Salam Ramadhan....
Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...
(^-^)y Syukran...
errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan...
Tapi RuMaH TuA..... (",)
 |
Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? |
(ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??
tak kongsikan pun kat sini.. (",) )
Baca doa,
بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم
Adab Perjalanan
- Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini,
ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير
بسم الله توكلت على الله
- Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau selipar menggunakan kaki kanan dahulu. Ok?
- Naik kenderaan menggunakan kaki kanan & baca basmallah, & doa,
- Kemudian ucap alhamdulillah 3 kali, Allahu Akhbar 3 kali. Mudah kan?
- menaiki bukit bacalah Allahu Akhbar.
- turun bukit bacalah Subhanallah.
- melalui tanah rata ucaplah alhamdulillah.
-kuil, tokong atau gereja atau seangkatan dengannya
maka, bacalah lailahaillah la maghbud illallah.
(sori ye...
la ma'bud illallah....
cmnie..
لا إله الله لا معبد إلاَ الله)
-masjid maka berselawatlah.
(ade ustaz bgtahu bahwa ade doa nmpak masjid.
"allahuma figrli, zunubi, khotok'i wa amali" dlm kitab al-azkar
selawat hanya khas utk masjid nabawi saja. tapi ulamak kata kita leh selawat juga sebagai tanda kita ingat nabi saw.
bila lihat masjid maka lihat dgn penuh kecintaan dan kasih-sayang.)
-tanah perkuburan maka berilah salam.
(ibu zyla pun selalu pesan,
kalau melimpas kubur sedekahkan al fatihah utk ahli2 nya..)
- Sepanjang kita dalam perjalanan, sekiranya ternampak keindahan serta kemewahan dunia maka ucaplah,
اللهمّ اني اَعوذبك مِن فتنةَ الدُّنيَا
- ِSetelah tiba di suatu destinasi maka turun kenderaan dengan kaki kanan, kemudian berdoalah,
َربّ انزلنى مُنزَلا مباركا وانتَ خيرُ المنزلين
"Ya Allah turunkanlah aku pada tempat yang penuh barakah, dan engkau adalah sebaik - baik pemberi tempat"
- Sebelum memasuki rumah, baca surah Al Ikhlas 3 kali, selawat 3 kali & bacalah doa masuk rumah.
- Then, buka pintu & beri salam.
السلام عليكم اهلِ البيتِ ورحمتُ الله وبركته
Mudah - mudahan kita semua dapat beramal. Kalau tak dapat banyak, mula dengan sedikit...
p/s:- "Macam mana driver Malaysia nak naik guna kaki kanan?
(^-^)y kreatif kan diri anda..."
Ditulis di,