Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Titipan Khas : Salam Aidilfitri

Assalamualaikum. Salam ramadhan buat semua. Bagaimana dengan prestasi kita pada Ramadhan kali ini? -------------------------------------------- Hijau daun ciptaan tuhan, Langit malam berhias bintang, Harusku tangisi pemergian ramadhan, Tiada jaminan pertemuan akan datang. ------------------------------------------- Syawal Menjelma Dalam kemeriahan menyambut syawal, Kesibukan menyediakan juadah hari raya, Keseronokan bergurau senda ahli keluarga, Ramai yg alpa dengan ganjaran pada malam raya. Seharusnya pada malam ini disambut dengan ibadah & doa, Kerana malam ini dipanggil malam penerimaan hadiah (Lailatul Jaizah). Masyaalah. Alhamdulillah. ------------------------------------------- Selamat Hari Raya Mengambil peluang ini, saya & keluarga  mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri  Maaf Zahir Batin. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ “Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan dari kamu”.  --------------

Dakwah: 10 Malam Terakhir

Assalamualaikum Syukur kerana kita masih berpeluang untuk beramal di dalam bulan yang penuh kemuliaan. Lebih-lebih lagi sampai kita kepada 10 malam terakhir untuk berusaha bertemu dengan lailatul qadr.  ----------------------------------------- Setiap apa yang kita lakukan kita perlu sentiasa mencontohi & mengikuti amalan yang telah ditunjukkan oleh nabi kita. Nabi Muhammad s.a.w. Dalam soal lailatul qadr, Rasulullah menggandakan amalan pada 10 malam akhir ini. Malam-malam ini dihiasi dengan tangisan, amalan & pengabdian kepada Allah. 1. Solat 2. Iktikaf di masjid 3. Banyakkan zikrullah 4. Mohon keampunan 5. Tilawah al-quran 6. Berdoa --------------------------------------- Dengan kehidupan yg mungkin hanya 60 tahun ini, sangatlah rugi sekiranya kita tidak pernah berusaha & mendapat anugerah lailatul qadr ini. --------------------------------------- Bacalah tafsir & surah alqadr untuk mendapat kekuatan serta kefaham