Skip to main content

Posts

Showing posts with the label adab

.:: KeTuLuSan BiBiR ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga Allah berkati seluruh kehidupan kita kita. Insyaallah. --------------------------------- Lama berhibernasi tidak menandakan laman blog pemulisan peribadi ini dilupai. Tetapi kesibukan membataskan keinginan untuk menulis dan berkongsi. Walaupun begitu, dek kerana minat meluahkan rasa dalam bentuk tulisan, iqa masih mengelek sebuah buku dan pen. Terus menulis kerana cinta. Sampaikan herot petot buku nota iqa tu. Hikhikhik --------------------------------- Senyuman . Di antara perkara yang terindah Allah jadikan buat hamba-hambanya yang bersyukur. Meneladani manusia agung Muhammad Rasulullah, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulianya. Sehinggakan pada mereka yang tidak disukai Baginda juga turut mendapat senyuman indah baginda. Oh betapa bertuahnya mereka. ---------------------------------- Senyumlah! Kerana senyuman tidak pernah  mengurangkan rezeki kamu atau dia. Senyuman menambah b...

.:: N3 kE 100 - NaSiHaT HiJaB ::.

Assalamualaikum... Semoga semuanya sihat. Dalam rahmat Allah. Insyaallah. -------------------------------------- N3 ke 100 di RuMaH TuA Sejak dari Tahun  2009 , pada Jun  2013  baru iqa ada  100  n3. Termasuk ini. Sengih je la. Hee~~~ (^__^)y Sepanjang blogwalking, ada blogger yang update 100 n3 untuk setahun. Cayalah.... Tapi iqa? Sengih lagi. (^_____^) Geleng kepala. ----------------------------------------- Hijab. Mari berhijab dengan sempurna. Seluruh kebaikan pasti bersamamu, saat bergembira dengan perintah dari DIA. ----------------------------------------- Video. Nasihat Hijab. Sempena n3 ke 100 RuMaH TuA. يااختنا بالله لا يغويك ذا الشيـــطان ان الحجاب فريضة من ربنا المنان انا سمعنا اختنا قولا عجـــــــــــــاب قالوا كلاما لا يسر عن الحجـــــاب قالوا ظلاما حالكا بين الثيـــــــــاب قالوا خياما علقت فوق الرقاــــــب نادوا بتحرير الفتاة والفوا فيه الكتاب رسموا طري...

.:: AdaB KeTiKa HuJaN ::.

Assalamualaikum... Mudah-mudahan sihat. Selamat dalam rahmat Allah. ------------------------------------- Hujan dari Tuhan. أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ “Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?” ( Al Waqi’ah [56]: 68-69) وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا “Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah.” (An Naba’ [78]: 14) -------------------------------------- Adab Ketika Hujan. 1) Ketika turunnya hujan, mari kita menadah tangan berdoa pada Allah kerana waktu itu mustajab doa . 2) Setelah itu kita boleh membaca doa ketika hujan . اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً "Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg membawa manfaat.." (Riwayat Bukhari) Dan apabila hujan turun dengan lebat, takut-takut akan menyebabkan kemudaratan, maka Baginda mengaja...

.:: HaMpiR ::.

Assalamualaikum,,, Alhamdulillah, syukur kerana punya kesempatan untuk menulis sesuatu di sini. Mukadimah yg lebih berhati-hati.   ----------------------------------- Hampir . Insyaallah, sedikit perkongsian pada petang ini tentang adab. Sekadar memetik salah satu sunnah Rasulullah ketika makan. ^^, Apabila kita makan, hendaklah mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu. Sabda baginda, يا غلام سم الله, وكل بيمينك, وكل مما يليك “Wahai budak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu" (muslim) Andai waktu sedang mula makan, tangan anda yang cumil itu tiba-tiba terangkat & terniat untuk menjangkau jauh ke seberang, cuba bayangkan rasulullah menegur anda dengan kata-kata itu. Insyaallah, secara automatiknya tangan itu terpelihara & berpahala. Kan?~~ ----------------------------------- Budak Baik. Teringat satu peristiwa ketika keluar jemaah masturat. Salah seorang anak ...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdaB TiDuR ::.

Assalamualaikum sahabat2... Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.... Moga Allah kasih kita semua. Insyaallah, hari ini saya akan kongsikan satu lagi adab iaitu adab tidur. Walaupun 'kita' da sangat - sangatla xpert bila bercakap tentang adab ni, tapi dari segi amalan Insyaallah... Sama - sama kita tingkatkan lagi....  (^-^)y Hemm~~~~ Adab Tidur Sebelum tidur, insyaallah pastikan kita berwudhuk. Ada kekuatan tunaikan solat Taubat & witir. Jangan lupa habiskan bacaan Al - Quran iaitu surah As - Sajadah dan surah Al - Mulk. Sebelum baring, kipaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri, baca, لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم Kemudian, niat bangun tahajjud. Baca 4 ayat akhir surah Al - Kahfi. Baca Ayatul Kursi 3 kali. Jangan lupa tasbih Fatimah. Sebelum terlupa, sunnah bercelak sebelum tidur. Kanan 3 kali, kiri 2 kali. bole baca, اللهم أتمم لنا نورنا واغفر لنا ذنوبنا انك على كل شيئ قدير Tadah tangan. ba...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...

.:: KoT - KoT AdA YaNg TaK KeNaL ::.

Assalamualaikum. Moga Allah kurnia kesihatan yang baik kepada sahabat semua. Syukran buat semua sahabat yang sudi berkongsi jawapan dalam n3 yang lepas.... Insyaallah, pada kali ini saya akan berkongsi sedikit mengenai bersiwak. Yang mana salah satu sunnah Rasulullah yang ringan tetapi berat untuk setiap dari kita mengankatnya. Isk3...  Kita? Saya je la kot, bila keluar jalan Allah baru ringan tangan. Kalau tak, isk3.... Kenal Tak Kayu Sugi? Ke ada yang baru kenal? (^-^) Faedah bersiwak:- Menghilangkan bau mulut yang kurang menyenangkan. Meningkatkan deria rasa. Menguatkan daya ingatan. Menghilangkan lendir. Menyembuhkan penyakit. Menguatkan gusi. Mengubati sakit gigi. Mengubati sakit kepala. Menambah nur pada wajah. Menajamkan penglihatan. Membantu pencernaan. Yang paling besar, Allah REDHA. Waktu - waktu disunnahkan bersiwak:- Ketika membaca Al - Quran. Sebelum membaca hadis. Sebelum belajar atau mengajar agama. Ketika mulut mengeluarkan bau tidak...

.:: Adab Memasak ::.

Alhamdulillah, Allah datangkan ilham nak kongsi sedikit mengenai adab memasak. Yelah, kita (lelaki  & perempuan) mesti biasa masuk dapur. (^-^) Jadi, biarlah kita jadikan setiap amalan kita itu ibadah kepada Allah.  Insyaallah. Tambahan, dalam usaha menjaga perut , makanya kita perlu makan makanan rumah. Betul tak? Oleh itu, mari kita memasak dengan cara yang digariskan. Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca  ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا ( Al-Kahfi : 10 ) Tanak Nasi Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca ما عندكم ينفد وما عند الله باق ( An-Nahl : 96 ) Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyaallah boleh amal, الحمدلله الذي اطعمنا خير منه Th...

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma...

.:: Adab MaSuK TanDaS ::.

Jadi Insyaallah... Sedikit perkongsian dalam waktu yang singkat ini... Adab masuk ke tandas. Bunyinya macam terlalu biasa. Mungkin ada yang akan cakap, "Alah, dah tau dah...." Tapi bagaimana? Sudahkah kita dapat mengamalkannya dengan sempurna? Sesungguhnya ketahuilah jika kita masuk ke tandas dengan cara yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W maka ianya akan menjadi ibadat & mendapat pahala daripada Allah S.W.T. Adab - adab:- 1 - Sebelum kita masuk ke dalam tandas, baca doa masuk tandas lebih kurang 6 atau 7 langkah sebelum masuk. 2 - kita masuk ke dalam tandas menggunakan kaki kiri, dan keluar menggunakan kaki kanan. 3 - Jangan lupa untuk menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita. 4 - Jangan bercakap - cakap waktu sedang dalam tandas. (jangan sebut nama Allah, sahut salam, & selawat.) 5 - Jangan melihat najis. (hilang nur) 6 - Jangan makan atau minum dalam tandas. (ish3) 7 - Disunatkan berdehem 3 kali bagi yang membuang air ...