Assalamualaikum...
Jika minggu pertama cuti dihabiskan dengan kenduri saudara sebelah umi & abah, cuti minggu kedua ini dihabiskan dengan Cuti2 Malaysia. Kalau cuti yang lepas ke Terengganu, pada cuti kali ini, abah bawa sekeluarga jalan - jalan Penang pulak. Waktu kemuka syor nak ke mana cuti kali ini, macam - macam usul yang abah kene dengar. Tapi Astaghfirullah, syor saya diterima. (^-^)
Hari bertolak, abah bawak pergi jalan KL, p shopping raya dulu.(x awal kan?) Then, petang 2 baru gerak p Penang. Sampai pun dah malam. Esokya, p Batu Feringghi. Jalan2 situ. Tengok masjid terapung. Subhanallah. Cantik.
Masjid terapung. Serupa tapi tak sama dengan yang Terengganu tau. |
P makan kat Padang Kota. Herm... Sedap pasembur kat situ. Macam - macam ada.Tapi di kawasan tu ada ramai kanak - kanak yang minta sedekah. Kesian sangat.
Makan di Padang Kota. |
Petang - petang pulak abah bawak jalan - jalan tepi pantai. Adik - adik kecik mandi la. Yang tua main - main pasir je la.
1 orang tukang tengok, 2 mandi... (^-^) |
Sebab tak dapat mandi... (",) |
Kalau da p Penang mesti tak sah kalau tak makan Laksa. Kan? Jalan punya jalan, terbekenan nak makan laksa kat tsunami village. Waktu makan, TERdengar la abah sembang - sembang dengan pakcik kedai tu. Macam - macam cerita dapat.
Abah:- Dengaq cerita, depa kata kawasan ni la tsunami langgaq. Betui ka? (mukaddimah abah)
Pakcik:- Betui la. Waktu dia(tsunami) mai tu, waktu zohoq. Kami duk sembahyang dalam masjid sebelah ni la.
Abah:- Kawasan mana kena?
Pakcik:- Nih, abih semua yang hang tengok bawak ke laut. Rumah - rumah nelayan dia sapu p, tak tinggai paku pun. Allah punya kuasa. Dua masjid yang hang duk tengok nih, dua - dua ombak sujud. Yang ni aku tengok dengan mata kepala aku.Kita duk tengok yang kat Acheh dulu, masjid xkena. Allah Maha Besaq. Tsunami ni mai 3 kali. sekali zohoq, sekali pukui 3. sekali lepas asaq. Ombak dia mai bukan tinggi tapi kuat. Abih kapai2. Semua tarik p laut.
Abah:- Depa duk cerita warna dia hitam.
Pakcik:- Bukan setakat hitam, bau dia pun macam bau belerang. Tu dia Allah nak tunjuk kuasa dia. Kedai aku ni pun selamat pasai mungkin sebelah masjid.
Abah:- Yang mati ada ka?
Pakcik:- Alhamdulillah, yang tu semua selamat. Nih hampa kalau nak tengok, nampak tepi - tepi tu kesan dia tinggai. P la. Nih aku nak habaq, sembahyang hampa kene jaga, baru Allah jaga hampa.
Antara kawasan yang dulunya dilanda tsunami.. Tepi kedai pakcik Laksa. |
---------------------------------------------------
Lebih kurang macam tula perbualan abah dengan pakcik tu. Adik lelaki(Hafiz) pun sambung.
Hafiz :- Abah, bagus pakcik ni kalau dapat 3 hari. Hakikat da masuk tu.
Abah :- Haisy, tengok - tengok dia cakap kat kita. Aku 10 hari setiap bulan da. Baru tau kita. (Hee~~)
Tersengeh la abah dengan anak lelakinya itu.
--------------------------------------------------
Malam - malam p jalan - jalan pasar. Tengok souvenir yang menarik yang boleh dibeli untuk kawan - kawan. Jalan punya jalan, dapat sikit barang. Lepas tu p beli jeruk. Macam - macam jenis. Yang saya beli ni dijamin halal buatan orang Islam. Tambah - tambah murah pulak tu. Isk3 Abah terheleng kepala tengok anak - anak dia beli jeruk. Jeruk Zaiton kat rumah tu tak ade pulak yang makan. Abah sorang je. Tapi yang ni... Bukan main lagi sebat. Hee~~~
Pasar Feringgi = yang ni bukan camera sendiri. Pinjam dengan Haji google. |
On the way balik, kebetulan hari Jumaat. Abah singgah solat Jumaat di Masjid Jame' kot (kalau xsilap la) Haisyy... Dapat la dengar khutbah jumaat dari dalam kereta. Bahasa yang yorang guna untuk khutbah memang sempoi. Yang kasi khutbah waktu tu 'orang dakwah' Ustaz Shahul Hamid. Khutbah tu cerita pasal walimah. Dari sekecil - kecil perkara hingga ke sebesar - besarnya disentuh. Yang ditekankan kenduri cara sunnah.
Isi2 yang penting, (Yang dalam kurungan, kata ustaz shahul)
- inai perhiasan perempuan. (tok sah duk pakai 3 jari yang lelaki pun. yang 2 perempuan punya)
- bersanding haram. (Hampa duk buat pelamin, konon habaq nak ambik gambaq. tok sah. p ambik kerusi plastik, hah duduk ambik gambaq dengan saudara mara. Jangan duk pamir)
- Penuhi jemputan terdekat. (Nih x, kalau ada 10 jemputan, p yang paling jauh. Nuh kat Kulim. Yang sebelah rumah kenduri, tu dia p last sekali pukui 12 malam).
- Jangan jadikan kenduri sebagai majlis lalai. (Baguih da hampa p jemput DJ, tapi cuba hampa jemput yang islamic sikit. Biaq dia habaq "Tuan2 Puan2 jemput makan, duduk asing - asing laki pempuan, makan jangan lupa baca doa, guna tangan kanan, minum tangan kanan, cedoq kuah tangan kanan, semua tangan kanan, ikat p tangan kiri. kan baguih DJ duk beri ingatan kat tamu)
- Perempuan yang paling baik, maharnya rendah. (Nih pempuan duk ada sekarang, makin mahai makin baguih. Terbalik kot pulak dapat kat depa. Menikah ni urusan agama. Jangan duk campuq dengan dunia)
--------------------------------------------------
Keluar dari Penang, lalu ikut Taiping. Singgah rumah sahabat baik. Ku Fasehah. Jumpa keluarga dia. Semua baik - baik & peramah. Abah dengan umi bukan main bercerita. Maklumla jumpa orang negeri kelahiran Perak + Kedah. Siap kata2 Pahang lagi tu. Hee... Mak Ku Fasehah jamu Laksa. Aduh... Memang sedap. Balik tu pun abah dengan umi duk puji - puji lagi. Ayah dia siap jemput tidur lagi. Masa tak mengizinkan. Kalau tak, seronok jugak dapat tidur rumah membe. Kan? Baik sangat keluarga dia, rasa macam keluarga sendiri da.
Sebelum naik KL, singgah beli jambu dekat Tapah. Buat buah tangan. Esoknya sebelum balik Pahang, pergi hantar sepupu bertunang pulak dekat Kuala Selangor. Isk3. Then, malam baru sampai rumah. Sekian.
Insyaallah, panjang umur datang lagi... (^-^) |
p/s:- "Cuti minggu akhir ni, lemah semamngat da..... "
Ditulis di,
Comments
nak jalan2 jgk=D..bestnye..
dpt memahami hakikat kjadian tsunami lagi,.
Allah pun suruh kita selalu jln2 tengok kebesaranNya kan..
~knp x singgah klate..blh beli budu-w/pun empunya tangan yang menaip ni x knal pn btol budu=)~
Ala kak... Jeruk salah satu makanan sunnah. Tapi jeruk macam zaitun la... Yang tu makan banyak xpe... (",)
Ukhti Ibtisam:-
Cuti akan datang, jom jalan2... Hee~~~
salam,
Jom kita jalan - jalan...
Bab - bab berjalan nie, iqa memang suka... Hee~~~
~Tengok pulak cuti akan datang. Mana tau syor ke Kelantan diterima. Hee~~~ Bole la iqa kenalkan ida dengan botol budu. (^-^) x gi2?
Shaker:-
Bole la pasang mimpi ke kampung malam ni... (^-^)
p/s:ceq pun baru balik dari taiping.. (",)
turun peneneg,lain kali turun lok staq plak...haha
mana jeruk untuk cek, cek pun terliok jugak nak makan jeruk tu!!!
hihi....
- Ya...
- Kalau yg x ikut 2, banyak masalah dapat.... Sedangkan tujuan & maksud hidup pun memang untuk Allah...
- Tanya khabaq org Taiping ka? (^-^)
Anak Pendang Sekeluarga:-
- Alhamdulillah... Jalan - jalan tengok kebesaran Allah...
- Insyaallah, ada rezeki, sampai la... kan? (^-^)
hee....
kan ke ada org bergelar mahasiswa da?
mesti bz...
jeruk zaiton ada... nak?
hee~~
Xadela fatin...
Sakan duk dlm kete la... (^-^)
Kebas - kebas sume nak sampai ke Penang 2....
"Moga dicintai Allah"
jempot dtg umah lagik bile lapang..
(rugi xmik gamba waktu kat umah nih..)
hehehe..
laksa perak da best!~_~""
Ku syg....
Nsyaallah...
Panjang umur,
sampai lagi~~~~
Memang rugi...
Punyer xcted, smpai x terambil gambar...
(^-^)
byk jalan luas pemandangan...
Banyak jalan,
luas pemandangan,
kumpul pengalaman...
(^-^)
x gi2?
Sebut tentang Penang, memang seronok kalau datang jalan2 ke sini, namun jika tinggal di sini, dah jadi xseronok.
selamat datang ke Pulau Pinang (walaupun ucapan ini sudah sangat terlambat)
Salam..
Syukran...
Moga Al-Mu'allim menjadi asbab hidayat di situ.
Amin~~~~
weekend je pegi pulau,naik moto ditambah ngan hujan lagi...~shahduuu~
'Ustaz Sahol Hamid..,rasanya pernah bertemu muka ngan dia,,org panggil dia cikgu Sahol kot(kalo x salah)
-sbb masa study dulu ada kluar gak tp kami kat belah seberang...(markas penanti)...
lagi satu,Cikgu Sahol ni pkai spec mata yg rasanya 'power' dia amatlah tinggi...kalo tgk mata dia,nampak mcm dia tu juling...hehehe
~~kenangannnnn~~~
-Hafiz-
syukran kerana membaca secebis kenangan dari saya...
wow...
sempat tilik menilik ek?
Salam ramadhan.
Moga dapat kita beramal sepenuhnya.
Insyaallah.
"teringin naik moto + berhujan. kih3