Skip to main content

:: 4 PeRkaRa SuLiT ::

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...
Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.

2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.

3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.

4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.


Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.

2. Para ahli waris akan menarik hartanya.

3. Ulat akan menarik tubuhnya.

4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.


Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.

2. Suka memberi pada waktu susah.

3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.

4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.


Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:


1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).

2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.

3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.

4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.




p/s:- Sebaik - baik pergantungan itu adalah kepada Allah... Ana berusaha menjadi seorang sahabat yang baik kepada sahabatnya & diuji oleh Allah... Doakan...


Ditulis di,

Comments

Popular posts from this blog

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: SiaPa RuMaH TuA ?? ::.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan. Sedikit perkongsian mengenai siapa RuMaH TuA. Nsyaallah, moga - moga sedikit sebanyak 'terjawab' mana - mana persoalan yang belum terjawab. (^-^) Walaupun telah dinyatakan dalam profile. isk3 Bakal guru. Membuat asasi dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab. Alhamdulillah, kemudian kini sedang menyambung ijazah dalam bidang Pengajian Islam/Al-Quran/Bahasa Arab. Meniti usia 20 tahun.(Alhamdulillah). Mula blogging pada tahun 2009 tetapi menjadi aktif pada Disember 2010. Tujuan utama untuk berkongsi apa yang termampu. Berkeyakinan bahawa membaca & menghafaz jambatan ilmu.(Insyaallah). Merah merupakan salah satu sumber kekuatan untuk sesuatu perkara bagi saya. (",) Doa agar saya sentiasa usaha atas agama. Any ques? p/s:- Selamat Berpuasa.... Ditulis di,

.:: OrAnG TuA KiTa ::.

Assalamualaikum... Insyaallah. Moga yang baik-baik kita sama usaha. --------------------------------------------- "Pahitnya dosa akan menafikan ketidaktaatan, indahnya iman nikmatnya kebahagiaan." ----------------------------------------------- Tua. Kita tak selamanya muda. Panjang umur, tua. Sementara muda, khidmatlah pada yang tua. Ibu bapa. ----------------------------------------------- Hari ini & Hari esok. Hari ini kita memegang watak anak. Esok-esok kita pula memegang watak orang tua. Bagaimana kita hari ini pada ibu bapa kita. Insyaallah hari esok, begitu juga anak-anak kepada kita. Hari ini kita tinggalkan mereka berseorangan. Hari esok anak-anak meninggalkan kita keseorangan. Hari ini kita sibuk dengan anak-anak kita. Hari esok anak-anak kita sibuk dengan anak-anak mereka. Hari ini kita hidup penuh kegembiraan. Hari esok jangan pula dengan penuh penyesalan. Hari ini kita di dunia. Hari esok kita...