Skip to main content

.:: AdaB TiDuR ::.

Assalamualaikum sahabat2...
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha....
Moga Allah kasih kita semua.

Insyaallah, hari ini saya akan kongsikan satu lagi adab iaitu adab tidur. Walaupun 'kita' da sangat - sangatla xpert bila bercakap tentang adab ni, tapi dari segi amalan Insyaallah... Sama - sama kita tingkatkan lagi.... 
(^-^)y


Hemm~~~~


Adab Tidur

Sebelum tidur, insyaallah pastikan kita berwudhuk. Ada kekuatan tunaikan solat Taubat & witir.

Jangan lupa habiskan bacaan Al - Quran iaitu surah As - Sajadah dan surah Al - Mulk.

Sebelum baring, kipaskan tempat tidur 3 kali dari kanan ke kiri, baca,

لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم



Kemudian, niat bangun tahajjud. Baca 4 ayat akhir surah Al - Kahfi.

Baca Ayatul Kursi 3 kali. Jangan lupa tasbih Fatimah.

Sebelum terlupa, sunnah bercelak sebelum tidur. Kanan 3 kali, kiri 2 kali. bole baca,

اللهم أتمم لنا نورنا واغفر لنا ذنوبنا انك على كل شيئ قدير


Tadah tangan. baca 4 Qul 3 kali dan setiap kali selesai, hembuskan pada tapak tangan dan sapu pada seluruh tubuh kecuali kemaluan dan tapak kaki.

Selepas itu, bolehla baca doa,

اللهم باسمك أموت وأحيا



Kemudian, tidurlah mengikut sunnah Rasulullah iaitu mengadap kiblat. Tidur pada lambung kanan. Letakkan tangan kanan di bawah pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri. Jangan tidur meniarap. 

Apabila bangun dari tidur, ucap Alhamdulillah untuk mimpi yang baik. Untuk mimpi yang buruk istighfar dan buat isyarat ludah pada sebelah kiri.

Apabila bangun, baca doa,


الحمد لله الذي أحيانا بعد ما أماتنا وإليه النشور



Da bangun, tangan jangan pegang muka atau mana2 kerana waktu tidur kita tak tahu di mana tangan itu diletakkan. 

Sekadar ingatan, jauhkan dari tidur 2 kali pada siang hari.

Jadi, Insyaallah,,,, Sedikit secara ringkas tentang adab tidur. Setiap perbuatan dalam adab ini ada kelebihannya. Ada masa, saya tambah lagi... (Lagi baguz jika sahabat2 yang tambah).


(^-^)y  :-  " Tidur dalam iman"

SeLiNgaN 1 :- "Ada orang tak kasi 'kita' kasi hadiah untuk pembaca terpilih. (T_T)"
                      
SeLiNgaN 2 :- "Tertib baru, perempuan tak kahwin tak bole buat 6 perkara da. Huu"


--------------------------------------------------------------

Penambahbaikan dari faqir (28 Nov 2011)

Al-kafirun boleh baca...tetapi tak termasuk dalam adab untuk hembus pada tapak tangan...

Hadith sebut 3 qul sahaja....
dan tak ada kecuali kemaluan dan tapak tangan....

lihat hadith di bawah atau boleh rujuk muntakhab hadith bab Zikir...

HR. Al-Bukhari 9/62 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/1723.

Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan tiga kali.

Membaca dua ayat akhir surah al- baqarah.

“Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkan-nya.” HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 9/94 dan Muslim 1/554. Kedua ayat tersebut dari surat Al-Baqarah (2): 285-286.


DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH KETIKA TIDUR MALAM

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ.

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” 

Membaca do’a ini ketika berbalik dari satu sisi ke sisi lain pada malam hari. 

HR. Al-Hakim, menurut pendapatnya, hadits di atas adalah shahih, Imam Adz- Dzahabi setuju pendapatnya 1/540 dan An-Nasai dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah, serta Ibnus Sunni. Lihat juga Shahihul Jami’ 4/231.

DOA APABILA MERASA TAKUT DAN KESEPIAN KETIKA TIDUR

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan setan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku).” 

HR. Abu Dawud 4/12. Dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/171.




Ditulis di,

Comments

Abd Razak said…
Assalamualaikum...

Syukran, moga kita dikurniakan Allah kekuatan dan istiqamah untuk melakukan amalan sunnah ini ketika hendak tidur.

Sebagai tambahan ketika terjaga dari tidur hendak melakukan solat sunat tahajjud bacalah Surah al-i-'Imran ayat 190 hingga 200
Cikgu Ma said…
assalamuaalaikum...

errmmm, terima kasih dengan perkongsian ni..kalau amalkan ayat kursi di baca sebelum tidur, hembus kiri dan kanan, insyallah dapat elak dari santau ketika tidur..^^,
RuMaH TuA said…
Abd. Razak:-

Waalaikumussalam,,,
Amin~~~
Nsyaallah, sama2 istiqomah dalam bangun malam...

(^-^)y



Cikgu Ma:-

Waalaikumussalam,

Sama2 berkongsi...
Moga ada manfaatnya,,,
Insyaallah, Allah beri mudharat dan Allah jugalah yang beri manfaat...
(^_^)y
fuad ansari said…
sebelum tidur, maafkan kawan2 dan halalkan segala hutang piutang (tetap boleh tuntut jika masih hidup esok harinya.. terus halalkan sampai bila2 pun ok jugak.. ) .. tulis wasiat (hutang2 atau harta2 yg kita ada..) pun ada baiknya.. mana lah tau, kalau2 ia menjadi tidur yg terakhir di dunia.. (",)
salam

Tidur selalu dilihat perkara biasa tetapi punya adab. perkongsian yang menarik, insyaAllah akan cuba mengamalkan dgn baik.
Anonymous said…
salam ya ukhti solehah, alhamdulillah byk yg saya dapat dlm blog enti.teruskan menulis ... nak tanya,nape yg xkwin xleh buat 6sifat?
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari:-

Jazakallah untuk perkongsian...
Sedikit tapi sangat bermakna...

"Tulis wasiat"



mohamad azhan:-

salam 2.

Tidur kita jika dilakukan dengan cara baginda s.a.w, ianya juga menjadi ibadah...
Sama2 kita beramal...

"Tidur dalam iman"
RuMaH TuA said…
cik as ~ cinta solehah:-

Salam 2 ya ukhti solehah,,

Alhamdulillah...
Apa yang dapat, sama2 kita sebarkan untuk kebaikan...

Persoalan kenapa tu yg susah saya nk jawab... ^^, Apa yg yg sy tahu, abah balik dari mesy malaysia baru2 ni, dy cakap kakak tak kahwin tak boleh buat 6 perkara da... Waktu ta'lim mingguan... Hem~~~ Tertib baru. Pasti & pasti punya hikmahnya bila ditimbang2... Tak apa, kita kasi laluan dengan yg da bergelar ahlia. Yg binti2 ni, dengar dulu...

"Allah lebih mengetahui"
(^-^)y
Anonymous said…
Teringat zaman2 mula2 kite kene kerah tahjud.berwuduk nk leraikan 3ikatan.
hoyahadis said…
perkongsian yang sungguh bermakna.. insyaallah akan cube mengamalkannye..(^__^)

salam kenal
hoyahadis


.
moga dpt amal dan sampai kan,,:),,,,tq sngt2
Hidayatullah said…
Salam..
nk tambah skit..ada juga yang kita amal sekarang tak bertepatan dengan hadis..mungkin saya la yang salah amal sebelum nih..
tapi lps keluar 40hari dengan budak sri petaling.. br dapat amal ikut hadis.

cth kibas kain.. apa yang saya faham adalah kita kibas bedding kita.. tapi sebenarnya Nabi kibas menggunakan hujung kain..ada dalam hadis.. tp lpe perawinya..

cth lain.. kita perlu menghembuskan ke tapak tangan dahulu sebelum membaca 3 qul.. then baru la sapu semua badan.. hadis ini di sahihkan oleh Al-bani

yang penting.. amalkan apa yang tahu..dan improve.. Chill.. =p
penchacaiz said…
malaikat sangat dekat dengan orang yg tidur dlm keadaan berwuduk sehingga bersentuhan dgn kulitnya
Assalamualaikum...

perkongsian bermanafaat utk semua lapisan masyarakat...kecil besar tua muda dewasa remaja kanak-kanak (",)

*slmt maju jaya dlm imtihan
RuMaH TuA said…
Anonymous:-

Spe ni... Macam tau je...
(^-^)y
Bia amalan sedikit tapi berpanjangan,,,
Kemudian, kita tambah2 lagi...

"Ikhlaz"



Hoyahadis:-

Alhamdulillah...
Moga sama2 kita ambil manfaatnya...

"Selamat beramal & salam kenal"
RuMaH TuA said…
Abu Zarim:-

Nsyaallah...
Amin~~~~

"Selamat Beramal"



Hidayatullah:-

Alhamdulillah...
Hikmah keluar di jalan Allah,,
Syukran untuk perkongsian...
Ada kelemahan sini,
bole tunjuk...
(^-^)y

Betulkan yang biasa,
Biasakan dengan yang betul...

"improve"
RuMaH TuA said…
Penchacaiz:-

Syukran untuk perkongsian,,,
Selamat beramal...
Btw, terharu juga dgn n3 terbaru en. penchacaiz...
^^,

"Moga Allah sentiasa permudahkan urusan agama en. penchacaiz"



Muhamad Sukri Supi:-

Waalaikumussalam,,,
Alhamdulillah...
Moga kita sama2 dapat amal & sampaikan...
Nsyaallah...

"Syukran untuk ucapannya, doa untuk urusan saya yg satu ni"

(^-^)y
Adibah Ishak said…
1st time dengar sebelum tidur pakai celak.. terima kasih untuk perkongsian nie.. semoga tidur selepas nie lebih lena..lebih di berkati..

:) assalamualaikum..
24 said…
This comment has been removed by the author.
24 said…
INSYALLAH,selamat beramal semua
RuMaH TuA said…
Adibah Ishak:-

Waalaikumussalam,
Nsyaallah,,,
Tidur dalam iman..
Tidur menjadi ibadah (^-^)y

Selamat Beramal ^^,



24:-

Nsyaallah,,,
Selamat juga buat anda...
(^-^)
24 said…
slmt dunia akhirat=)
~kueh~ said…
smlm muzakarah sal adab ni..
alhamdulillah~~
ada yng sl;alu diamal..tapi kena topup lagi nih..
heheh:)

ehem!
sape yang xbagi 'kita' kasik adiah kat pembaca setia blog ni?ish3..

ape2 pon, selamat beramal dgn sunnah^^,

^amal sunnah dari sekecil sunnah ke sebesar-besar sunnah^

InsyaAllah:)
RuMaH TuA said…
24:-
Nsyaallah ^^,



Kueh:-

alhamdulillah,,,
Lepas ni boleh la ku fashe pulak yg buat...
Da dgr dan da fhm kan...

ehem!
tanya2 pulak...

"Selamat beramal...
Ummu Aiman said…
sebagai tambahan, sebelum ttup mata eloklah kiranya kita letakkan ibu jari kaki kanan atas ibu jari kaki kiri..... chill!
~kueh~ said…
ehem..
umu..aplikasi muzakarah smlm ker??
eheheh~~~~
~kueh~ said…
wah3~~
ummu dah aplikasikan waktu tidoq..
hehe:)

^moga istiqamah^
RuMaH TuA said…
Ummu Aiman:-

Syukran Mek Mu sebab TOLONG komen dekat sini...
Hee~~~



kueh:-

Hem~~~
Dia tengah duk syok tidoq 2...
Br lps std...
Kuang3

"Niat ikhlaz"
faqir said…
Al-kafirun boleh baca...tetapi tak termasuk dalam adab untuk hembus pada tapak tangan...

Hadith sebut 3 qul sahaja....
dan tak ada kecuali kemaluan dan tapak tangan....

[ perawi karkun yang tambah kecuali kemaluan dan tapak tangan]..

lihat hadith di bawah atau boleh rujuk muntakhab hadith bab Zikir...

HR. Al-Bukhari 9/62 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/1723.

Mengumpulkan dua tapak tangan. Lalu ditiup dan dibacakan Qul huwal-lahu ahad, Qul a’uudzu birabbil falaqi dan Qul a’uudzu birabbin naas. Kemudian dengan dua tapak tangan mengusap tubuh yang dapat dijangkau dengannya. Dimulai dari kepala, wajah dan tubuh bagian depan tiga kali.

Membaca dua ayat akhir surah al- baqarah.

“Barangsiapa membaca dua ayat tersebut pada malam hari, maka dua ayat tersebut telah mencukupkan-nya.” HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 9/94 dan Muslim 1/554. Kedua ayat tersebut dari surat Al-Baqarah (2): 285-286.

wallahu'alam..
faqir said…
DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH KETIKA TIDUR MALAM

لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ، رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا الْعَزِيْزُ الْغَفَّارُ.

“Tiada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.”

Membaca do’a ini ketika berbalik dari satu sisi ke sisi lain pada malam hari.

HR. Al-Hakim, menurut pendapatnya, hadits di atas adalah shahih, Imam Adz- Dzahabi setuju pendapatnya 1/540 dan An-Nasai dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah, serta Ibnus Sunni. Lihat juga Shahihul Jami’ 4/231.

DOA APABILA MERASA TAKUT DAN KESEPIAN KETIKA TIDUR

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ غَضَبِهِ وَعِقَابِهِ، وَشَرِّ عِبَادِهِ، وَمِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِيْنِ وَأَنْ يَحْضُرُوْنِ.

“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan dan siksaanNya, serta kejahatan hamba-hambaNya, dan dari godaan setan (bisikannya) serta jangan sampai mereka hadir (kepadaku).”

HR. Abu Dawud 4/12. Dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/171.

wallahu'alam
RuMaH TuA said…
faqir:-

Syukran2 ya Allah...

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan