Assalamualaikum,,,
Mudah - mudahan kita semua berada dalam pemeliharaanNya. Alhamdulillah, syukur untuk semua kenikmatan serta ujian yang Allah beri. Alahai... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi cuti. Isk3.
-----------------------------------------------
Express.
Bagaimana anda menghabiskan zikir harian anda? Zikir pagi, petang, istighfar, selawat......... Apabila menyebut kalimah Allah, tetapi dihati tidak ada tumpuan tidak menjadi juga. Kerana apa? Kerana kelalaian tetap tidak hilang. Sedangkan salah satu tujuan zikir itu untuk membuang kelalaian yang ada dalam diri.
Suatu petang beberapa tahun lepas (lame kot!) selepas asar saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara (BP) kerana ada keperluan. Teringat mukaddimahnya,,,
Bp : Assalamualaikum... Sihat?
Saya : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat...
Bp : Kakak buat apa?
Saya : Baru lepas solat ni..
Bp : Zikir petang dah habiz?
Saya : Da.. (jawab dengan lega, kalau tak... pedas!)
Bp : Semua?
Saya : Haah. (lega lagi)
Bp : Kehkehkeh...(ketawa). Zikir orang muda...
Zikir express...
Tang! Kan da kena. Ingat da lega, tak pasal - pasal kene pancung. Kuang3. Itula iqa.. Tumpuan! Tumpuan! Haisy! Iqa banyak lalai tanda zikir tak cukup tumpuan. kan? (nasihat lagi)
-----------------------------------------------
Tumpuan.
Orang muda... Zikir express... Macam - macam dapat. Isk3. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih cuba menambah penghayatan dalam memberi tumpuan kepada Allah ketika berzikir. Mudah - mudahan Allah pinjamkan sedikit dari kekuatanNya. Andai ada di antara sahabat - sahabat yang baru belajar istiqomah, anjurannya sekurang - kurang zikir 300 pagi, 300 petang, + 100 istighfar + 100 selawat.
Zikir bukan terhad kepada tasbih sahaja, membaca al - Quran juga zikir, doa - doa itu zikir, taat perintahNya zikir dan banyak lagi. Senang cerita, zikir adalah kita ingat Allah setiap masa dan keadaan. Jadikan 24 jam yang kita ada ini sebagai fikir untuk Allah. Insyaallah, sedikit perkongsian secara paling ringkas.
(^-^)y :- "Kenali Allah sewaktu senang, Allah akan kenal kita sewaktu susah"