Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

.:: 10 Perangkap Syaitan ::.

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121). Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri. Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan d

:: 4 PeRkaRa SuLiT ::

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah... Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka.... 1. Akal boleh hilang disebabkan marah. 2. Agama boleh hilang disebabkan dengki. 3. Malu boleh hilang disebabkan tamak. 4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain. Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:- 1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya. 2. Para ahli waris akan menarik hartanya. 3. Ulat akan menarik tubuhnya. 4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA. Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam: 1. Memberi maaf pada waktu marah. 2. Suka memberi pada waktu susah. 3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi. 4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya. Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empa