Skip to main content

Setianya....


Daripada Abdullah bin Amr r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sahabat yang terbaik di sisi Allah adalah sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabatnya”.
(Hadith riwayat Ahmad & al – Tirmidzi)


Macam mana dengan kita?? Adakah kita sahabat yang paling banyak berbuat baik kepada sahabat kita? Kebiasaannya kita berharap agar orang lain yang banyak berbuat kebaikan kepada kita. Betul??? Hee…
Mari Iqa kisahkan satu cerita….

Dalam peristiwa Hijrah, Rasulullah s.a.w berjalan bersama Abu Bakar melalui jalan pintas. Baginda kemudiannya singgah di Gua selama beberapa hari untuk mengelakkan diri daripada kafir Quraisy. Ketika itu Asma’ binti Abu Bakar sedang sarat mengandung. Dia bersusah payah menghantar makanan untuk mereka berdua pada waktu pagi. Pada waktu siang, Abdullah menggembala kambing di sekitar Gua untuk menghilangkan jejak Asma’. Ini semua dilakukan agar puak kafir Quraisy tidak dapat menjejaki baginda Rasulullah. Selama beberapa hari, mereka berulang alik sementara Rasulullah s.a.w dan ayahnya bersembunyi di gua tersebut.
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w tertidur di dalam gua setelah kepenatan. Abu Bakar mulai berasa cemas dan bimbang. Dengan nekad dia berjaga untuk melindungi Rasulullah s.a.w. Dia takut jika kafir Quraisy dapat mencari mereka. Rasulullah s.a.w menyandarkan kepalanya ke badan Abu Bakar. Tiba – tiba Abu Bakar ternampak seekor ular keluar dari lubang kecil berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Dia terkejut dan segera menutup lubang itu dengan kakinya. Ketika itu dia tidak memakai selipar.

Setelah sebelah kakinya menutupi lubang itu, dia ernampak pula kala jengking berjalan keluar melalui lubang lain. Abu Bakar bimbang kala jengking itu akan menyengat Rasulullah s.a.w, lalu dia menutup lubang tersebut dengan kakinya yang sebelah lagi. Abu Bakar tidak bergerak sedikitpun kerana bimbang Rasulullah s.a.w akan tersedar dari tidurnya. Kedua-dua kakinya digunakan untuk menutup dua lubang binatang berbisa itu.

Ular dan kala jengking menyengat kaki Abu Bakar. Abu Bakar menahan kesakitan yang amat pedih itu. Dia tetap tidak bergerak, dia tidak mahu Rasulullah yang dicintainya terjaga dari tidur. Kesakitan yang ditanggungnya menyebabkan air mata mengalir membasahi pipi.

Tanpa disedari, air matanya itu jatuh mengenai Rasulullah s.a.w. ini menyebabkan Rasulullah s.a.w terjaga. Rasulullah s.a.w terkejut melihatkan keadaan sahabatnya dan bertanya kenapa dia menangis.

Setelah mengetahui Abu Bakar berkorban untuk melindungi dirinya, Rasulullah berasa sayu dan terharu. Rasulullah s.a.w segera mengubati sahabatnya itu. Allah s.w.t mengabadikan kejadian itu dalam Al-Quran ketika Rasulullah s.a.w berkata “la tahzan innallaha ma’ana”.

SAHABAT SEJATI RELA MENGORBANKAN DIRINYA DEMI YANG DICINTAINYA. SIKAP SEORANG MUSLIM LEBIH DARIPADA ITU KEPADA NABI ALLAH.

Ditulis di,

Comments

Popular posts from this blog

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

.:: Segmen Saya Follow U, U Follow me ::.

Assalamualaikum... Moga hanya yang baik-baik dari Allah. --------------------------------- Saat manusia memandang kepada luaran. Hanya Allah sebagai penilai. --------------------------------- Segmen Saya Follow U, U Follow me. --------------------------------- Sebab bersegmen. 1. Kata-kata tuan asal segmen di shoutbox. Terutama ayat 'kalau ader kesudian'. (^__^)y Oh no... Oleh sebab ayat ni juga,  sejarah baru RuMaH TuA tercipta sekali lagi. Mengikuti segmen megmen ni buat PERTAMA kali. (^_^)y 2. Baru perasan. Selalu blogwalking ke blog mselim3. Klik link segmen follow mengfollow ni. Senyum jela sebab yakin da follow. Then, da masuk blog orang tu. Saja-saja klik butang follow. Nak pastikan da follow. Apanye... La... Belum follow rupanya. Macam tak adil je kalau selalu jalan-jalan blog seseorang tu tapi tak follow. Ehem! Sedang kita memang duk follow. Kan. Kan. Ek.#!^$ ---------------...

.:: SiaPa RuMaH TuA ?? ::.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Sedikit perkongsian mengenai siapa RuMaH TuA. Nsyaallah, moga - moga sedikit sebanyak 'terjawab' mana - mana persoalan yang belum terjawab. (^-^) Walaupun telah dinyatakan dalam profile. isk3 Bakal guru. Membuat asasi dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. Alhamdulillah, kemudian kini sedang menyambung ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Al-Quran/Bahasa Arab. Meniti usia 20 tahun.(Alhamdulillah). Mula blogging pada tahun 2009 tetapi menjadi aktif pada Disember 2010. Tujuan utama untuk berkongsi apa yang termampu. Berkeyakinan bahawa membaca & menghafaz jambatan ilmu.(Insyaallah). Merah merupakan salah satu sumber kekuatan untuk sesuatu perkara bagi saya. (",) Doa agar saya sentiasa usaha atas agama. Any ques? p/s:- Selamat Berpuasa.... Ditulis di,