Skip to main content

.:: AwaK BeRaPa HaRgA?? ::.


Awak berapa harga? 20 sen, 40 sen? Ke RM 5? Ish3… ingat harga apa ni… Harga kat sini harga diri la…
Bukan harga gula – gula seposen dua tu. HARGA DIRI. Panjang kalau nak disebutkan tentang harga ini.
Dipendekkan ceritanya,

Harga diri turut boleh diistilahkan kehormatan. Bagaimana dengan harga diri anda? Saya mengingatkan diri dan anda semua bahawa kehormatan merupakan perkara yang penting. Kehormatan diri ini bukan sahaja melibatkan diri kita tetapi juga orang lain. Oleh itu, jangan kita lupa untuk memelihara kehormatan diri kita dan kehormatan orang lain juga….


Kehormatan = Wanita ???


Apabila menyebut tentang kehormatan diri, ramai yang akan bercakap tentang wanita…
Kenapa ya?


Allah berfirman,
“Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa – apa yang diinginkan iaitu wanita, anak – anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik”

Sesungguhnya tinggi kepentingan bagi nilai kehormatan sehingga Rasulullah ada berpesan tentang itu dalam khutbah wada’nya di Padang Arafah.

“Setiap orang mesti menjaga kehormatan dirinya & kehormatan diri orang lain”

Jangan anda nilai kehormatan itu dari sudut pandang anda, tetapi nilailah dari sudut pandang kaca mata Islam. Insyaallah, jika kehormatan itu dipelihara maka, banyak perkara kita mudah untuk menjaganya,

~ Hubungan kita dengan Allah

~Solat yang khusyu’ & khudu’

~Cara hidup kita berlandaskan Sunnah

~zikir & alquran kita

~Hubungan kita sesama manusia (Islam & tidak Islam)

~Didikan yang baik terhadap hati kita

~Tugas kita sebagai daie Allah


“Jangan kita menjadi penggongcang peribadi diri atau masyarakat”



P/S:- Bawa sunnah dalam keseluruhan kehidupan, Insyaallah kita akan membawa kehormatan diri paling tinggi di sisi Allah.


Ditulis di,

Comments

Al - Mu'allim said…
-Islam datang meninggikan darjat wanita yang direndahkan oleh masyarakat jahiliyah namun sekarang ada golongan wanita yang ingin kembali kepada zmn jahiliyah dulu.

-Zaman skg 'harga' wanita lebih dinilai dari segi akademiknya, bukan dari segi agama. Apa pandangan ukhti?
kinakona said…
btl tu,setuju sgt..bahkan wanita hari ni yg dgn sewenang2nya merendahkan malah menjatuhkan martabat dan harga diri mereka sendiri ke tahap yg paling rendah malah jijik.. astaghfirullah.. yaallah selamatkan kaum wanita hari ni..yg semakin jauh dari agama..
RuMaH TuA said…
Al - Mu'llim:-
Syukran atas perkongsian..
Islam itu indah...
&
Sedikit ulasan,
Rasa - rasa saya 'harga' yang dimaksudkan di sini lebih kepada mahar. Begitu Al - Mu'allim? Jika begitu kira - kiranya, saya sendiri bersetuju.

Hipotesisnya,
~Semakin tinggi akademiknya, semakin tinggi 'harga' tersebut. Walaupun terdapat wanita yang akhlak & agama yang lebih baik tetapi agak kurang dari segi akademik. Makanya, 'harga' kurang sedikit. Sedangkan Rasulullah ada beritahu,

"Wanita yang paling baik di antara kamu adalah yang paling rendah maharnya"

~~Sama2 didik diri & hati dengan Sunnah Rasulullah~~
RuMaH TuA said…
anak_ayah:-
Sama2 doa atas umat,

Pemimpin keluarga dalam satu2 rumahtangga adalah suami, tetapi guru yang unggul adalah isteri atau ibu. Ibu itu madrasah bagi anak - anak. Pangkuan ibu universiti terbesar bagi anak - anak.

Oleh itu,
Perbaiki amalan kita, mudah - mudahan Allah turunkan hidayah kepada mereka dan seluruh alam asbab usaha kita.

Insyaallah..
HaDi said…
Salam...

Wanita itu pada qudrat nye memang lemah berbanding lelaki...tetapi dalam kelemahannya itu,mereka blh membuat lelaki paling gagah tersungkur ke jurang kehancuran dgn 'perhiasan' yg ada pd mereka....
Menggunakan perhiasan mereka pada harga rendah...

Sy jgk bersetuju dgn al-mu'allim ttg 'harga' wanita skrg selalu diukur dgn ketinggian akademik...Satu realiti yg semakin diikuti...
RuMaH TuA said…
Hadi:-
Syukran 2k perkongsian...

"sama2 banyakkan doa atas umat"
hakimi said…
tak ramai wanita yang sedar berapa harga diri mereka diletakkan pada tahap tertinggi oleh ISLAM..
Namun kini, ramai wanita melupakan itu, maka membuka peluang Lelaki Yang memang suka sesuatu yang Mahal diturunkan Harganya..
Maka.. lihatlah kesannya pada hari ini..
Bila baca enti punya article..
risau mengenangkan Bagaimana cabaran aisyah Humaira permata hati abinya di masa hadapan..
RuMaH TuA said…
Hakimi:-
Syukran utk perkongsian...

Insyaallah....
Buang kerisauan dengan didik anak cara sunnah Rasulullah...

"Moga aisyah humaira menjadi penyejuk dimata penawar dihati abinya"

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan