"MahaSuci (Allah) yang menciptakan semuanya berpasang-pasabgab, baik apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang mereka tidak ketahui," (Surah Yassin,36;36) Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Allah mencipta setiap makhluk di bumi ini secara berpasang-pasangan. Itulah fitrah alam yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Malangnya, akibat daripada ideologi sekularisme yang dibawakan oleh kaum Yahudi, kita sering mengasingkan ilmu sains dan ajaran Al-Quran. Hakikatnya, segala teori dan kajian yang sedang kita pelajari pada masa kini telah lama diterangkan di dalam Al-Quran. Salah satu buktinya adalah berkenaan susunan elektron dalam sesuatu atom. Menurut teori struktur Lewis yang diperkenalkan oleh Gilbert N. Lewis pada tahun 1916, setiap elektron yang terdapat di dalam sesuatu atom akan disusun secara berpasang-pasangan. Elektron yang tiada pasangan akan dikenali sebagai elektron persendirian (lonepairs electron). Kajian pula menunjuk...