Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Titipan :- RaMaDhaN Penuh Berkah

Assalamualaikum pembuka bicara, Sebaik kata doa untuk semua,  Syaaban berlalu Ramadhan menjelma, Besar pahala gembira menyambutnya. ---------------------------------- Alhamdulillah. Moga Allah sempatkan kita bertemu ramadhan pada esok hari.  --------------------------------- Kewajipan Berpuasa. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Surah Albaqarah : 183) ---------------------------------- Bulan dinanti. Dalam banyak-banyak bulan, bagi orang beriman bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nanti. Bulan mulia lagi penuh keberkahan. Segala amal kebaikan Allah gandakan. Pintu-pintu syurga dibuka. Pintu-pintu neraka ditutup. Doa-doa diterima. Rahmat & keampunan untuk hambanya. Maha Suci

Sofea: Hippopo Baby Spa

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Harap sihat sejahtera. Post hari ni just nak share our happy moment. -------------------------- Hippopo Baby Spa & Wellness Sewaktu mengandung, bila pulang ke kampung Melaka, Umi & baba akan ronda-ronda town. So, ada satu kali tu umi jalan-jalan The Shore, Melaka Umi ternampak Hippopo Baby Spa ni. So umi pasang niat da, nanti umi bawak anak umi swimming & massage sini k.  Dramatik sangat! --------------------------- 1st Time Sebelum pergi, umi track dulu branch mana yang paling dekat. Alhamdulillah ada di Setia Wall Mall yang hanya 15min dari rumah weols. Terus inform baba. Hippopo Baby Spa Setia Wall Mall Then, umi, baba & sofea pergi buat kali pertama untuk buat appointment & tengok package yang ada. Kemudian buat terus member card. Senang! Mula-mula umi ambil package utk 6 session je nak tengok sofea perform tak? hahaha. Complete swim & massage. 6 session package pad

Semangat Yang Pudar

Assalamualaikum Apa khabar?  Moga semua sihat dalam rahmat Allah.. Insyaallah. ------------------------------------- Sayangi siapa yang kita ada, Hargai apa yang kita rasa, Luasnya kasih & sayang langsung tidak merugikan kita. malah, menambah kualiti. Kualiti kehidupan, nilai diri. Semakin bermakna, semakin bahagia. ------------------------------------ Suasana Bentuklah iman dalam diri. Kehidupan agama dalam diri. jangan hanya berbekas dihati kerana suasana. lakukan kerana Allah. Kerana Allah. Jika kau lakukan kerana yang lain, sesungguhnya yang lain tidak kekal. Kerana yang kekal itu hanya Allah. ---------------------------------- Bersangka-sangka Melepasi satu tempoh iaitu zaman belajar. Memerhatikan senario yang berlaku. Membuatkan hati tertanya-tanya. Sebagai manusia biasa, aku tidak terlepas bersangka-sangka dalam hati. Tetapi siapa kita ingin menghakimi apalagi menghukum. Ku bukan tuhan. Tapi h