Alhamdulillah, syukur yang tidak putus - putus kepada Allah kerana masih berupaya diri ini untuk menulis satu lagi tulisan tanpa pena. Seperti pada kebiasaan, sedikit perkongsian dari BaiTiL a'TiQa.
Dalam kehidupan kita, terdapat 2 perkara yang kita sendiri perlu usahakan. Tidak dapat tidak, 2 perkara ini ialah iman & solat.kita.
kenapa? |
Perkara iman, kita perlu usahakan sendiri. Ketahuilah, iman kita ini tidak boleh meningkat melainkan dengan perantaraan amal kita sendiri. Iman kita tidak akan meningkat sekiranya orang lain yang berbuat amal.
Begitu juga dengan solat. Selagi mana kita hidup di dunia ini, perkara solat ini perlu kita selesaikan sendiri. Tidak kira sama ada kita sakit, sihat, musafir, cacat & ......
2 perkara ini tidak seperti amalan - amalan yang lain. Sebagai contoh, zakat. Ada masa zakat kita ini dibayar oleh orang lain. Haji. Haji juga boleh diupah. Puasa. Terkadang, kita menggantikannya untuk ibubapa yang telah meninggal dunia.
Tetapi, ingatlah. Tidak kepada iman & solat. Maka, sama-sama kita tingkatkan ilmu, perbaiki amalan & mantapkan iman.
Al - Quran & Zikir.... |
Peringatan!!!
~ Ilmu tanpa zikir lebih bahaya daripada kejahilan kerana membawa kepada kelalaian.
~ Zikir tanpa ilmu lebih bahaya daripada kelalaian kerana membawa kepada kesesatan.
p/s:- "Berilmu, beramal, beriman" (^-^)
Ditulis di,
Comments
Mau x mau kena sibukkan diri untuk usaha atas iman dan amal..
Manusia sering berusaha untuk perkara yang akan mereka tinggalkan selepas mati, tetapi lalai dalam mengusahakan perkara yang akan mereka bawa selepas mati..
Zikir - Menghilangkan kelalaian
Ilmu dan Zikir perlu disekalikan. Kerana ramai yang tak tahu, jahil, perlu cari ilmu. Ramai juga yang ada ilmu, tapi tidak amal sebab lalai.
enti..jzkk ats perkongsian..
mcm pernah dga je tzkirah sal ni..:)
yup!solat dan iman kite yang kene jage..bkn org lain,
kerana iman itu xdapat diwarisi~~
fitrah manusia..iman yazid wa mankus..
wallahua'lam
teruskan perjuangan ya enti~_~""
Syukran atas sedikit perkongsian 2...
Manusia sering berusaha untuk perkara yang akan mereka tinggalkan selepas mati, tetapi lalai dalam mengusahakan perkara yang akan mereka bawa selepas mati...
SHM:-
Insyaallah... Sama - sama kita menulis & berkongsi...
Semoga hakikat ilmu & zikir dapat difahami & masuk ke dalam hati kita...
Sama-sama beramal kerana Allah...
Muhammad Sukri Supi:-
Waalaikumussalam. Syukran utk perkongsian. insya Allah... Moga2 kita menjadi manusia yg berilmu beriman dan beramal...
~kueh~:-
Waalakumussalam. Syukran... Kan kongsi 'emas'...
Memangla enti pernah dengar... Kan ana ada muzakarahkan iman yakin hari 2... (tido ye?) hee...
Sama2 berjuang... (^-^)
tp itulh perkra yg mkin manusia tinggalkn untuk sesuatu yg perkra yg xbermnfaat ( kejar duniawi, tinggal ukhrawi)..huhuhuu
So, slalulh kita beringat ttg 2 prkara ni!
Ya... Nti fadila betul...
"kejar duniawi, tinggal ukhrawi"
Jangan jadikan dunia ini sebagai ganti.
Moga kita diberi Allah peluang utk saling berziarah di kubur kemudian hari...
Bersahabat kerana Allah.
jemput memberi pandngan di blog sya...berhubung artikel terbaru saya...
Insyaallah...
Akan berziarah...
Ilmu itu jalan, zikir itu cahaya. Kalau nak berjalan kena ada jalan dan kena ada cahaya.. :)
Waalaikumussalam.
Sama2 berjalan dgn cahaya...
Insyaallah...
~ Zikir tanpa ilmu lebih bahaya daripada kelalaian kerana membawa kepada kesesatan.
kurang faham ayat ini..
Ilmu + Zikir perlu seiring...
Bahayanya orang berilmu ini sekiranya btidak membawa zikir dalam kehidupannya kerana dengan ilmu2nya tadi boleh membawa kepada kelalaian dan lupa kepada Allah.
Bahayanya orang yang berzikir sekiranya tidak mempunyai ilmu dalam amalannya kerana berkemungkinan zikir yang diamal adanya kesilapan.
Seperti kata Ishak Zaini di atas:-
Ilmu itu jalan, zikir itu cahaya. Kalau nak berjalan kena ada jalan dan kena ada cahaya..
'Salam Juang'
ILMU akan bermanafaat apabila di dasarkan atas keIMANAN....yang mana natijah nya adalah buah AMALan...
ILMU yang tak di amalkan ibarat pokok yang tak berbuah... xdak hasil...
Allah akan soal... kamu amal tak ILMU yg kamu tahu....(bahaya2...)
Allah...
Kamu amal tak ilmu yg kamu tahu???
(sentap)
Syukran untuk peringatan...
(^-^)