Friday, December 14, 2012

.:: TeNanG & TeNanG ::.


Assalamualaikum...

Moga hari-hari yang berlalu dalam keadaan yang baik.
Dirahmati Allah.

---------------------------------------

"Allah adalah ketenangan.
Untuk mencari ketenangan,
carilah Allah"

---------------------------------------

Al-Quran.

Kitab suci. Kalam Allah.
Sungguh indah.
Sunguh tenang.

Seindah kata. Secantik bahasa.
Sebaik-baik tulisan. Sebaik-baik bacaan.
Bagi yang susah. gelisah.
senang. berduka. gembira.

Inilah pedoman. Peringatan.
Tenang dengannya.

----------------------------------------

Belajar & Mengajar.

Sabda Nabi,
 "خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ اْلقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ"
Maksudnya: "Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkanya"
(Bukhari & Tirmidzi)

----------------------------------------
Usaha.

Jangan sekadar cuba-cuba menghafaz.
Tetapi hafaz.
30 juzuk berjaya.
1 juzuk pun berjaya.
Surah-surah penting juga berjaya.
Kemampuan masing-masing dalam pengetahuanNya.
Asal usaha & doa.

-----------------------------------------

Madrasah Tahfiz.

Tempat lahirnya hafiz & hafizah.
Alim & alimah.
Ustaz & ustazah.
Tenang.
Tempat belajar menjadi yang baik-baik.
Tempat belajar cara hidup Baginda.
Tempat jauh dari acara dunia.
Tenang & tenang.

------------------------------------------

Cuti.

Aiyak!
Setiap n3 mesti ada subtajuk cuti.
Hee~~~

Cuti-cuti ni.
Pergi melawat budak-budak di madrasah.
Ustazah-ustazahnya juga.

-----------------------------------------

Pertemuan.

Ustazah Khadijah. Isteri Maulana Adli.
Rindu nak melihat ketenangan wajahnya.
 Serta menyentuh tangan mulia itu.
Bila cakap nak datang,
Sanggup ustazah tangguh dulu hasrat pulang ke Kedah.

Ustazah Nisa.
Kak Nisa ni tua setahun sahaja dari iqa.
Wah!
Anak da nak dua bila jumpa baru ni.
Cumil!   (^__^)y
Menjeling dia bila cakap iqa tak kawen lagi.
Ting Tong.

Cikgu Ana.
Kak Ana ni isteri Maulana Hilmy.
Juga cikgu sekolah menengah.
Iqa kamcing dengan dia.
Dulu bila berkunjung ke madrasah.
Adala dia.
Sekarang suaminya da buka madrasah di tempat lain.
Hem... Tak ada da kak Ana.
(T__T)

----------------------------------------

Kesempatan.

Hari tu walaupun sekejap,
sempat iqa test bacaan budak-budak tu.
Budak je iqa panggil. Panggil adik..

Ada jugak adik-adik yang takut.
Apa yang da hafaz sume tak ingat.
Apa yang da belajar sume berterabur.
Kih3
Ingat iqa makan orang agaknya.

Tak apa.
Len kali akak test lagi.
Bila ada ruang & peluang.
Bila rajin.

Sebelum pulang,
Ustazah pulak nak test iqa.
Tau gelabah!
Hee~~
Time orang pandai.
Time kita, menyenget juga.

------------------------------------------

Perkongsian.

Bukan semua kita patut & bersedia untuk berkongsi.
Setakat yang mampu. Kan?

Iqa suka membaca perkongsian hidup orang.
Ada 'sesuatu' pada setiap jalan cerita itu.

Jalan cerita awak, jalan cerita saya.
Tak sama.
Walau tujuannya satu, Allah.

Dalam cuti ni juga, iqa cuba
selit menyelit waktu untuk membaca
'sesuatu' pada jalan cerita Tun Mahathir.
(A Doctor in the House)

------------------------------------------

Sekian.
Untuk catatan sejarah di RuMaH TuA.
Menulis N3 terPANJANG.
(^__^)y

 Sewaktu otw ke madrasah.
Si adik, Haziq cumil tak lupa dibawa ke mana aje. ^^,

Tenang.
Hanya beberapa bahagian.
Maahad Tahfiz Wa Ta'lim Al-Quran.


(^__^)y :- "Cik Ku & Cik Ain, jangan sekali lagi cakap tak tau nak komen apa sebab banyak sangat story mory nyer. Tau? Hik3"


Ditulis di,

32 comments:

PeRdU cINta said...

Bercuti sambil berziarah ye?alhamdulillah kekangan masa bukan alasan untuk membiarkan silaturrahim yang pernah terjalin menjadi kuyu dan layu..jejak yang pernah kita tinggal menjadi laluan untuk kita berpatah balik mencari punca di mana ia bermula..Haziq jadi PA kakak ye.. *_*

RuMaH TuA said...

Perdu cinta :-

Hee...
Alhamdulillah...
Segarkan rasa itu.
Hati tenang saat berkunjung temu dgn mereka yg menghampir Allah.

Yelah. Sana sini haziq nk ikut.
Ada je budak kemetot tu.. ^^,

Moga Allah kasih.

SyaheeDah said...

أفلم يسيروا في الأرض فتكون لهم قلوب يعقلون بها أو آذان يسمعون بها ...-ص:72

bergelumang dengan hifz jadid,i'adah...muraja'ah..

banyak mahupun sikit(pada pandangan kita)..

takpe,berbahagialah hidup dengannya!^_^

ida juga banyak belajar dari perkongsian orang lain. salah seorangnya yang pasti dari iqa ,hehe

perkongsian kita2 semua walau dengan cara berbeza, biar ia benar di sisi Allah.
setiap sesuatu akan diperhitung.

siiru ala barakatillah.^_^

Fauziah Mohamad said...

tenangnya hidupmu...semoga sentiasa tenang ye sayang...doakan akak juga

kueh said...

qa~~~
haha...nampak nya ko dah mention2 nama aku kat blog ek! :D

amboi...
nt nak 'test' bacaan ko jgk lah!^-^
ekeke..nk tgk menyenget ke x..
hehe..

tenang. ramai yang masih belajar utk bertenang ketika marah.xsemua diberi ketenangan itu. syukurlah pada wajah yang memiliki ketenangan. syukur juga kerana ketenangan boleh dicari..Allahu Rabbi..! jadikan alQuran sebagai panduan insani :)

hehe.done!
weh! pakai spek baru ke..??
perghhh:P


❤~Emma Abduh~❤ said...

comel haziq.. :)

Egg Head said...

sukanya jalan2x.....
ish33x......=P

RuMaH TuA said...

Syaheedah:-

أفلم يسيروا في الأرض فتكون لهم قلوب يعقلون بها أو آذان يسمعون بها فإنها لا تعمى الأبصار ولكن تعمى القلوب التي في الصدور

Al-Hajj 22: 46.

Sabaq, Sabqi wa muraja'ah...
Sabiq & persoalan amanah Allah.

Allah Maha mengetahui...

Setiap kita punya pelbagai cara.
Meletakkan pelbagai asbab dalam tindakan. Kan da?

Ada insan lemah & hina lebih suka diketahui sebagai tidak tahu berbanding tahu. Takut kufur dari syukur. Biar diri terpimpin.

Ada insan kuat menyampaikan walaupun satu ayat. (bersedia berkhidmat). Diri yg memimpin.

Belajar dari perkongsian kamu juga sahabat. ^^,

Hindari aku dari yg dusta. Hanya yg benar. Coz Allah! Moga Allah datangkan kefahaman pada diri dan yg lain.

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Fauziah Mohamad:-

Doakan iqa tenang juga saat kembali kepada Dia.
Jangan tenang dunia semata. Kan kak Gee.
Mohon doanya. Doa seorang ibu, penuh kasih sayang sehingga Allah berkenan untuk maqbulkan. ^^,

Insyaallah.
Moga Allah kasih kak Gee. (^__^)y

SyaheeDah said...

amin3.

astaghfirullah...
cuai..maaf sahabat..
tu la akibatnya buat 3kerja dalam 1 masa..
kemampuan terbatas,tapi nak juga buat,huhu

betul sahabat..
biar memimpin atau terpimpin,masing-masing ada asbab tersendiri.

penilainya Allah.

ada ketika Allah bukakan rahsia pada mereka yang dipilih,tidak kira siapa bila Allah berkehendak.

sedia atau tidak, sadar atau tidak. di situ penentu dan bezanya.

moga Allah beri kekuatan dan ilham untuk memahami.

jazakillah atas perkongsian!^_^

RuMaH TuA said...

Kueh:-

Mention la yang...
Sebab rindu.
Hik3

'test' bacaan tu bahasa blog. Heh3. Takut ada reader yg tak faham. Ada istilah dy cik ku ey. yg tu pandai2 iqa. HoHo

Menyenget la iqa.
Kita budak baru belajar.
Kalau salah tolong tunjukkan.

Hee~~ Sape tau tiba2 ada keberanian nk join MTQ nxt year. Heh3
Cakap hok hek boleh la. ^^,

Ku! Ada orang tenang dy dalam tangisan. x gitu? Baru la jugak. Hik3 ^^,

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Syaheedah:-

Ya...
Tidak kira siapa bila Allah berkehendak.

Diri masih belajar & berkorban untuk dapatkan kefahaman dari DIA.

Bimbang juga tika Allah nampakkan rahsiaNya, asbab kelemahan kekurangan ilmu, salah dalam menafsir panduanNya.

Mohon doa.
Amin. Amin. Amin ya Allah.

Moga Allah kasih dirimu. <3

RuMaH TuA said...

Emma Abduh:-

Macam kakaknya. Hik3
(^__^)y

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Egg Head:-

Aik? Pendeknya komen? ^^,
Woha.

Banyak kaki.
Banyak jalan.

Moga Allah kasih.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Tenang dan bahagia
saling bertaut dan berpaut
bahagia itu bersifat maknawi
namun bahagia dan tenang hakiki
itulah yang bermakna..

Moga Allah kasih akan dirimu..

:)

Egg Head said...

x reti nak komen panjang
saya buak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan...

woha2x....

nie yang btul...

"banyak korban....
banyak faham....."

RuMaH TuA said...

Abd. Razak:-

Waalaikumussalam...

2 3 kali duk ulang baca nak dapat ke faham tu.
Still part ni tak faham
"namun bahagia dan tenang hakiki"

(^__^)y

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Egg Head:-

Perjalanan mencari Allah.
Perjalanan mencari sebuah kefahaman.
^^,
Moga ALlah kasih.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Maaf ya...ada perkataan "YANG" pada ayat tersebut yang terlupa, dek kerana menurunkan komen dengan menggunakan handfon, hampir sahaja saya sendiri pun tak faham apa yang saya tulis.

:)

RuMaH TuA said...

Abd Razak :-

Waalaikumussalam...

Ok. Iqa cuba2 mengisi yg d tempat yg sesuai...
(^__^)
Jzkk.

Moga Allah kasih.

nur naa'irah said...

salam ukhuwah..kebahagiaan yg hakiki adaalah kebahagian yg cukup maniss..teringin sgt ingin merasai kehidupan bersama hafizah..teringin merasai kehidupan di madrasah tahfiz..sekiranya di beri kesempatan oelh Allah..dan tiada halangan..ingin capai impiam ni..ingin mengenal ilmu akhirat dgn lebih mendalam..dan terus menerus mendekati Allah..

RuMaH TuA said...
This comment has been removed by the author.
NorFarahin@aien said...

Assalamualaikum

cik iqaa santekkk
malu haihhh namew disbut..
heeeee

Tenang??sape yg xnk ketenangan tuh
Kadang2 da ad segalanya,
Tp hati still ksong
Sbb ny, tiada ny Allah dalam hati.. ingt Allah, tp dlm keadaan lalai..
Teringat kata seorg shbt gak..
orang yang jiwanya tidak tenang, kosong
mesti mempunyai masalah dengan penciptaNya.

Msih berusaha , bertatih mencari ketenangn tuh
Ketenangan hakiki…yg bkn semua dpt mrasainya
Sungguh tiada hati yang tenang melainkan hati yang mengingatiNya kan
Bkn mser sng jeee bahkan mser ssh : )

*t bkk sem bru, bnyk laa stori mori iqa ehhh..heee: )

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

saya pon inginkan ketenangan...

Anis said...

Jalan cerita awak, jalan cerita saya.
Tak sama.
Walau tujuannya satu, Allah.

^^. ... tenang2 air di kali,
tahun depan berjiran lagi?

~cik atin~ said...

waaah. iq ade buku "A Doctor in the House' ke? bestnye.. he3

RuMaH TuA said...

NorFarahin@aien:-

Waalaikumussalam...

Cik ain cumil!
Baru glamm... Hik3

Ulang semula. ^^,

"Allah adalah ketenangan.
Untuk mencari ketenangan,
carilah Allah"

Sama mencari.
Sama mengingati.

Kita minta ketenangan, tetapi berjumpa kelelahan.
Kerana setelah kelelahan, ketenangan itu lebih dirasai.

Ingat Allah selalu.

*Hee~~~ Sampai jadi Story mory nory pulak...

Moga Allah kasih. ^^,

RuMaH TuA said...

Wanieys a.k.a IbuQalief:-

Kita semua inginkan. (^__^)y
Allah dihati!

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

Anis:-

Sesegar embun hijau si daun,
Insyaallah, jiran dihati buat bertahun...

(^__^)y

Moga Allah kasih.

RuMaH TuA said...

cik atin:-

Ya cik atin...
Ada 'sesuatu' pada setiap cerita.
Sama macam cerita cik atin. Best3.
^^, Hee~~~

Moga Allah kasih.

fuad ansari said...

lepas ni kalau masuk blog iqa, sy nak baca ruangan komen dulu la.. macam best pulak ruangan komen iqa semenjak 2 menjak ni.. woha.. moga Allah kasih.. hehe.. (",)

RuMaH TuA said...

Fuad Ansari:-

Bolehla saya copy komen2 yg ada buat n3.
Senang en tak perlu buka kotak komen da. ^^,

Moga Allah kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...