Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

.:: HaTi RauDhAh 01 ::.

Assalamualaikum... Moga baik-baik semuanya. Insyaallah. ----------------------------------- "Hati raudhah menggamit cinta Ilahi" ----------------------------------- Bulatan Cinta. Meletakkan hati & cinta dalam satu baris. Perkara biasa. Kerana yang namanya cinta itu bulatnya dihati. Kan? ----------------------------------- Hati tak merah. "Dia ni dari jenis yang biasa-biasa je" Apa yang biasa-biasa? Pakaian dia? Tudung dia? Atau amalan dia? Awak... Jangan rasa awak lebih baik dari dia. Awak tak pernah lebih baik dari sesiapa bila awak rasa awak lebih baik dari dia. ------------------------------------- Kan Manusia. Awak. Saya. Kita manusia. Selalu silap. Selalu jugak minta maaf. Selalu taubat. Ulang lagi silap. Ulangla lagi minta maaf. Ulang jugak taubat. Langsung tak salah. Jalan kembali ada. Sentiasa. (^__^)y -------------------------------------- Fir

.:: TeNanG & TeNanG ::.

Assalamualaikum... Moga hari-hari yang berlalu dalam keadaan yang baik. Dirahmati Allah. --------------------------------------- "Allah adalah ketenangan. Untuk mencari ketenangan, carilah Allah" --------------------------------------- Al-Quran. Kitab suci. Kalam Allah. Sungguh indah. Sunguh tenang. Seindah kata. Secantik bahasa. Sebaik-baik tulisan. Sebaik-baik bacaan. Bagi yang susah. gelisah. senang. berduka. gembira. Inilah pedoman. Peringatan. Tenang dengannya. ---------------------------------------- Belajar & Mengajar. Sabda Nabi,   "خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ اْلقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ " Maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah orang yang  belajar al-Quran dan mengajarkanya" (Bukhari & Tirmidzi) ---------------------------------------- Usaha. Jangan sekadar cuba-cuba menghafaz. Tetapi hafaz. 30 juzuk berjaya. 1 juzuk pun berjaya. Surah-surah penting juga berjaya. Kemampuan masing

.:: PeRmaTa HaTi ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap-harap semua sihat sejahtera hendaknya. -------------------------------------- "Memberi jangan sampai mengunkit, menerima jangan sampai meminta" -------------------------------------- Permata hati. Kanak-kanak ini permata hati. Boleh jadi, Penyejuk di mata umi. Penawar di mata abi. Juga penyeri dalam hidup ini... (^__^) --------------------------------------  Sayang. Kasih dan sayang. Punya banyak bahagian. Andai pada bahagian itu adanya mereka, mereka yang digelar kanak-kanak. Alhamdulillah. (^__^) Kerana itu, bukan sekadar bahagian kasih & sayang, Tetapi juga, bahagian dari sifat Baginda Muhammad...   ------------------------------------- Ayuh! Sayangi & hargai permata hati kita ini. Bergembira dengan apa yang Rasulullah pernah gembira. Kerana semua yang menggembirakan Rasulullah itu, Pasti & pasti menggembirakan Allah. -------

.:: OrAnG TuA KiTa ::.

Assalamualaikum... Insyaallah. Moga yang baik-baik kita sama usaha. --------------------------------------------- "Pahitnya dosa akan menafikan ketidaktaatan, indahnya iman nikmatnya kebahagiaan." ----------------------------------------------- Tua. Kita tak selamanya muda. Panjang umur, tua. Sementara muda, khidmatlah pada yang tua. Ibu bapa. ----------------------------------------------- Hari ini & Hari esok. Hari ini kita memegang watak anak. Esok-esok kita pula memegang watak orang tua. Bagaimana kita hari ini pada ibu bapa kita. Insyaallah hari esok, begitu juga anak-anak kepada kita. Hari ini kita tinggalkan mereka berseorangan. Hari esok anak-anak meninggalkan kita keseorangan. Hari ini kita sibuk dengan anak-anak kita. Hari esok anak-anak kita sibuk dengan anak-anak mereka. Hari ini kita hidup penuh kegembiraan. Hari esok jangan pula dengan penuh penyesalan. Hari ini kita di dunia. Hari esok kita

.:: StOrY MoRy ::.

Assalamualaikum... Moga sihat-sihat semuanya. Selamat untuk semua perkara yang baik-baik. ----------------------------------------------- Keperluan. Firman Allah, يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللَّهِ Maksudnya: "Hai manusia, kamulah yang sentiasa berhajat kepada Allah." (Al-Fatir: 15) Kita manusia. Kita berhajat pada Allah. Allah tidak berhajat kepada kita. ----------------------------------------------- Bertambahnya usia, Berkuranglah masa, Bertambahnya kerja, Berkuranglah tenaga. Maka, Carilah pahala, Sebelum saat tiba, Dipanggilnya kita, Kembali pada Dia. ----------------------------------------------- Blog RuMaH TuA. Makin menjadi-jadi sekarang owner blog ni. Sebulan sekali update. Macam nak tak nak je. Suka-suka hati dia. Ada bulan tak update pun. ----------------------------------------------- Pecinta. Orang yang cinta Allah. Pasti akan dicintai mer

.:: RinDu 03 - (SyUrGa HaTi) ::.

Assalamualaikum... Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Selamat melakukan ibadah korban. Sama bertakbir. --------------------------------------------- Mencipta Syurga Hati. Nama dicipta bagi satu program motivasi. Dijemput khas ke sebuah sekolah. Lebih kurang sebulan yang lepas. Program bersama adik-adik tingkatan 1. Adik-adik tingkatan 2. Adik-adik tingkatan 4. Adik-adik pelajar perempuan sahaja. (^____^)y --------------------------------------------- 1- Perkongsian tentang hubungan. Malam bersama adik-adik tingkatan 1 & 2. Hubungan yang bagaimana harus dibina & dicipta seterusnya dijaga. Menghayati perjalanan kisah nabi Allah Baginda Musa, Ishak & Syuib. Banyakkan cakap kebesaran Allah. 2- Sama membentuk diri ke arah yang lebih baik. Bukan sahaja adik-adik. Malah yang lebih utama yang menyampai ini. 3- Sesi LDK . Bersama sahabat2 yang sanggup turun membantu diri ini. Untuk menjayakan program khas untuk adik-adik yang disayangi

.:: RinDu 02 ::.

Assalamualaikum... Mudah-mudahan berada dalam rahmat dan pemeliharaanNya. -------------------------------- Peluang. Peluang. Peluang. Peluang untuk terus beramal dengan agamaNya. Peluang untuk menjadi lebih baik & lebih bertaqwa kepadaNya. Peluang untuk menyambung kembali n3 sebelum ini. ---------------------------------- Mengenali Aib Diri. Sabda Nabi, إِذا أراد الله بعبد خيرا بصره بعيوب نفسه "Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, nescaya Dia menjadikan hamba tersebut melihat kekurangan yang terdapat pada dirinya," (H.R Tirmidzi) Memilih teman yang soleh & solehah di antara rahsia untuk mengenali aib diri. Siap sedia dengan peringatan yang akan diberi. Menginsafi kekurangan yang ada tika berada di sampingnya.  ---------------------------------- Saidina Umar Al- Khattab. Umar       : "Semoga Allah merahmati orang yang mahu menunjukkan kekurangan yang terdapat pada diriku."

.:: RinDu 01::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga-moga sihat dalam rahmatnya.  ---------------------------------------- Rindu. Rindu. Rindu. Rindu untuk menulis di sini.  Rindu untuk blogwalking.  Rindu dengan awak-awak semua. Rindu nak komen-komen. ---------------------------------------- Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ada ruang untuk  menulis kembali. Alhamdulillah ada peluang untuk kembali di sini. Alhamdulillah masih ada yang sudi bertandang ke sini. ----------------------------------------- Bercerita (Lapang sebelum sempit). Insyaallah, cuba untuk bercerita melalui gambar tentang perjalanan sepanjang 2 bulan lebih yang menyebabkan RuMaH TuA ni tak berpenghuni. Setiap gambar mempunyai cerita yang tersendiri. 1. Program keluarga angkat Orang Asli Ulu Sungai, Raub Pahang. Menziarahi rumah adik angkat. Berbual tentang keluarga mereka. Dapat keluarga angkat OA yang mementingkan pelajaran. Tidak perlu memb

.:: SeLaMaT HaRi RaYa ::.

Assalamualaikum... (^_^)' :- "Ramadhan hari tu tak ucap pun kat awak-awak semua kan.... Isk3" Ditulis di,

.:: NuR ::.

Assalamualaikum,,, Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita. Kerana kesihatan itu nikmat yang paling besar setelah iman. ^^, ---------------------------------------------- Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. ---------------------------------------------- Pesan. Peringatan seseorang buat diri ini, "Perasan tak... Allah jadikan setiap amalan keranaNya itu mengandungi nur. Jika amalan itu kita laksana, pasti nur itu terbias pada wajah kita. Andai kita tidak memelihara keadaan nur itu. Pasti ia akan hilang."  "Nak kekalkan nur tu jangan lupa, jaga pandangan. Jangan biarkan ianya memandang kepada bukan milik kita. Bukan mahram kita. " Dengan nada yang sama,  sambil menambah pesanan, Lebih kurang begini, "Tapi jangan pula beramal kerana nur itu, beramallah kerana DIA yang satu" ---------------------------------------------- .... Hem .... Terfikir-fikir apakah nur itu mengena

.:: CaRa MeNiTi ::.

Assalamualaikum... Mudah-mudahan sahabat-sahabat sihat iman serta tubuh... ^^, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Atas semua pilihan nikmat dan ujian yang diberi. ---------------------------------------------- "Ketika manusia sama-sama sihat,  mereka sejajar dalam iman, tetapi apabila bencana menimpa, terdedahlah siapa yang benar-benar kukuh imannya" Meniti . "Hem... Sabarnya dia. Tak nampak nangis pun...(ni pun banyak versi ok)" Sedang sabar itu tika dia berjalan di atas titian ujian. Bagaimana dia menyediakan diri untuk menghadapi perjalanan di atas titian itu tadi.  Contoh mudah. Remaja tadi kalau lelaki dia seorang yang benar-benar bersabar apabila dia masih mampu solat berjemaah di masjid walaupun tanpa si ayah tadi (yelah, dulu-dulu ada tukang paksa ke masjid). Remaja tadi kalau pula seorang perempuan dia benar-benar bersabar apabila masih mampu menjaga solat awal waktu (kan dulu-dulu ada tukan

.:: PaNdaNgaN ::.

Assalamualaikum,,, Insyaallah, sedikit perkongsian pada kali ini. Sebelum itu, apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam rahmat serta lindunganNya. ------------------------------------------- PandanganNya. Kita adalah yang dicipta. Dia adalah yang mencipta. Oleh itu, sudah tentulah Pencipta lebih mengetahui tentang apa yang diciptaNya.  Beringatlah, kita ini sentiasa berada dalam pengawasanNya. Dan kita tidak akan pernah dapat bersembunyi daripada pandangan Dia. Sesungguhnya Dia Maha Melihat. ------------------------------------------- Rancangan . Sejauh mana rancangan-rancangan rahsia kita dapat dirahsiakan? Sedangkan Allah bersama kita ketika kita merancang sesuatu perkara itu. Walau sekecil-kecil rancangan. وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan. (An-nisa' 4: 108) ------------------------------------------- Sedar Diri. Oleh itu, sedar diri. Sedar diri yang kita

.:: PuIsI BuaT AiMaN ::.

Assalamualaikum,,,  Kali ini, puisi balasan buat Ummu Aiman, teman sebilikku.  Erm,, tak tau la jadi ke tak Mek Mu ea... Lihat  sini , tulisannya untukku... ------------------------------------- Syukurku panjat padaMu, Kerana dia sebagai temanku, Teman pengingat kematian... Kerana sebenarnya, Yang namanya hari lahir itu, Aku lebih dekat untuk bertemuNya... Benar... Andai 4 tahun dahulu kau seorang kawan, Kau hanya seorang teman, Tetapi kini padaku, Kau bukan lagi kawan, Mahupun teman, Kau lebih dari itu.... Kau adalah Sahabat... Tidak! Bukan aku memimpinmu, Bukan jua dalam pimpinanmu, Tetapi... Sama-sama berpimpin, seiring, dalam menuju Dia.... Sahabat... Bukan untuk semalam, Bukan untuk hari esok, tetapi dirimu untuk selamanya, Selama di sini, Juga di sana yang abadi... Kerana harapan kamu itu, Aku menjadi terharu, Insyaallah bersamamu,  Akanku usaha biar menjadi guru itu.... Sebelum pena mayak

.:: HaMpiR ::.

Assalamualaikum,,, Alhamdulillah, syukur kerana punya kesempatan untuk menulis sesuatu di sini. Mukadimah yg lebih berhati-hati.   ----------------------------------- Hampir . Insyaallah, sedikit perkongsian pada petang ini tentang adab. Sekadar memetik salah satu sunnah Rasulullah ketika makan. ^^, Apabila kita makan, hendaklah mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu. Sabda baginda, يا غلام سم الله, وكل بيمينك, وكل مما يليك “Wahai budak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu" (muslim) Andai waktu sedang mula makan, tangan anda yang cumil itu tiba-tiba terangkat & terniat untuk menjangkau jauh ke seberang, cuba bayangkan rasulullah menegur anda dengan kata-kata itu. Insyaallah, secara automatiknya tangan itu terpelihara & berpahala. Kan?~~ ----------------------------------- Budak Baik. Teringat satu peristiwa ketika keluar jemaah masturat. Salah seorang anak

.:: HaiLaa... ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Mudah-mudahan sentiasa dibawah lindunganNya.  Alhamdulillah, sedaya upaya saya mencuri sedikit waktu untuk menulis di sini. Wah! Perkataan 'curi' tu macam sangat-sangat sibuk je. Waktu. Menyebut perkataan waktu ni teringat pula cuti baru ni dalam bayan abah. Katanya masa ini makhluk. Allah boleh panjang dan pendekkannya. Disebut 24 jam, tetapi keberkatannya bergantung kepada amalan kita.  Yelah, bukan semua yang si A lakukan mampu dilakukan si B walaupun punya jumlah waktu yang sama. Kan~~~ Contoh. Melihat contoh yang baik, sahabat-sahabat baginda. Bagaimana mereka boleh khatamkan seluruh al-Quran dalam satu solat sahaja. Bagaimana Uthman dapat menghabizkan al-Quran dalam satu rakaat witir. Disinilah keberkatannya. Nampak? Allah panjangkan waktu itu. Bagaimana pula dengan saya? Sedikit sahaja tuntutan yang menanti, tetapi berani menggunakan perkataan 'curi'. Haila iqa... "الرجاء ما قارنه عمل. وإلا,

.:: T8 CaRe ::.

Assalamualaikum,,, Perjuanganku . Alhamdulillah. Apa khabar semua? Mudah-mudahan kita berada dalam rahmatNya. Alhamdulillah sekali lagi kerana saya telah selamat menjalani satu lagi praktikum di sekolah. Guru-guru di situ sangat best! Terima kasih yang tidak terhingga buat Ustaz Izwan kerana banyak membantu, yelah selaku satu-satunya guru Bahasa Arab di situ. ^^,  ----------------------------------- Perjuangan dia. Selamat ke German Hafiz! Moga dipeliharaNya. Dakwah & studi sungguh-sungguh. Huu... Sayu hati mengenangkan jauhnya teman bergaduh. (T_T) Tata~~~~ Istiqomah dalam usaha agama di sana ye... Herm,,, Teringat cerita dia waktu mula-mula masuk,  dia satu-satunya yang buat usaha dalam batch dia. Isk3 Hari ini, tika dia berangkat ke sana... separuh dari gang GAPP dia istiqomah dalam dakwah ini. Insyaallah akan dipermudahkan urusan kalian di sana.  Amin~~~ Da boleh panggil u all karkun German la kot? ----------------------------------- Firm