Assalamualaikum,,
Selamat menyambut tahun baru semua. Bertambah satu lagi aras kehidupan kita. (^-^)y
Medan Ujian.
Hidup ini merupakan satu ujian buat kita. Ditambah dengan hakikat dalam kehidupan itu sendiri sememangnya dipenuhi dengan ujian. Kita sendiri tahu bahawa alam dunia yang Allah jadikan ini merupakan persinggahan ketiga dalam tempoh masa untuk menuju Allah.
Bermulanya kita di alam roh. Berpindah pula ke alam rahim dan sekarang kita di alam dunia. Alam dunia ini dijadikanNya sebagai medan ujian. Jangan kata tidak. Cuba tengok surah Hud:7 (Jangan malas (",) ). Di alam dunia, roh diuji dengan tanggungjawab dan amanah sebelum ke alam seterusnya yang mana kita akan ke kampung asal yang kekal abadi. Pelbagai amanah dan tanggungjawab yang kita pikul. Saya sendiri punya tanggungjawab sebagai anak, sahabat, pelajar, orang dakwah dan banyak lagi.
Beringat, kita perlu kepada perancangan dan pelaksanaan yang teliti kerana jalan yang kita tempuhi ini sehala. Tak ada undurnya.
------------------------------------------------
Perubahan.
Menyebut hijrah pasti terpacul dibenak fikiran tentang perubahan. Kan? Menyebut pula pada perubahan, kemas diingatan beberapa perubahan yang dilakukan berkaitan dengan awal Muharram yang kita pernah sambut. Alhamdulillah saya mula berpurdah secara istiqomah sekitar 6 tahun yang lalu. Penghijrahan ini Allah ilhamkan setelah kali pertama keluar masturat bersama datuk dan nenek. Alhamdulillah setelah berpurdah, saya dapat istiqomah menjaga amalan harian. Malu jika sekadar memakai pakaian ummahatul mukminin tetapi tidak memakai amal - amal mereka. Kan~~~ Hem... Serasanya ini kali pertama saya menyentuh tentang purdah.
Jika disebut perubahan, dari satu perkara lain ke perkara yang lain. Tapi jika disebut penambahan, ianya dari perkara yang sama yang menjadi perbezaannya adalah jumlah yang lebih. Ke macam mana? Antara kata - kata sepanjang hidup yang melekat kuat sehingga hari ini ketika dalam salah satu perbualan dengan Ustazah Sal, ahlia Maulana Johari mudir mad. Sg. Salan. Katanya, "Ustazah sampai hari ni tak mampu menandingi Ustaz dalam soal pembacaannya. Awak tengok buku - buku dan semua kitab - kitab tu kepunyaan Ustaz. Teliti setiap muka surat pertama akan ada ditulis kecil tarikh ianya dibeli".
Bayangkan bagaimana rumah Ustazah dipenuhi buku dan kitab sehinggakan tak nampak langsung permukaan dinding. Serasanya ada beberapa bahagian sahaja almari yang masih kosong. Mungkin hari ini jika ditinjau kembali sudah penuh. Bertitik itu, bermula perubahan dengan penambahan pembacaan untuk mendapatkan manfaat dari ilmu - ilmuNya. Besar penyesalan kerana dulu tak buat alimah. Mudah - mudahan akan datang Allah panjangkan umur dan beri peluang untuk itu. Isk3.
![]() |
jom2 membaca... |
------------------------------------------------
Ucapan.
Jalan - jalan dari satu blog ke satu blog yang lain. Banyak pula rasanya yang post tentang kahwin. Musimnya dah tiba agaknya. Oleh itu, saya ucapkan tahniah buat mereka yang akan berumah tangga. Bagi yang sedang mencari juga ucapan selamat dari saya. Insyaallah, Dia telah tetapkan apa yang paling baik buat anda. Mereka - mereka yang sedang Allah uji dengan banjir, saya yakin anda dalam pemeliharaanNya. Jaga diri.
(^-^)y :- "Maksud hidup untuk agama"
Ditulis di,