Sakit kepala, hati, poket bila masuk bab nak bagi ke tak nak ni…. Kalau tak bagi nanti orang cakap kedekutla, haji/hajah bakhil la, tangkai jering & macam-macam lagi la. Oleh itu, dah ‘TER’paksa bagi. Huu… Cop! Cop! Cop! Apa yang nak bagi or tak ni?
Jadi,Insyaallah pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai sedekah.
Sedekah merupakan satu amalan yang mulia, disukai Allah juga sunnah Rasulullah s.a.w. Sedekah juga merupakan salah satu alat pembersih dosa yang boleh mengembalikan kebersihan dan cahayanya apabila seseorang muslim itu dalam sesuatu dosa dan merasakan bahawa dosa itu telah menjauhkan dia dan Allah.
Bila agaknya sedekah kita tu paling mulia?
Abu Hurairah ada meriwayatkan bahawa seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata:
“Wahai Rasulullah, sedekah bagaimana yang paling mulia?”
Baginda s.a.w bersabda;
“Engkau bersedekah dalam keadaan sihat, bakhil, takut miskin & ingin kaya. Jangan engkau tunda sedekah itu hingga ketika roh sudah berada di kerongkong, barulah engkau berkata, ‘Ini untuk si anu dan yang itu untuk si anu.”
Mesti ada yang tertanya – Tanya, kenapa pulak bakhil? Bakhil di sini bermaksud seseorang yang mengharapkan hartanya tetap.
Kadang – kadang niat kita untuk bersedekah datang berkobar – kobar, tup tup dalam otak & hati timbul “nak bagi ke tak ni?” Istighfar. Semua ini adalah datangnya daripada syaitan.
Kerana apa?
Kerana ada dalam satu hadith menyebut “sebaik sahaja seseorang mengeluarkan sedekah, 70 syaitan berhamburan menghalang sedekah tersebut.”
Bila niat dah betul, tangan nak sedekah, janganlah pulak dari yang haram. Ingatlah,
“Sembahyang menghantarmu pada setengah perjalanan, puasa menghantarmu ke depan pintu dan sedekah memasukkanmu ke dalamnya.”
Nak bagi siapa pulak ni?
Bersedekahlah kepada sesiapa sahaja terutama pada yang memerlukan . Tapi….
Rasulullah ada bersabda,
“Sedekah kepada fakir miskin bernilai 1 sedekah, sementara sedekah pada kaum kerabat bernilai 2 sedekah; sedekah & silaturrahim.”
Sedekah juga membawa kita kepada ketenangan. Tak percaya, banyak-banyaklah sedekah.... Sesungguhnya…. Apa yang paling baik kita sedekahkan adalah perkara yang paling kita sayangi. Ini tidak, kita pada hari ini kalau bersedekah mesti benda – benda yang dah tak pakai, kalau baju tu yang dah tak muat, makanan pulak yang lebihan.(ish3)
Saya tambah di sini, kebaikan kita juga menjadi sedekah. Antaranya,
-tasbih
-takbir
-tahmid
-tahlil
-amar ma’ruf
-nahi mungkar
-pernikahan
Semua ini adalah sedekah. So, jangan cakap anda tak mampu. Lagi – lagi kita ada 360 sendi.
Ok, sampai di sini perkongsian saya pada hari ini. Sebelum itu,
Firman Allah,
“Aku tidak memandang pada rupamu atau kekayaanmu tetapi pada hatimu”
P/S:- Semak niat waktu bersedekah(awal, tengah, akhir), jika tersasar, ISTIGHFAR.
Comments
Agak2 bila?
kan...
Kadang-kadang disuntiknya perasan riya supaya kita tidak jadi beri. Beristighfarlah untuk baiki niat kita bila jadi begini.
Kalaupun berjaya mengatasi riya syaitan menyuntik pula dgn perasaan ujub. Sesungguhnya syaitan sangat kreatif sehingga kita tertipu dgn godaan mereka.
Insyaallah.. Mungkin satu masa nanti..
Dtg lg & blh baca n3 yg lain juga...
Nazliatul:-
So, kita sama2 banyakkan senyum...(yg sepatutnya je ) (",)
Al-Mua'llim:-
Nauzubillah... riya' & ujub... Mudah-mudahan kita sentiasa dapat menepisnya... banyakkan usaha atas iman... Terima kasih berkongsi...
pencari-iman sejati:-
Insyaallah, sama2 kita ingat-mengingati & beramal... 1 org yg mensedekahkan sebiji tamar dgn ikhlas Allah beri ganjarah emas sebesar gunung uhud...
Setuju sangat...
Kalau sedekah senyuman = Alhamdulillah...
Kalau sedekah material + senyuman
=
Alhamdulillah + mantap!
Kalau sedekah kebaikan + material + senyuman
=
Alhamdulillah + mantap + tip top!
"Ikhlazkan hati"