Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengamalkan agama. Bukan disuruh hidup miskin, tetapi lihatlah dunia sebagai tiada apa - apa. Sebagaimana penjaga letak kereta, dia mempunyai kereta tetapi tidak sombong. Keretanya bertukar ganti tetapi tidak pula takbur, diambil orang satu persatu sampai habis tetapi tidak sakit hati. Mengapa? Kerana dia tahu dia tidak punya apa - apa melainkan semuanya hanya di amanahkan kepadanya sahaja. Bukan penjaga letak kereta... (^-^) Tapi penjaga RuMaH TuA.... Begitulah kita, ubah wawasan kita terhadap dunia, maka kita akan dapat lihat dunia dengan pandangan yang berbeza. Kita tidak akan bergantung kepada dunia & tidak tamak. Hidup kita menjadi lebih bersahaja. Hidup ini tidak akan ke mana - mana kecuali menunggu mati. Maka, latihlah supaya kita ini sedar bahawa kita pasti mati dengan tidak membawa apa - apa, kita hanya singgah sebentar di dunia ini. وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ...
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.