Friday, November 15, 2019

Mati


Assalamualaikum...

Semoga Allah merahmati kita semua.
Insyaallah.

------------------------------------------

Allah berfirman,
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
“Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185)

-------------------------------------------

Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian?

-------------------------------------------

Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa, 
Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara.
Bimbang tika jiwa penuh dunia,
Allah panggil menghadapNya.
Mati.

Kematian yang dirasai hanya sekali.
Kehidupan kekal abadi setelahnya merupakan maksud hidup di dunia ini.
Ingin kembali menghadapi tuhan Maha Agung dengan redhaNya.

-------------------------------------------

Sementara.

Jangan pernah merasa kehidupan setelah kematian itu hanya dongengan.
Jangan pernah rasa sakit kematian itu kemampuan kita.
Jangan pernah menyanggupi untuk hidup di neraka dengan merasa diri hina.
Jangan pernah rasa bekalan amalan kita mencukupi untuk dibawa ke sana.

Tetapi tetap sentiasa bersangka baik dengan Allah,
Kita adalah apa sangkaan kita pada Allah.

Usaha,

Taat perintah Allah.
Amal sunnah nabi.

----------------------------------------------

Tanpa kita sedari,
berapa ramai pekerja Allah berlumba-lumba untuk mengejar akhirat.
Sedia berkorban harta masa hatta nyawa sekali pon untuk kembali dalam keadaan paling diredhai Allah.

Sedia meninggalkan kenikmatan dunia.
Sedia meninggalkan keseronokan bersama keluarga.
Sedia bersusah payah demi agama Allah.

Masyaallah.

------------------------------------------------

Saya?
Masih dengan dunia.

Menafikan cinta dunia tetapi masih berusaha untuk kesenangan dunia.
Cintakan itu?

Menyatakan cinta akhirat tetapi masih bersedih dengan hal-hal keduniaan.
Cintakan itu?

------------------------------------------------

Muda bukan jaminan kehidupan.
Tua bukan jaminan kematian.

-----------------------------------------------

Lunakkan jiwamu dengan mengingat kematian.
Dirimu akan kembali mengingat tujuan & tanggungjawab kehidupan ini.
Dirimu akan kembali mencari Tuhan.

MENGINGAT MATI MELEMBUT HATI

------------------------------------------------

Matikan aku dalam keadaan paling diredhaiMu ya Allah.


Pilihlah aku untuk agamaMu ini ya Allah.
Tarbiah aku untuk jalan cinta ini.





Tuesday, October 8, 2019

Wanita: Janda


Assalamualaikum..

Semoga sentiasa diberkati Allah.
Sentiasa menjadi hamba bersyukur.

-----------------------------------

Janda.

Ada apa dengan janda. 
Allahu Akhbar.
Perceraian tidak terlepas dari ketentuanNya.
Redha. Redha. Redha.
Kerana itu membuka pintu-pintu kebahagian yang lain.

Agama membenarkan kebuntuan dalam sebuah rumah tangga itu diselesaikan dengan perceraian. Menjadi janda bukanlah sebuah keaiban menurut agama. Walaupun begitu, agama melarang hukum nikah talak itu dipermainkan kerana itu syariat.

Perhalusi niat & tujuan nikah.
Menurut agama. Selamanya kerana agama.

--------------------------------------

Mulia wanita.

Selagi adab seorang muslimah itu dijunjung,
Selagi itu kehormatannya terjaga.
Selagi itu dia muslimah permata berharga.
Walaupun seorang janda.

Firman Allah,

وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ
“Itulah hukum-hukum Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri”. [attolaq 65:1)
-----------------------------------
Bangkit.

Setelah mengharungi bahagian hidup dalam kedukaan,
janganlah mempertikaikan aturan ini.
Ingatlah, banyak nikmat lain yang Allah beri.
Ujian diberi tanda kasih.
Kasih Allah lebih luas dari murkaNya.

Perbaiki urusanmu dengan tuhan.
Ada janji untuk orang-orang bersabar.
Ikhlas menerima.

Bangkit dengan semangat yang baru.
Pandang hadapan. 

------------------------------------

Sebaik-baik pergantungan itu adalah kepada Allah.
Ketika dirimu masih bergelar isteri atau sesudah bergelar janda.
Kerana yang bernama suami itu hanya pinjaman.
Yang kekal hanya Allah.

-------------------------------------

Hiduplah dengan gembira.
Dengan cinta kekal abadi.
Selamanya.

Taat perintah Allah.
Amal sunnah Nabi.

------------------------------------

Love.

Thursday, August 29, 2019

Frozen Birthday Party: Khadijah Sofea Turns 3

Assalamualaikum....

Apa khabar semua? 
Today juz nak share story birthday party anak dara i.
Dah besar. Dah sekolah.
Dah 3 tahun. 

Khadijah Sofea

--------------------------------------

Tema.

Memang pilihan Sofea. 
Cerita frozen pun berpuluh kali tengok dah.
Buku frozen macam-macam jenis beli di Big Bad Wolf.
So, memang diz year semua boleh nampak.
Frozen.

26.3.2019 - actual bithday 24.3 okeh 

----------------------------------------------

Persiapan.

Semenjak bersofea ni, memang every year birhday party ni acara wajib umi dah. So, dapat je theme umi terus senaraikan apa yang perlu ditempah dan dibeli.

Ruang tamu rumah umi yang dah di hias sesuai dengan Frozen Theme.
Belon haruslah! Birthday kan.

Cantik tak sentuhan umi?

---------------------------------------------
Kek.

Kek tempah di ig break & fast. Theme frozen. 
Umi order 3 kek bersaiz mini. 
Total dalam RM105.
1 - Princess Elsa cake
2 - Olaf cake
3 - Snow cake






--------------------------------------------
Dress.

Baju Princess Elsa baba sofea belikan di butik kanak-kanak di Melaka. 
Total RM110 termasuk wand & crown.

Disebabkan sofea princess muslimah, umi carikan dress sopan siap cape.

Image result for princess elsa wand
Siap dengan glove gittew.

--------------------------------------------

Party gadget semua shopping di kedai Bangi. 

Pavlova & cupcake dari ig moderneck shah alam.


-------------------------------------------

Menu utama

 Chicken Salad, fruit salad & Aglio Olio 
Lain-lain semua candy & junk food. 




-----------------------------------------------
Happy.

Hadiah Sofea.

Happy sangat!
----------------------------------------------
 Doa.

Umi & Baba sentiasa doakan yg terbaik untuk anak umi, Khadijah Sofea.
Mudah-mudahan penyejuk mata, 
penawar hati & penyambung usaha nabi.
Insyaallah.

Love & Love.

Our Princess.
Sementara boleh dukung lagi. Doakan keluarga kecil ini.

Nana & Nani. Tq for everything.

Mami & Mamu sentiasa ada untuk happykan sofea.

Sayang semua mamu ketat-ketat.

-----------------------------------------------
Video.

Haruslah ada short video untuk dikenangkan. Kan?


Monday, June 24, 2019

Sesuci Lebaran 2019 : Seribu erti Part 1



Assalamualaikum...

Taqabbalallahu minna waminkum
Minnal aidil walfaizin
Maaf zahir Batin.


--------------------------------------------------

Salam Aidilfitri buat semua.
Penuh kegembiraan & kesyukuran.
MasyaAllah.


-------------------------------------------------

Aidilfitri 2019

Alhamdulillah. Aidilfitri tahun ini membawa erti yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelum. Tambahan pula, semenjak berkahwin memasuki tahun ke7, ini merupakan Aidilfitri pertama di kampung sendiri. Seronok!

Setelah hampir 9 tahun, semua ahli keluarga iqa dapat berkumpul kembali. Adik yang belajar di Beijing pon balik. Adik yang menetap di German pon pulang beraya. The best part is ada ahli baru.

Penyejuk mata penawar hati kami semua.

Khadijah Sofea
Umar Alfarouq

Istimewa sangat!

-------------------------------------------------

Bayan Aidilfitri.

Pagi selepas solat hari raya sebelum bersalaman, semua berkumpul duduk.
Abah selaku ketua keluarga bagi bayan ringkas aidilfitri.
Peringatan demi peringatan diberikan dalam nada yang sangat lembut tapi jelas.
Syahdu!

Pointnya, bertolak ansur. Bantu-membantu. Ingat-mengingati.
Saling hormat & Sabar.

Paling utama, bentuk agama dalam keluarga.
InsyaAllah Allah pelihara.

Kemudian, sesi salam bermaaf-maafan.
MasyaAllah. Rindu masa itu.

& dah tentu duit raya time!

---------------------------------------------------

Rakaman segar dimata.
Memori kekal hidup dihati.

Kan?





Tuesday, May 21, 2019

Salam Rindu

Assalamualaikum.

Salam ramadhan buat semua. 
Terus istiqomah dalam beramal. 
sedikit tapi berterusan lebih baik dari banyak tapi jarang-jarang.

-----------------------------------

Keinginan menulis kembali diruangan ini.
Masa membataskan segalanya.
Nikmat masa itu telah ditarik?

----------------------------------

Menjalani tugas sebagai seorang hambaNya.
Seorang Isteri.
Seorang anak.
Seorang ibu.
Seorang guru.
Seorang peniaga.

Tanggungjawab ini menghalang beberapa minat serta mengubah cara dan bentuk kehidupan itu.
kan? Tapi,

Hamdan Lillah. 
Syukur!

----------------------------------

Banyak ruangan media sosial lain.
Aktif di instagram.
Tapi lain.
Mungkin jiwa di sini. 
Tulisan itu kekal & cantik di sini.
Gittew.

----------------------------------

Mood: Rindu Blogging. (^^,)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...