Skip to main content

Posts

.:: ExpReSs ::.

Assalamualaikum,,, Mudah - mudahan kita semua berada dalam pemeliharaanNya. Alhamdulillah, syukur untuk semua kenikmatan serta ujian yang Allah beri. Alahai... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi cuti. Isk3.  -----------------------------------------------   Express. Bagaimana anda menghabiskan zikir harian anda? Zikir pagi, petang, istighfar, selawat......... Apabila menyebut kalimah Allah, tetapi dihati tidak ada tumpuan tidak menjadi juga. Kerana apa? Kerana kelalaian tetap tidak hilang. Sedangkan salah satu tujuan zikir itu untuk membuang kelalaian yang ada dalam diri.  Suatu petang beberapa tahun lepas (lame kot!) selepas asar saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara (BP) kerana ada keperluan. Teringat mukaddimahnya,,, Kring! Kring! Bp       : Assalamualaikum... Sihat? Saya    : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat... Bp       : Kakak buat apa? Saya    : ...

.:: PaKai BiLa PerLu ::.

Assalamualaikum. Pakai Bila Perlu. Bertemu dengan orang yang suka mempergunakan orang untuk kepentingan diri sendiri, terkadang sangat - sangat menduga hati, ye lah untuk melihat sejauh mana kesabaran itu. Isk3 Kan~~~ Bersahabat kerana punya kepentingan diri. Inginkan populariti, cari mereka - mereka yang cantik - cantik/ansem - ansem sebagai peneman. Bila tiba pada musim peperiksaan pula, datanglah 'dia' ini menyendeng pada mereka - mereka yang rajin serta bijak untuk mengutip ilmu - ilmu yang tertinggal. Mereka - mereka rajin bijak ini hanya akan berjumpa semula 'dia' ini pada peperiksaan akan datang. Isk3. Mereka - mereka yang kaya pula dicari, untung - untung dapat tempiasnya.  Jika tadi musim peperiksaan, masuk pula pada musim keputusannya. Maka, 'dia' pun duduk di atas tikar sembahyang dan bersolat memohon agar Allah kurniakan yang terbaik buatnya. Orang sebegini hidupnya seronok mempergunakan orang lain, sampai - sampai tuhan pun dia guna...

.:: MenYeBuT CinTa ::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur padaNya kerana masih diberi umur untuk terus mengamalkan agama. Bagaimana dengan percutian bagi mereka - mereka yang bercuti seperti saya? Harap ianya 'terisi'. Saya berpeluang pulang ke kampung belah umi lebih kurang seminggu. Puas dan gembira. Yelah hujung - hujung tahun ni musim 'orang - orang lelaki' tak ada. Abah keluar Filipina, Atuk pula keluar Perlis, Pak Jang sekali lagi dipilih keluar ke India walaupun baru lagi rasanya keluar masturat Australia, Pak Teh kali ini 2 bulan jalan kaki di Klang dan seingat saya juga sangat - sangat baru keluar masturat India. Banyak korban ni. Allahu Akhbar! Pakcik Soleh pula Allah pilih  untuk ke IPB tahun ni. Tahun ni juga, Atuk dapat duduk sekali dalam bayan hidayat dengan menantu - menantunya. Pilihan Allah, ketetapan tarikhnya pun sama. Makanya, kami semua perempuan yang dikasihi ini, berhimpunlah beramai - ramai. Seronok. Mak Teh yang dalam pantang p...

.:: CaCaMarBa ::.

Assalamualaikum,, Selamat menyambut tahun baru semua. Bertambah satu lagi aras kehidupan kita. (^-^)y  Medan Ujian. Hidup ini merupakan satu ujian buat kita. Ditambah dengan hakikat dalam kehidupan itu sendiri sememangnya dipenuhi dengan ujian. Kita sendiri tahu bahawa alam dunia yang Allah jadikan ini merupakan persinggahan ketiga dalam tempoh masa untuk menuju Allah. Bermulanya kita di alam roh. Berpindah pula ke alam rahim dan sekarang kita di alam dunia. Alam dunia ini dijadikanNya sebagai medan ujian. Jangan kata tidak. Cuba tengok surah Hud:7 (Jangan malas (",) ). Di alam dunia, roh diuji dengan tanggungjawab dan amanah sebelum ke alam seterusnya yang mana kita akan ke kampung asal yang kekal abadi. Pelbagai amanah dan tanggungjawab yang kita pikul. Saya sendiri punya tanggungjawab sebagai anak, sahabat, pelajar, orang dakwah dan banyak lagi. Beringat, kita perlu kepada perancangan dan pelaksanaan yang teliti kerana jalan yang kita tempuhi ini sehala. Tak...

.:: SaYa GuNa SaYa ::.

Assalamualaikum,,, Panggilan. Anda bagaimana? ------------------------------------------ Bercakap Saya pada kebanyakkan waktu dengan rakan sebaya berbahasa dengan menggunakan ganti diri 'saya & awak'. Bila tiba pada berbahasa dengan rakan tapi lebih tua tiga empat tahun saya berbahasa menggunakan 'nama saya & kak'. Tika berada di kelompok keluarga,  saya menjadi 'kakak' tak kira dengan yang muda atau tua. Cuma semenjak dua ni da perlu biasakan diri dengan 'aunty'. Ye lah makin ramai pulak anak saudara sepupu (tua da). Hem~~ Dengan anak murid, tentu tentu 'ustazah & kamu'. Isk3 Bila tiba kene berurusan dengan ustaz - ustaz, yang macam ustaz, jadi 'ana enti' la. Huu~~ Tapi bila duk ta'lim mingguan jadi binti 1(kaklong la tu). Kih3  ------------------------------------------ Terkena Ada seorang lelaki yang jenis 'huha'. Dijadikan cerita satu hari saya perlu berurusan dengan dia. So, macam biasa s...

.:: BeRSaHaJa ::.

Assalamualaikum,, Alhamdulillah, kita masih diberi Allah kesempatan untuk terus mengamalkan agama. Sebelum itu, saya minta maaf kepada mereka - mereka yang menghantar emel tetapi terkadang agak lewat balasannya. Lewat balas bukan bermakna saya tidak ambil hal tentang apa yang ditanya. Cuma kadang - kadang untuk persoalan yang 'dahsyat', saya perlu merangka - rangka ayat dahulu. Tambah - tambah jika persoalan agama saya perlukan sumber yang kukuh dalam menjawab. Anda yang bertanya juga pasti & pasti mahukan jawapan yang memuaskan hati. Jadi, 'biar lambat asal selamat'. Lain la jika khabar saya yang ditanya, tak perlukan sumber untuk balas. Kan~~~ --------------------------------------------------- Bersahaja Dalam hidup, kita tidak perlu bercita - cita untuk membina istana, lebih baik bercita - cita agar kita dapat membina diri sendiri dahulu. Setidak - tidaknya kita mengetahui kekurangan diri sendiri. Jangan sampai kita ini bersembunyi di sebalik ide...

.:: AdaB TiDuR ::.

Assalamualaikum sahabat2... Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.... Moga Allah kasih kita semua. Insyaallah, hari ini saya akan kongsikan satu lagi adab iaitu adab tidur. Walaupun 'kita' da sangat - sangatla xpert bila bercakap tentang adab ni, tapi dari segi amalan Insyaallah... Sama - sama kita tingkatkan lagi....  (^-^)y Hemm~~~~ Adab Tidur Sebelum tidur, insyaallah pastikan kita berwudhuk. Ada kekuatan tunaikan solat Taubat & witir. Jangan lupa habiskan bacaan Al - Quran iaitu surah As - Sajadah dan surah Al - Mulk. Sebelum baring, kipaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri, baca, لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم Kemudian, niat bangun tahajjud. Baca 4 ayat akhir surah Al - Kahfi. Baca Ayatul Kursi 3 kali. Jangan lupa tasbih Fatimah. Sebelum terlupa, sunnah bercelak sebelum tidur. Kanan 3 kali, kiri 2 kali. bole baca, اللهم أتمم لنا نورنا واغفر لنا ذنوبنا انك على كل شيئ قدير Tadah tangan. ba...