Bismillahirohmanirrahim..... Perut merupakan sumber kepada semua syahwat. "Hendaklah kamu makan dan minum setengah kenyang kerana sesungguhnya hal itu sebahagian dari kenabian" ----------------------------------------------------- RAHSIA LAPAR 1. Lapar membawa kepada terangnya hati. Oleh itu, lapar mengetuk pintu syurga. 2. Nafsu menjadi rendah, melemahkan syahwat yang menjadi sumber segala kemaksiatan. Kata Aisyah, "Bid'ah yang pertama kali terjadi sesudah Rasulullah SAW adalah kenyang. Sesungguhnya suatu kaum apabila kenyang perutnya, maka nafsunya menjamah dunia." 3. Orang lapar terselamat daripada tamak perut. 4. Susah untuk tidur, ringan untuk tahajut. 5. Bersyukur apabila makan. Rasulullah bersabda tika diajak, "Tidak! Bahkan aku akan lapar sehari & akan kenyang sehari. Jika aku lapar, aku dapat bersabar dan dekatkan diri kepada Allah dan jika aku kenyang, aku dapat bersyukur." -------------------------------------...
Menyimpan sebahagian kecil memori kehidupan sejak 2009. Kini seorang guru, isteri & ibu kepada 2 orang cahaya mata. Semoga Allah pelihara diri ini & semua.