Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hati

.:: HiDupKu... ::.

Assalamualaikum, Moga semuanya dalam keadaan sihat & dirahmati Allah. ------------------------------------------- Tiada yang buruk dalam pemberian Allah. ------------------------------------------- Belajar mensyukuri apa yang telah ditaqdirkan Allah buat kita.  Semuanya dalam pengetahuanNya. dalam menjalani kehidupan yang sangat getir pada hari ini Kesabaran yang tinggi sangat diperlukan. Malah kita sendiri perlukan unsur-unsur yang positif dalam jiwa kita agar kita tidak mudah rebah dengan segala perkara yang boleh merosakkan dan membinasakan kita. Bergembiralah dengan kisah hidupmu. Jangan kau bandingkan dengan mereka yang lebih kerana hilang syukurmu itu. Bandinglah dengan mereka yang jauh lebih rendah darimu, inysaallah sesak dadamu dengan penuh rasa syukur itu. Pengorbanan untuk sebuah manfaat kehidupan. ------------------------------------------- Bertabahlah! ------------------------------------------- Me :-...

.:: KoNgSi CeRiTa:- 3 in 1 ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Bagaimana dengan pengisian perjalanan menujuNya? ------------------------------------ Hidup tanpa perjuangan dan pengorbanan, Ibarat hidup dalam keaiban. ------------------------------------ Konon2. Amboi.... Da naik n3 ke seratus, terus senyap? Hee~~~ Ok, n3 kali ni banyak benda. Banyak cerita. --------------------------------------- Cerita 1:- Sebelum cuti. Orang banyak kenduri dalam cuti. Jemputan kenduri yang iqa penuhi ni... Seminggu sebelum cuti hari tu. Ok jugak. Hee~~~ Cik Ara & Iqa. Yang istimewanya. Cik Ara jiran lama waktu iqa kecik-kecik. Ibu pengantin lelaki. Cumil lagi. Hee~~~ Nun jauh di sana pasangan pengantin baru. Selamat buat awak berdua. Allah... Da kahwin awak ye Sharif... Besar da rupanya. Hik3 Iqa datang sorang je. Geleng kepala. Wakil umi abahla kiranya. Sebab kolej iqa dekat dengan rumah Cik Ara. Yang bestnya, merasa la jadi makcik kendur...

.:: SaAt GeMbiRa ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah Syukur untuk semua nikmat. Syukur ya Allah. --------------------------------------- متى أعطاك أشهدك بره Apabila Allah memberi kurnia kepadamu Dia menjadikan kamu menyaksikan kebaikanNya. ومتى منعك أشهدك قهره Dan apabila Dia menghalangmu daripada pemberianNya Dia menjadikan kamu menyaksikan penguasaanNya. فهو في كل ذلك متعرف إليك Maka sebenarnya dalam semua keadaan itu Dia memperkenalkan diriNya kepadamu. ومقبل بوجود لطفه عليك Dan memandang kepadamu dgn sebab adanya belas kasihan untukMu. ~Ibnu 'Atha'illah : 90~ -------------------------------------- (^___^):- "Selawat ke atas nabi..." Ditulis di,

.:: AyUh! kE SeKoLaH ::.

Assalamualaikum... Moga sihat selalu. Segala yang baik untuk kamu-kamu dari Allah. --------------------------------- Dunia Pendidikan. "Pelajar hari ini tidak seperti pelajar dahulu, dan Guru hari ini juga tidak seperti guru dahulu" (^___^)y ---------------------------------- 5 Tahun 6 Bulan. Alhamdulillah, dalam saki baki nak menyelesaikan tempoh belajar 5 tahun setengah ni, Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk terus berusaha sehingga ke tahun akhir yang akan datang. Insyaallah. Mohon doa semua. ------------------------------------ Praktikum . 1 langkah menuju ke alam sekolah yang sebenar. Tempoh praktik segala teori mori yang dipelajari. Waktu menimba pengalaman dari rakan guru di sekolah. Doa Allah permudahkan. Insyaallah. ------------------------------------- Sekolah. Syukur. Allah hantar praktikum di sekolah kawasan kampung. Pemandangan cantik. Suasana tenang. Orang kampung ramah. Mudah-mudahan. --------------------...

.:: SeLaMaT uNtUk AbaH ::.

Assalamualaikum…  Apa khabar semua?  Moga semuanya baik-baik, dalam perhatian Allah.  --------------------------------------  Abah,  Sayang & cintaku padamu hanya Allah yang tahu.  Selamat hari lahir yang ke 47…  --------------------------------------- ‎اللهم انا نسألك سلامة فى الدين، وعافية فى الجسد وزيادة فى العلم وبركة فى الرزق وتوبة قبل الموت ورحمة عندالموت ومغفرةبعد الموت اللهم هون علينا في سكرات الموت  والنجاة من النار والعفو عندالحساب اللهم اغفرلي ذنوبي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا ------------------------------------- Handsome! (^___^)y (^__^)y :- "Rindu sangat kat orang-orang rumah!" Ditulis di,

.:: PeRmuDaH & JaNgaN AmBiL MuDaH ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Mudah-mudahan sihat sejahtera hendakNya. --------------------------------- سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ "Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan  pasangan-pasangan semuanya,  baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi  dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui." (36: 36) --------------------------------- Pernikahan . Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... ------------------------------- Wanita. Kita wanita. Jangan dipersulit urusan yang baik. Urusan agama. Permudahkan mahar. Jalan sebuah pernikahan. ------------------------------ Dari mata & telinga. Banyak mendengar, banyak membaca. Luahan lelaki-lelaki 'soleh'. Keinginan memiliki wanita yang benar-benar 'solehah'. Bukti yang dicari. Mahar yang rendah. Fine... ---...

.:: KoNgSi CeRiTa ::.

Assalamualaikum... Apa khabar?  Semoga semuanya sihat dan bertambah sihat. Sihat untuk beramal. (^_^)y --------------------------------- Jika ingin kemuliaan yang tidak akan habis, maka carilah kemuliaan dengan kemuliaan yang tak pernah menipis. -------------------------------- Special For. Terima kasih yang sangat kasih buat sini ! Luv u so much ila~~ Suka sangat-sangat... (^_______^)y ---------------------------------- Cerita lebih kurang. ---------------------------------- Bas penuh. 2 minggu lepas punya cerita... Naik satu bas ting tong. Satu je la takkan dua sekali. Oh no! Naik-naik je bas sepenuh-penuhnya manusia. Padat & penuh. Tak ada rezeki la nak duduk untuk merehatkan kaki yang sedia lenguh. T__T Dengan muka yang sedih org nampak ke heh3 Toleh la kiri ke kanan. Penuh dengan budak-budak muda je. Alahai, brutal pulak. Ujian lagi. Yelah, kalau yang pernah naik mesti tau. Mana nak berdiri lagi. Nak paut pemegan...

.:: HaTi RauDhaH 02 ::.

Assalamualaikum.... Semoga Allah permudahkan urusan kalian. Insyaallah. --------------------------------- "Hati raudhah menggamit cinta Ilahi" ------------------------------- .ربما أعطاك, فمنعك .وربما منعك, فأعطاك Boleh jadi Allah memberi kepadamu (nikmat),  Tetapi Dia menghalangmu (hidayahNya). Boleh jadi dia menghalangmu (nikmat), Tetapi Dia memberi kepadamu (hidayahNya). ------------------------------- Perasan hebat. Saat orang berbicara tentang agama, dia merasa dia dalam kalangan mereka-mereka, Saat orang berbicara pula tentang kekayaan, dia juga merasa dia dalam kalangan mereka-mereka. Lalu, di mana sebenarnya? Boleh jadi tidak pada salah satu. Tetapi di atas kedua-duanya. Keinginan akan kemasyhuran. ------------------------------- Angkuh. Gembira saat kehebatan dirimu dibicarakan orang? Orang berilmu ni kalau datang jahilnya, Kadang lebih jahil dari yang jahil. ----------------...

.:: KeBeRsiHaN ::.

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga-moga semuanya baik-baik. Insyaallah. ------------------------------- Bersih dan suci tak sama. Sebagaimana zahir dan batin berbeza. ------------------------------- Bersih & Suci. Awak nampak bersih. Tapi belum tentu awak suci. Dan, Awak yang nampak bersih. Boleh duduk-duduk dekat dengan manusia. Kan? Tapi...., Awak yg dapat duduk-duduk dekat dengan manusia tadi, Belum tentu awak boleh duduk-duduk dekat dengan Allah. --------------------------------- Perlu. Bukan orang Melayu. Cina atau India. Tapi, orang Islam. Islam. Bersih & suci. Awak & saya.  Islam. --------------------------------- Semua. Pakaian. Tempat tinggal. Hati. Fikiran. Makanan. Minuman. Mesti bersih. Suci. -------------------------------- Dalam diri. Awak kata awak bersih. Tapi kalau awak hanya jaga barang-barang awak. Harta benda awak je yang bersih. Bar...

.:: HaTi RauDhAh 01 ::.

Assalamualaikum... Moga baik-baik semuanya. Insyaallah. ----------------------------------- "Hati raudhah menggamit cinta Ilahi" ----------------------------------- Bulatan Cinta. Meletakkan hati & cinta dalam satu baris. Perkara biasa. Kerana yang namanya cinta itu bulatnya dihati. Kan? ----------------------------------- Hati tak merah. "Dia ni dari jenis yang biasa-biasa je" Apa yang biasa-biasa? Pakaian dia? Tudung dia? Atau amalan dia? Awak... Jangan rasa awak lebih baik dari dia. Awak tak pernah lebih baik dari sesiapa bila awak rasa awak lebih baik dari dia. ------------------------------------- Kan Manusia. Awak. Saya. Kita manusia. Selalu silap. Selalu jugak minta maaf. Selalu taubat. Ulang lagi silap. Ulangla lagi minta maaf. Ulang jugak taubat. Langsung tak salah. Jalan kembali ada. Sentiasa. (^__^)y -------------------------------------- Fir...

.:: FiKiR CinTa ::.

Assalamualaikum,,, Ehem! Terlupa dahulu tirai cinta da dibuka (nak tertutup da kot?) Sepatutnya adala beberapa post yang mengiringi. Tapi... Menyebut Cinta je ke cik iqa ey... Isk3 Terdahulu, menyebut cinta itu menuntut pengorbanan. Kali ini menuntut pada yang halal. Cinta halal itu cinta yang berjalan di jalan keredhaan Dia. Awak-awak faham kan? (selalu bw tgk orang tulis pasal cinta ni). ^^, ---------------------------------- Realiti. Bagaimana agaknya realiti perkahwinan itu? Terfikir-fikir... Yelah, umur pun seakan mengetuk diri menyampai pesan supaya membuat persediaan ke arah itu.  Iqa ---> isteri? Isk3 Bukan tak tahu pandangan lelaki lebih dalam hal-hal 'besar', perempuan itu pula cenderung pada hal-hal 'kecil'. Berbeza. Yakin! Itu juga salah satu kebesaran Dia dalam penciptaanNya. Tapi... Mampukah dirimu? ---------------------------------- Kedua. Pilihan pada kita. Ketetapan itu padaNya. Selalu dibincangka...

.:: MenYeBuT CinTa ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana masih diberi umur untuk terus mengamalkan agama. Bagaimana dengan percutian bagi mereka - mereka yang bercuti seperti saya? Harap ianya 'terisi'. Saya berpeluang pulang ke kampung belah umi lebih kurang seminggu. Puas dan gembira. Yelah hujung - hujung tahun ni musim 'orang - orang lelaki' tak ada. Abah keluar Filipina, Atuk pula keluar Perlis, Pak Jang sekali lagi dipilih keluar ke India walaupun baru lagi rasanya keluar masturat Australia, Pak Teh kali ini 2 bulan jalan kaki di Klang dan seingat saya juga sangat - sangat baru keluar masturat India. Banyak korban ni. Allahu Akhbar! Pakcik Soleh pula Allah pilih  untuk ke IPB tahun ni. Tahun ni juga, Atuk dapat duduk sekali dalam bayan hidayat dengan menantu - menantunya. Pilihan Allah, ketetapan tarikhnya pun sama. Makanya, kami semua perempuan yang dikasihi ini, berhimpunlah beramai - ramai. Seronok. Mak Teh yang dalam pantang p...

.:: BeRSaHaJa ::.

Assalamualaikum,, Alhamdulillah, kita masih diberi Allah kesempatan untuk terus mengamalkan agama. Sebelum itu, saya minta maaf kepada mereka - mereka yang menghantar emel tetapi terkadang agak lewat balasannya. Lewat balas bukan bermakna saya tidak ambil hal tentang apa yang ditanya. Cuma kadang - kadang untuk persoalan yang 'dahsyat', saya perlu merangka - rangka ayat dahulu. Tambah - tambah jika persoalan agama saya perlukan sumber yang kukuh dalam menjawab. Anda yang bertanya juga pasti & pasti mahukan jawapan yang memuaskan hati. Jadi, 'biar lambat asal selamat'. Lain la jika khabar saya yang ditanya, tak perlukan sumber untuk balas. Kan~~~ --------------------------------------------------- Bersahaja Dalam hidup, kita tidak perlu bercita - cita untuk membina istana, lebih baik bercita - cita agar kita dapat membina diri sendiri dahulu. Setidak - tidaknya kita mengetahui kekurangan diri sendiri. Jangan sampai kita ini bersembunyi di sebalik ide...

.:: RaGaM ::.

Bismillahirohmanirrohim... Alhamdulillah, bersyukur kerana saya telah menghabiskan pbs di tempat sendiri. sekiranya ada kelapangan, Insyaallah akan saya kongsikan pengalaman praktikum tersebut. ______________________________________ Biasa kita dengar/rasa (ke macam mane?), Ish... Kenapa la dia ni macam ni? Ya Allah, sabar je la... Hem.. Susahla berkawan dengan orang macam ni... Aduhai, menyampah pulak rasa... Ala... Aku tak bole g r dengan dia ni.. (ikut rasa sendiri)... ______________________________________ Cuba kita renung kepada 1 perkara ini, "saya tidak boleh mengubah seseorang itu mengikut cara dan kehendak saya, tetapi saya boleh mengubah hati dan diri saya untuk menerima diri dan sikap dia itu" Kenapa? Kerana kita tengok, kadang - kadang sahabat seusaha atau sahabat seperjuangan kita sendiri mempunyai sikap - sikap yang 'kureng'. Senang cerita 'tak bole gu'... (Kita pun ada jugak orang tak suka, kan3). Tapi siapa la k...

.:: PenJaGa LeTaK KeReTa ::.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengamalkan agama. Bukan disuruh hidup miskin, tetapi lihatlah dunia sebagai tiada apa - apa. Sebagaimana penjaga letak kereta, dia mempunyai kereta tetapi tidak sombong. Keretanya bertukar ganti tetapi tidak pula takbur, diambil orang satu persatu sampai habis tetapi tidak sakit hati. Mengapa? Kerana dia tahu dia tidak punya apa - apa melainkan semuanya hanya di amanahkan kepadanya sahaja. Bukan penjaga letak kereta... (^-^) Tapi penjaga RuMaH TuA.... Begitulah kita, ubah wawasan kita terhadap dunia, maka kita akan dapat lihat dunia dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak akan bergantung kepada dunia & tidak tamak. Hidup kita menjadi lebih bersahaja. Hidup ini tidak akan ke mana - mana kecuali menunggu mati. Maka, latihlah supaya kita ini sedar bahawa kita pasti mati dengan tidak membawa apa - apa, kita hanya singgah sebentar di dunia ini. وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ...

.:: MeNgApA MeMiLiH ?? ::.

Assalamualaikum... Moga Allah Cinta Sahabat - sahabat semua. Sedikit persoalan. Insyaallah, Apa jawapan yang harus di beri saat di soal, mengapa 'memilih' ? p/s:- "Bantu membantu amalan mulia..." Ditulis di,

.:: RahSiA LaPaR ::.

Bismillahirohmanirrahim..... Perut merupakan sumber kepada semua syahwat. "Hendaklah kamu makan dan minum setengah kenyang kerana sesungguhnya hal itu sebahagian dari kenabian" ----------------------------------------------------- RAHSIA LAPAR 1. Lapar membawa kepada terangnya hati. Oleh itu, lapar mengetuk pintu syurga. 2. Nafsu menjadi rendah, melemahkan syahwat yang menjadi sumber segala kemaksiatan. Kata Aisyah, "Bid'ah yang pertama kali terjadi sesudah Rasulullah SAW adalah kenyang. Sesungguhnya suatu kaum apabila kenyang perutnya, maka nafsunya menjamah dunia." 3. Orang lapar terselamat daripada tamak perut. 4. Susah untuk tidur, ringan untuk tahajut. 5. Bersyukur apabila makan. Rasulullah bersabda tika diajak, "Tidak! Bahkan aku akan lapar sehari & akan  kenyang sehari. Jika aku lapar, aku dapat bersabar dan dekatkan diri kepada Allah dan jika aku kenyang, aku dapat bersyukur." -------------------------------------...

.:: RiYa' DaLaM uCaPaN ::.

Assalamualaikum... Mudah - mudahan kita semua dalam rahmat Allah. Kali ini, bukan saya ingin berkongsi pengalaman tentang percutian minggu ketiga. Tetapi ingin berkongsi hasil pembacaan dari buku Rahsia Hati - Imam Al-Ghazali. (^-^)  Riya' Dalam Ucapan, Memperindahkan suaranya. Mengucapkan kata - kata hikmah, hadis dan ucapan ulama salaf dengan suara yang perlahan dan menampakkan kesusahan, padahal hatinya sunyi dari kebenaran & keikhlasan. Mengaku hafal hadis dan bertemu dengan guru - guru (para ulama'). Cepat - cepat mengatakan bahawa hadis itu sahih atau lemah supaya disangka bahawa ilmunya banyak. Menggerakkan kedua bibir dengan zikir, amar ma'ruf & nahi mungkar di hadapan umum, padahal hatinya kosong dari rasa terkejut terhadap kemaksiatan. Menampakkan rasa marah terhadap kemungkaran dan penyesalan terhadap kemaksiatan, padahal hatinya kosong dari rasa sakit terhadapnya. --------------------------------------------------- Ini adalah antara riya...

.:: Apa PerLu BuAt???? ::.

Sahabat RuMaH TuA di zoo Pertama - tamanya dan selama - lamanya, alhamdulillah bersyukur kerana masih diberi nikmat untuk bawa dan buat usaha atas iman. Insyaallah dalam usaha kita pada hari ini, kita perlu wujudkan satu suasana kasih sayang terhadap rakan kita yang sama - sama berjuang di jalan Allah ini. Zati + Imran  = iqa Luv Kerana apa?? Kerana kadang - kadang kita sebagai hamba Allah yang berdosa ini banyak silapnya dalam usaha menyebarkan Agama Allah ini. Apa Perlu Buat? Panggilla sahabat kita dengan nama yang disukai. (senang?) Bila - bila ada kesempatan, apa salahnya jika kita sebarkan salam. usahakan sebagaimana Rasulullah dahulu yang sering terlebih dahulu memberi salam pada sabat - sahabat Baginda. (berlumba la kita...) Sama - sama berkongsi apa yang kita ketahui, tapi... beringat bahawa kita dituntut merendah diri. (jangan tunjuk pandai... DIA lagi pandai....) ku + zati + kira + pah + ila = Sahabat RuMaH TuA di Ladies Nite Selalu memaafkan kesalaha...