Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Rasulullah Dan Sahabat

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

.:: KeBaiKan iTu DeMi KeBaiKaN ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga dalam pandangan rahmat Allah. Harapan & pergantungan kita-kita, hanya Allah.... --------------------------------------------- قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. -------------------------------------------- Sekianya diberi pilihan, adakah kita akan mendoakan yang baik atau buruk kepada golongan pemerintah? -------------------------------------------- Teladan yang Baik. Imam Ahmad bin Hanbal telah dipenjarakan, diseksa dan dipaksa menukar pendirian akidahnya pada zaman Khalifah al-Makmun. Namun, apabila ada yang bertanya... "Wahai imam, apakah doamu kepada pemerintah?" Telah dijawabnya, "Andai pada kami ada doa yang ...

.:: PeRmuDaH & JaNgaN AmBiL MuDaH ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat sejahtera hendakNya. --------------------------------- سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan  pasangan-pasangan semuanya,  baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi  dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (36: 36) --------------------------------- Pernikahan . Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... ------------------------------- Wanita. Kita wanita. Jangan dipersulit urusan yang baik. Urusan agama. Permudahkan mahar. Jalan sebuah pernikahan. ------------------------------ Dari mata & telinga. Banyak mendengar, banyak membaca. Luahan lelaki-lelaki 'soleh'. Keinginan memiliki wanita yang benar-benar 'solehah'. Bukti yang dicari. Mahar yang rendah. Fine... ---...

.:: CaHaYa RaBbaNi ::.

Assalamualaikum... Salam Maulidur Rasul. Moga Allah merahmati.  Semua di antara kita. Insyaallah. ------------------------------- Cahaya menyinari cahaya matahari, Cahaya keyakinan cahaya dihati, Cahaya Rabbani. Cahaya-cahaya dari Ilahi. ------------------------------- Cahaya Rabbani. Yang terpancar daripada hati hamba. Hamba-hambaNya. Kita-kita. Seharusnya dengan kiriman cahaya ini, Kita-kita mampu untuk terdedah, Dengan kemahuan hati yang sebenarnya. Takut. Cinta. Berharap. dengan Zat yang Maha Tinggi, Allah. ----------------------------- Manusia mana tak silap. Manusia andai dapat ditambah definisinya. Yang wajar mungkin 'kesilapan'. Yelah, sentiasa. Manusia mana tak silap. Ye dak? Silap dengan Allah. Kita mohon keampunan. Silap dengan manusia. Mohon kemaafan. ------------------------------ Sama-samala kita. Dia silap dengan awak. Awak maafkan dia. Awak silap dengan dia. Dia maafkan a...

.:: PeRmaTa HaTi ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat sejahtera hendaknya. -------------------------------------- "Memberi jangan sampai mengunkit, menerima jangan sampai meminta" -------------------------------------- Permata hati. Kanak-kanak ini permata hati. Boleh jadi, Penyejuk di mata umi. Penawar di mata abi. Juga penyeri dalam hidup ini... (^__^) --------------------------------------  Sayang. Kasih dan sayang. Punya banyak bahagian. Andai pada bahagian itu adanya mereka, mereka yang digelar kanak-kanak. Alhamdulillah. (^__^) Kerana itu, bukan sekadar bahagian kasih & sayang, Tetapi juga, bahagian dari sifat Baginda Muhammad...   ------------------------------------- Ayuh! Sayangi & hargai permata hati kita ini. Bergembira dengan apa yang Rasulullah pernah gembira. Kerana semua yang menggembirakan Rasulullah itu, Pasti & pasti menggembirakan Allah. -------...

.:: RinDu 02 ::.

Assalamualaikum... Mudah-mudahan berada dalam rahmat dan pemeliharaanNya. -------------------------------- Peluang. Peluang. Peluang. Peluang untuk terus beramal dengan agamaNya. Peluang untuk menjadi lebih baik & lebih bertaqwa kepadaNya. Peluang untuk menyambung kembali n3 sebelum ini. ---------------------------------- Mengenali Aib Diri. Sabda Nabi, إِذا أراد الله بعبد خيرا بصره بعيوب نفسه "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, nescaya Dia menjadikan hamba tersebut melihat kekurangan yang terdapat pada dirinya," (H.R Tirmidzi) Memilih teman yang soleh & solehah di antara rahsia untuk mengenali aib diri. Siap sedia dengan peringatan yang akan diberi. Menginsafi kekurangan yang ada tika berada di sampingnya.  ---------------------------------- Saidina Umar Al- Khattab. Umar       : "Semoga Allah merahmati orang yang mahu menunjukkan kekurangan yang terdapat...

.:: SiFaT & AgaMa ::.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Insyaallah hari ini saya akan berkongsi sedikit pandangan berkenaan dengan satu perkara yang menjadi masalah kepada ramai di antara kita. Sifat manusia adalah satu perkara yang paling sukar untuk diubah. Lihat kepada diri kita sendiri, agak – agak anda, mudah atau tidak bagi diri kita ini untuk diubah orang lain?(jawab dalam hati) Kita ini menjadi bertambah teruk lagi apabila kita sentiasa mahu orang lain yang berubah mengikut apa yang kita mahu. Masyaallah... Ingatlah, Diri kita ini susah untuk mengubah orang lain untuk menerima sifat kita ini tetapi lebih mudah untuk kita didik hati & diri kita untuk menerima sifat orang lain. Setuju? ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ SIFAT & AGAMA Di sini saya ingin mengajak anda untuk buka mata & minda agar menyingkap kisah – kisah sahabat unggul Rasulullah s.a.w. Lihat kepada 2 sahabat unggul Rasulullah yang mempunyai 2 karakter yang berbeza. Umar – Islam = pemarah...

.:: SoMbOnG BeRLaGaK!! ::.

Pernah terjumpa orang yang sombong? Apa ciri – ciri mereka yang anda dapat lihat? Atau mungkin anda sendiri seorang yang sombong? Kalau sombong pun, ada yang nak mengaku ke… Seseorang itu mudah dicop ‘sombong’ ‘berlagak’ apabila dia itu seorang yang suka meninggi diri, kalaupun dia itu tidak meninggi diri, dia juga suka untuk meremeh – remehkan orang lain. Alahai… tak berkenanlah orang macam ni. Mari kita sama – sama menilai diri kita. Adakah kita seorang yang sombong? Sombong kepada manusia? Sombong kepada Allah? Orang sombong ni…. Susah nak terima nasihat orang lain. Merasakan dirinya hebat. Pandangan dia sahaja perlu diterima. Suka bercerita tentang keistimewaan diri sendiri. Tak suka dengan orang susah. Berkawan ada kepentingan. Susah mengakui kesalahan sendiri, so susah minta maaf. Tidak suka menerima nasihat. Maka, nilai la diri kita ini. Ibnu Abbas ada menyebut yang Rasulullah itu biasa duduk di atas tanah, mengikat kambingnya & memenuhi undangan h...

.:: MeNjaGa PeRuT ::.

Al-Batn(perut) merupakan symbol kepada apa yang dimasukkan ke dalam perut kita iaitu makanan. Kita perlu menjaga makanan kita dan memerhatikan apa yang digunakan untuk tubuh kita ini. Adakah ianya halal atau haram…. Jiwa kita ini lah yang akan menerima kesan yang buruk jika bersumberkan kepada makanan atau minuman yang tidak halal(haram). Nabi S.A.W ada bersabda; “Setiap daging yang tumbuh dari yang haram maka nerakalah tempatnya” Penggunaan kata an-nar(neraka) dalam sabdaan baginda itu tidak hanya membawa erti neraka akhirat, tetapi juga membawa erti neraka dunia yang mana neraka dunia ini termasuklah keresahan jiqa, kekerasan, kehancuran & sebagainya. Makanan yang haram akan membuat hati kita tidak pernah puas, malas untuk beramal, tidak mahu beribadah, serta menjadi punca doanya tidak diterima oleh Allah. Allah telah perintahkan kita dalam Al – Quran untuk makan makanan yang halal lagi baik. Antara lain, saya nukilkan di sini sebuah kisah sahabat yang unggul iaitu Abu Bakar. “Pa...

Setianya....

Daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya”. (Hadith riwayat Ahmad & al – Tirmidzi) Macam mana dengan kita?? Adakah kita sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabat kita? Kebiasaannya kita berharap agar orang lain yang banyak berbuat kebaikan kepada kita. Betul??? Hee… Mari Iqa kisahkan satu cerita…. Dalam peristiwa Hijrah, Rasulullah s.a.w berjalan bersama Abu Bakar melalui jalan pintas. Baginda kemudiannya singgah di Gua selama beberapa hari untuk mengelakkan diri daripada kafir Quraisy. Ketika itu Asma’ binti Abu Bakar sedang sarat mengandung. Dia bersusah payah menghantar makanan untuk mereka berdua pada waktu pagi. Pada waktu siang, Abdullah menggembala kambing di sekitar Gua untuk menghilangkan jejak Asma’. Ini semua dilakukan agar puak kafir Quraisy tidak dapat menjejaki baginda Rasulullah. Selama beberapa hari, mereka berulang alik sementara Rasul...

Baju Perang Khalifah Ali r.a

Suatu hari setelah tamat satu peperangan, Khalifah Ali r.a meletakkan baju perangnya di depan rumah. Beliau ingin memebersihkan baju perang itu sebelum disimpan. Khalifah Ali r.a melakukannya sendiri walaupun puteranya Hasan menyuarakan hasrat untuk membantu. Seketika Khalifah Ali r.a mendapati baju perangnya hilang sebelum sempat membersihkannya. Khalifah Ali r.a berasa hairan dan bertanya kepada ahli keluarganya. Barangkali mereka tahu di mana baju perangnya. Namun demikian, tiada s eorang dari anggota keluarganya yang mengetahui hal tersebut. Malah, mereka berasa kehairanan. Beberapa hari kemudian khalifah Ali r.a melihat baju perangnya tergantung disebuah pasar milik seorang Yahudi. Beliau pun menghampiri orang Yahudi itu dan bertanya perihal baju perangnya. Namun demikian, orang yahudi tersebut menafikan baju perang itu milik Khalifah Ali r.a, malah mengakui baju perang itu adalah miliknya. Khalifah Ali r.a berasa amat yakin yang baju perang itu adalah miliknya. Beliau berasa ti...

.:: DiALoG IbLiS & NaBi MuHaMmAd ::.

DIALOG ANTARA IBLIS DAN NABI MUHAMMAD S.A.W - UTK RENUNGAN BERSAMA- Diriwayatkan dari Mu'ads bin Jabal ra., dari Ibnu Abbas ra yang berkisah : Kami bersama Rasulullah saw di rumah salah seorang sahabat Anshar, dimana saat itu kami di tengah-tengah jamaah. Lalu ada suara orang memanggil dari luar, "Wahai para penghuni rumah, apakah kalian mengizinkanku masuk, sementara kalian butuh kepadaku." Rasulullah bertanya kepada para jamaah, "Apakah kalian tahu, siapa yang memanggil dari luar itu ? "Mereka menjawab, "Tentu Allah dan Rasul-Nya lebih tahu." Lalu Rasulullah saw menjelaskan, "Ini adalah iblis terkutuk semoga Allah senantiasa melaknatnya. " Kemudian Umar ra meminta izin kepada Rasulullah sembari berkata, "Ya Rasulullah, apakah engkau mengizinkanku unuk membunuhnya ?" Beliau menjawab, "Bersabarlah wahai Umar, apakah engkau tidak tahu bahwa ia termasuk makhluk yang tertunda kematiannya sampai batas waktu yang telah diketahui (ha...