Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

.:: HiDupKu... ::.

Assalamualaikum, Moga semuanya dalam keadaan sihat & dirahmati Allah. ------------------------------------------- Tiada yang buruk dalam pemberian Allah. ------------------------------------------- Belajar mensyukuri apa yang telah ditaqdirkan Allah buat kita.  Semuanya dalam pengetahuanNya. dalam menjalani kehidupan yang sangat getir pada hari ini Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Malah kita sendiri perlukan unsur-unsur yang positif dalam jiwa kita agar kita tidak mudah rebah dengan segala perkara yang boleh merosakkan dan membinasakan kita. Bergembiralah dengan kisah hidupmu. Jangan kau bandingkan dengan mereka yang lebih kerana hilang syukurmu itu. Bandinglah dengan mereka yang jauh lebih rendah darimu, inysaallah sesak dadamu dengan penuh rasa syukur itu. Pengorbanan untuk sebuah manfaat kehidupan. ------------------------------------------- Bertabahlah! ------------------------------------------- Me :- The

♥ PeNgaLaMan hIduP ♥

Assalamualaikum... Harap semua sihat. Aktif mood menanti Ramadhan. ♥♡♥♡♥ --------------------------------- Ditanya tentang hadiah terbesar di saat usia semakin meningkat. Tentu sahaja pengalaman & pengajaran  daripada rasa hidup bertuhan ini. Hamdan lillah. ---------------------------------- Silam perlu dikenang bukan dilupa kerana pengalaman itulah bekal pengajaran akan datang. Andai yg lepas itu penuh dosa, maka sesal serta tangisilah ia sentiasa agar dirimu tak pernah lupa yang Esa. Rasa sesal yang dimiliki merupakan satu rahmat buat dirimu kerana itu tanda kasihNya. Andai yang lepas itu sentiasa baik dan lurus, maka berdoalah agar hatimu tidak diterbalikkan oleh Allah akan datang. ---------------------------------- Syukuri nikmat hidupmu. Dikala kamu mengharapkan kehidupan seperti orang lain, ketahuilah bahawa berapa ramai mereka yang diluar mengharapkan kehidupan sepertimu. ---------------------------------- Hijrah. Now, iqa sudah

.:: TeguRanMu biaR beRniLai SoleHah ::.

Assalamualaikum... Moga semuanya sihat. Sentiasa dalam pandangan rahmat Allah. Hamdan lillah. ----------------------------------- Kata Imam Syafie, "Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu." ----------------------------------- Hari ini adab-adab dalam menegur atau menasihati jauh ditinggalkan hatta oleh orang yang belajar agama sendiri. Mereka seakan-akan ghairah untuk menegur sehingga tertinggal 'hikmah' itu sendiri. Media sosial yang ada bukanlah tiket untuk kita mensosialkan agama yang penuh kelembutan ini. Hari ini, ramai lebih menyukai penyampaian berbentuk sindiran. Istilah sosialnya "dakwah sentap". ----------------------------------- Secara peribadi, saya menasihatkan mereka-mereka yang suka menegur orang secara terbuka ini semak kembali amalan & niat anda. 1. Apakah dirimu benar-benar berniat ingin menasihati kerana aga

.:: Matang ::.

Aku Menjadi Matang. Saat menerima manusia itu masing-masing berbeza. Ada yang begitu, ada yang begini. Ada yang ceria, ada yang dingin. Ada yang suka, ada yang benci. Saat mengerti diam itu lebih baik. Tidak berdebat dengan yang bodoh. Tidak menyimpan di dalam hati. Saat menegur bukan dengan emosi. Perbuatannya di benci. Tuannya disayangi. Aku Menjadi Matang. Ditulis di,