Assalamualaikum,,,
Kali ini, puisi balasan buat Ummu Aiman, teman sebilikku.
Erm,, tak tau la jadi ke tak Mek Mu ea...
Lihat sini, tulisannya untukku...
-------------------------------------
Syukurku panjat padaMu,
Kerana dia sebagai temanku,
Teman pengingat kematian...
Kerana sebenarnya,
Yang namanya hari lahir itu,
Aku lebih dekat untuk bertemuNya...
Benar...
Andai 4 tahun dahulu kau seorang kawan,
Kau hanya seorang teman,
Tetapi kini padaku,
Kau bukan lagi kawan,
Mahupun teman,
Kau lebih dari itu....
Kau adalah Sahabat...
Tidak!
Bukan aku memimpinmu,
Bukan jua dalam pimpinanmu,
Tetapi...
Sama-sama berpimpin,
seiring,
dalam menuju Dia....
Sahabat...
Bukan untuk semalam,
Bukan untuk hari esok,
tetapi dirimu untuk selamanya,
Selama di sini,
Juga di sana yang abadi...
Kerana harapan kamu itu,
Aku menjadi terharu,
Insyaallah bersamamu,
Akanku usaha biar menjadi guru itu....
Sebelum pena mayaku berhenti,
Sebelum aku mengakhiri,
Terima kasihku beri,
Buatmu Ummu Aiman yang dikasihi,
Yang sentiasa dihati....
-------------------------------------
Sory! Copy yg Mek Mu! Hik3 |
(^-^)y:- "Segala milikku, Milik DIA yang satu"
p/s:- "Jumpa di Pesta Buku Ahad ni... *ting3"