Assalamualaikum. Moga Allah kurnia kebaikan buat kita di dunia dan akhirat. Serasanya sudah lama sangat tak blogging. Kalau blogwalking pun 2 3 blog je sempat. Tapi takpe kan? Biar kita yang control blog kita bukan blog control kita. Kalau tak, bahaya. 2 3 minggu ni memang busy. Sampai – sampai buku (100 cara menjadi kekasih Allah) yang adik perempuan kasi pun saya belum dapat habiskan walaupun da 2 minggu. Tapi Alhamdulillah sempat habiskan Dia Bukan Nabi pinjam dari sahabat Zati Bayani. Apa yang penting jangan amal – amal harian saya berkurangan kerana dunia. Apabila kesedapan dunia dirasai maka hilanglah kelazatan akhirat.
---------------------------------------------------
Penulisan saya.
Pendapat anda? Mampu ke saya menjadi seorang penulis yang baik? Apabila dinilai kembali kemampuan saya, saya merasakan terdapat beberapa perkara mengenai penulisan saya.
1) saya mampu menulis kisah – kisah berdasarkan pengalaman saya sendiri (perkara nyata).
2) saya mampu menulis kembali berdasarkan hasil – hasil pembacaan saya dalam bentuk dan cara saya sendiri (mengolah).
3) saya boleh menulis berdasarkan perkongsian kisah orang lain (kisah benar).
Saya sangat suka menulis. Tapi jarang - jarang mengarang cerita. Saya banyak menulis untuk meluah rasa. Saya sendiri mempunyai banyak koleksi – koleksi hasil tulisan saya. Dari usia 11 tahun sehingga ke hari ini. Saya masih menulis menggunakan pen dan kertas walau setinggi mana teknologi yang ada masa ini.(kuno kot?) Malah, setiap post yang saya publishkan semuanya saya punya draft dalam bentuk tulisan tangan.
(^-^)y
Antara draft2 tangan yg sempat ambik gamba...
1 - draft n3 Bagaimana solat anda? 2- draft n3 penjaga letak kereta... 3- draft n3 dusta yg dibolehkan (xpublish lg) 4 - draft n3 ujian & nikmat Allah (xpublish lg) |
Malu.
Rasa.
Anda.
Suka menulis tapi malu hasil penulisan dibaca orang. Macam mana tu? Percubaan pertama menghasilkan satu cerita cereka untuk bacaan ramai apabila baru – baru ini saya terpilih untuk menyertai bengkel penulisan DBP. TERpaksa menghasilkan satu cerpen. Isk3. So, saya telah menghasilkan satu cerpen bertajuk ‘KeranaNya’. Sudah dibaca oleh rakan – rakan terdekat. Tapi belum ada yang berani komen terbuka. (jaga hati saya mungkin).Hee~~~ Yelah, biasanya penulisan – penulisan saya, saya simpan sebagai bacaan saya sendiri sahaja. Post – post saya juga sebelum dipublishkan berkali – kali ulang baca, yelah takut – takut ada benda yang tidak kena. Kadang – kadang ada yang tak jadi dipublishkan setelah diulang baca. Malu punya pasal. (^-^)y
Rasa.
Berkongsi rasa melalui penulisan. Apabila saya gembira, sedih, kecewa... semuanya saya akan hasilkan dalam bentuk tulisan. Tetapi tidak apabila saya berkeadaan marah. Kenapa? Kerana saya akan menyimpan penulisan – penulisan saya. Jadi saya tak nak simpan marah itu sekali (nanti apabila diulang baca, rasa marah itu akan kembali). Walau kadang – kadang ketar la jugak nak menulis untuk puaskan hati yang sedang marah (jangan ikut, marah tak baik ).
Kita semua menulis dengan sebab. Sentiasa mencari sebab untuk menulis.
(^-^)y :- “Time exam tak tau pulak nak tulis. Kuang3”
Comments
seluruh umat manusia,,,hanya tunggu masa dan ketika..
Usah malu dengan penulisan kita kerana kita sering belajar dan pelu sentiasa belajar. Kalau rasa sempurna, mana ada rasa nak belajar dah.
Saya sendiri malu dengan penulisan saya sendiri, namun memikirkan ianya mungkin menjadi manfaat buat yg lain, maka sy teruskan menulis.
Cuba bandingkan tulisan kita sekarang dengan tulisan yang dulu, mesti ada improvement yg kita sendiri xsedar.
Teruskan menulis.
p/s : tak sabar nk tunggu cerpen KeranaNya dipublishkan
truskn menulis ukhti..
alhamdulillah,ana pun suka menulis..
alhamdulillah,cerpen pertama ana dipost ana di fb..percubaan pertama ana.
tapi kalau kita menulis dari pengalaman sendiri rasanya lebih baikkan
wah, dah ada tulisan utk entri berikutnya... kalau camtu, saya pinjam buku catatan tu je lah.. takyah bukak blog dah.. (",)
Teruskan usaha, hasilkan yang mudah agar pembaca faham apa yang hendak disampaikan dan mendatangkan manfaat buat mereka...
Salam 2...
Pasti & pasti...
Pena takdir telah lama diangkat, dakwat sudah kering...
Allah Maha Mengetahui...
Fathin Fazila Razali:-
Waalaikumussalam...
Jazakillah untuk kata - kata semangat...
Amin untuk doanya...
Isk3 susah nak buang 'malu' tu...
(^-^)y
"Suka berkongsi"
Salam. Tak ada ceerita yang menarik tentang kehidupan saya... Polanya mendatar... Kurang konflik. Hee~~~
Syukran kerana membaca hasil tulisan saya. (^-^)y
Al-Mu'allim:-
Salam.
Insyaallah saya akan terus menulis. Penulisan saya lebih bermakna bila orang macam Al - Mu'allim sudi membacanya. (^_^)
Terasa pulak. Kalau da sempurna rasa nak belajar tu da x ada dah. Saya nak belajar & terus belajar~~~
"Tak punya kekuatan untuk publishkan KeranaNya"
Insyaallah kak... Menulis perkara kebaikan... Syukran!
Noor Azleen binti Haron:-
Waalaikumussalam...
Moga Allah kasih kita...
Berkongsi minat yang sama iaitu 'menulis'...
Alhamdulillah... Teruskan berkarya...
Betul2... Kata penulis2 ternama, untuk menjadi penulis yang bagus dan mantap... Perlu banyak membaca...
"Pengalaman oh pengalaman"
Fuad Ansari:-
Benda yang sama iaitu penulisan tetapi lain bentuknya... Guna pena maya... (^-^)y
Ada idea, saya tulis. Belum tentu dipublishkan tu... (^-^) Nak publish kena pilih. Betul x?
"Bole pinjam, tapi pulang (^-^)y"
Syukran! Itu yang paling penting...
(^-^)y
Allah ustaz... Saya ni jauh lagi kalau nak mencuba2 dlm majalah ni... Buat bacaan yang terdekat bolela... (^-^)
first time ase bace n3 iqa yang agak skema ni..
ahahaha...(guro2..:P)
ape2 pon, pandangan orang terhadap penulisan berbeza..
ade org suke bace, xti tulis, ade orang ske tulis, xske bace..
ade orang suka dua2..mcm ana..ehem:)
thums up kat cerkon iqa : keran-Nya..
hehe..bila nk kongsi^^,y
hee
salam...
Wah... pandai gurau... ku fashe.. suka dua2... hee~~~~
Jzkk (^-^)y kerana baca cerpen 2... Xde kekuatan nk berkongsi... cukup kongsi dgn enti je kot... hee~~~~
"tunggu cereka berikutnya dari iqa"
Apa khabar tuan blog? btul3..biar kita yg menjadi tuan blog, bukan blog mnjd tuan kita..harap2 adalah perkongsian yg dipendam sekian lama dimasukkan dlm blog ini. Galakan sahabat2 blogger pon menyokong perkongsian ilmu dari Baitil 'Atiqa..insya Allah sama2 kongsi, sama2 dapat pahala (",)
*sentiasa menanti cerpen, karangan, buah fikiran, cerita, pengalaman dsb dr RuMaH TuA
lama dah maksu tak jenguk kat blog akak ni...
muklumlah, kesibukan telah mengisi masa-masa rehat maksu...
"tak perlu malu untuk menulis..., malah kita perlu bersyukur dengan kemampuan dan kelebihan yang kita miliki..., bukan semua org dianugerahkan dengan kelebihan sebegitu....
biarkan tulisan itu menjadi bukti perjuangan kita..
tulisan ulama..masih diizinkan Allah utk kita tatap wpun mereka tlh tiada..
tdk mstahil, tulisan iqa juga akan jadi begitu,insyaAllah^_^
ad org xsuke menulis,tapi suke membaca je...akak la tu..:D
errr...bile nk bagi k.tin bce cerpen iqa tu ek??hehe^^
Waalaikumussalam,,
Insyaallah...
Syukran2 ya ustaz.
Rasa dihargai apabila tulisan kita dinanti. (^-^)y
"Salam Aidiladha"
D-Yana:-
Salam,
Ya cikgu...
Sama2 mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.
"Salam Imtihan"
Salam,,
Laa,,, Awatnya p delete komen 2...
Tak sudi ka?
(^-^)y
"Salam Aidiladha"
Ahlia Rusydi:-
Ala... Kak tin...
Bukan tak suka,,,
Tapi belum try...
kan2!
Insyaallah, t iqa kasi kak baca... Jgn lupa komen... bia membina tau?
"Miz u"