Assalamualaikum... Apa khabar semua? Moga Allah berkati seluruh kehidupan kita kita. Insyaallah. --------------------------------- Lama berhibernasi tidak menandakan laman blog pemulisan peribadi ini dilupai. Tetapi kesibukan membataskan keinginan untuk menulis dan berkongsi. Walaupun begitu, dek kerana minat meluahkan rasa dalam bentuk tulisan, iqa masih mengelek sebuah buku dan pen. Terus menulis kerana cinta. Sampaikan herot petot buku nota iqa tu. Hikhikhik --------------------------------- Senyuman . Di antara perkara yang terindah Allah jadikan buat hamba-hambanya yang bersyukur. Meneladani manusia agung Muhammad Rasulullah, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulianya. Sehinggakan pada mereka yang tidak disukai Baginda juga turut mendapat senyuman indah baginda. Oh betapa bertuahnya mereka. ---------------------------------- Senyumlah! Kerana senyuman tidak pernah mengurangkan rezeki kamu atau dia. Senyuman menambah bahag
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.