Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana diberi kekuatan untuk menulis lagi. Kekal dijalanNya. Syukur juga dipanjatkan lagi sekali kerana saya telah menyelesaikan praktikum di SK Sura Dungun, Terengganu. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah... Pada kali ini, saya ingin menulis tentang satu cerita yang selalu saya bawakan apabila muzakarah iman yakin bersama sahabat - sahabat seusaha. BAHAGIA Di sebuah pulau terdapat satu kerajaan di bawah satu pemerintahan seorang Raja yang baik & disayangi rakyatnya. Tetapi apa yang menyedihkan rakyat di pulau tersebut, Raja mereka ini tidak mempunyai anak untuk menyambung keturunannya. Semua rakyatnya sentiasa berharap Rajanya itu akan mempunyai zuriat. Setelah 20 tahun, akhirnya isteri Raja telah mengandung. Alangkah gembira & bahagianya Raja. Maka, Raja telah membuat pesta 40 hari 40 malam untuk meraikan isteri & anak yang dikandung itu. Hari demi hari berlalu dengan penuh rasa bahagia, tibalah masa isteri Raja untuk ...
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.