Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

.:: Adab Memasak ::.

Alhamdulillah, Allah datangkan ilham nak kongsi sedikit mengenai adab memasak. Yelah, kita (lelaki  & perempuan) mesti biasa masuk dapur. (^-^) Jadi, biarlah kita jadikan setiap amalan kita itu ibadah kepada Allah.  Insyaallah. Tambahan, dalam usaha menjaga perut , makanya kita perlu makan makanan rumah. Betul tak? Oleh itu, mari kita memasak dengan cara yang digariskan. Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca  ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا ( Al-Kahfi : 10 ) Tanak Nasi Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca ما عندكم ينفد وما عند الله باق ( An-Nahl : 96 ) Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyaallah boleh amal, الحمدلله الذي اطعمنا خير منه Then, on la plug

.:: BaGaiMaNa SolaT aNdA? ::.

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Sebelum itu, Selamat Hari Lahir saya ucapkan buat my rumet, Atiqah Nathalie Wilson Abdullah. Mudah - mudahan dalam rahmat Allah. Solat lagi? Haisyy tak habis - habis. Allahu Akhbar, menjadi tanggung jawab untuk kita saling beringat. Kan? Sahabat - sahabat, solat yang diterima itu adalah solat yang dilakukan penuh perhatian, ketakutan dan penghayatan akan kewujudan Tuhan Yang Maha Agung. Maka, hendaklah kita ketika mendengar azan, kita merasakan adanya satu panggilan yang menakutkan berkenaan hari Qiamat. Satukan aspek zahir dan batin bagi menyambut panggilan ini dengan segera. Insyaallah. Ketahuilah, orang yang bersegera itu adalah yang akan dipanggil dengan lembut pada hari Akhbar nanti. Berbeza . Pasti dan pasti ada perbezaan dianta yang berkata, "Biarlah kami rehat dari solat" dengan yang berkata, "Biarlah kami rehat dengan melaksanakan solat" Dari Hatim al - Asham ketika