang yang sombong? Sombong kepada manusia? Sombong kepada Allah? Orang sombong ni…. Susah nak terima nasihat orang lain. Merasakan dirinya hebat. Pandangan dia sahaja perlu diterima. Suka bercerita tentang keistimewaan diri sendiri. Tak suka dengan orang susah. Berkawan ada kepentingan. Susah mengakui kesalahan sendiri, so susah minta maaf. Tidak suka menerima nasihat. Maka, nilai la diri kita ini. Ibnu Abbas ada menyebut yang Rasulullah itu biasa duduk di atas tanah, mengikat kambingnya & memenuhi undangan h

.:: LiDaHkU & LiDaHmU ::.

Pada hari ini saya memilih untuk berbicara tentang LIDAH kerana baru – baru ini ada diantara sahabat seperjuangan saya yang meminta pandangan tentang lidah kita semua pada hari ini. Pasti ramai yang pernah dengar ungkapan ini “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Betul tak? Lidah (AL-LISAN) yang dimaksudkan di sini adalah satu simbol kepada ucapan atau perkataan yang keluar dari mulut. Lidah kita ini kalau tak dikawal, ianya boleh digunakan untuk perkara yang jahat. Malah, jika tersalah guna, bahaya juga diundang. Baginda Rasulullah banyak mengingatkan kita tentang menjaga lidah ini dalam pelbagai hadith. Antaranya, Rasulullah bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari Muslim) "Jaga lidah untuk jaga ukhwah" Senang cerita la, DIAM ITU EMAS. Dalam hadith lain juga ada yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad itu tidak berbicara melainkan yang benar sahaja. Peringatan untuk d

.:: MeNjaGa PeRuT ::.

Al-Batn(perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram…. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram). Nabi S.A.W ada bersabda; “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya” Penggunaan kata an-nar(neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah. Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik. Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar. “Pa