Alhamdulillah, Allah datangkan ilham nak kongsi sedikit mengenai adab memasak. Yelah, kita (lelaki & perempuan) mesti biasa masuk dapur. (^-^) Jadi, biarlah kita jadikan setiap amalan kita itu ibadah kepada Allah. Insyaallah. Tambahan, dalam usaha menjaga perut , makanya kita perlu makan makanan rumah. Betul tak? Oleh itu, mari kita memasak dengan cara yang digariskan. Paling baik kita mulakan dengan berwudhuk & tutup kepala. Melangkah ke dapur dengan membaca ربنا اتنا من لدنك رحمة وهئ لنا من امرنا رشدا ( Al-Kahfi : 10 ) Tanak Nasi Macam biasa, apabila kita nak mulakan step memasak mestilah masak nasi. betul? Maka sewaktu kita menyukat beras, boleh la ringankan mulut untuk membaca ما عندكم ينفد وما عند الله باق ( An-Nahl : 96 ) Kemudian, ceduk beras dari bekas atau guninya tetapi lakukan tanpa melihat dan yakin bahawa Allah yang memberi rezeki. Selepas itu, sewaktu kita hendak mencuci beras, insyaallah boleh amal, الحمدلله الذي اطعمنا خير منه Th...
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.