Assalamualaikum,,,
Mudah - mudahan kita semua berada dalam pemeliharaanNya. Alhamdulillah, syukur untuk semua kenikmatan serta ujian yang Allah beri. Alahai... Tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi cuti. Isk3.
-----------------------------------------------
Express.
Bagaimana anda menghabiskan zikir harian anda? Zikir pagi, petang, istighfar, selawat......... Apabila menyebut kalimah Allah, tetapi dihati tidak ada tumpuan tidak menjadi juga. Kerana apa? Kerana kelalaian tetap tidak hilang. Sedangkan salah satu tujuan zikir itu untuk membuang kelalaian yang ada dalam diri.
Suatu petang beberapa tahun lepas (lame kot!) selepas asar saya menerima panggilan telefon daripada bapa saudara (BP) kerana ada keperluan. Teringat mukaddimahnya,,,
Bp : Assalamualaikum... Sihat?
Saya : Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat...
Bp : Kakak buat apa?
Saya : Baru lepas solat ni..
Bp : Zikir petang dah habiz?
Saya : Da.. (jawab dengan lega, kalau tak... pedas!)
Bp : Semua?
Saya : Haah. (lega lagi)
Bp : Kehkehkeh...(ketawa). Zikir orang muda...
Zikir express...
Tang! Kan da kena. Ingat da lega, tak pasal - pasal kene pancung. Kuang3. Itula iqa.. Tumpuan! Tumpuan! Haisy! Iqa banyak lalai tanda zikir tak cukup tumpuan. kan? (nasihat lagi)
-----------------------------------------------
Tumpuan.
Orang muda... Zikir express... Macam - macam dapat. Isk3. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini masih cuba menambah penghayatan dalam memberi tumpuan kepada Allah ketika berzikir. Mudah - mudahan Allah pinjamkan sedikit dari kekuatanNya. Andai ada di antara sahabat - sahabat yang baru belajar istiqomah, anjurannya sekurang - kurang zikir 300 pagi, 300 petang, + 100 istighfar + 100 selawat.
Zikir bukan terhad kepada tasbih sahaja, membaca al - Quran juga zikir, doa - doa itu zikir, taat perintahNya zikir dan banyak lagi. Senang cerita, zikir adalah kita ingat Allah setiap masa dan keadaan. Jadikan 24 jam yang kita ada ini sebagai fikir untuk Allah. Insyaallah, sedikit perkongsian secara paling ringkas.
(^-^)y :- "Kenali Allah sewaktu senang, Allah akan kenal kita sewaktu susah"
Comments
Moga sihat hendaknya dengan izin~Nya...amin
Zikir adalah pintu Allah terbesar yang senantiasa dibuka antara Dia dan hamba~Nya selama tidak ditutup oleh si hamba itu dengan kelalaiannya sendiri.
Allahu Akhbar...para Tabiin dahulu merasa berdosa besar bila sesaat lalai mengingati Allah..
Insyaallah, sama - sama kita istiqomah zikir pagi dan petang... (^-^)y... Tujuan keluar pun, nak belajar dan amal agama... Kan? En. Egg Head boleh!
"Moga Allah kasih"
Adibah Ishak:-
Astaghfirullah... Banyak lagi yang kurang... (takut menerima ayat2 macam tu). Apa kata diba komen akak macam ni "rumah tua perlu tambah lagi zikir!" Baru mantap! (^-^)y Jom2 diba... Disiplin kan diri, walau apa2 pun terjadi aku mesti habiskan sekurang2 zikir anjuran macam kat atas tu. Ok? Iqa n diba boleh!
"Moga Allah kasih"
Waalaikumussalam,,
Syukran atas doanya.. Astaghfirullah... Peringatan untuk diri. Jangan aku sendiri menutup pintu yang Allah bukakan untuk aku dekat kepadaNya...
"Allahu Akhbar!!! Allah Maha Besar"
" hanya dengan mengingati ALLAH jiwa akn menjadi tenang"
(^,~)
zikir pon ade express jugak kan..^^,
ingatkan pos ekspress je ade..hehe
"sentiasa berzikir = mengingati Allah dalam setiap masa dan keadaan sama ada kita susah, senang, sakit, sihat dsbnya.":)
semoga zikir bukan saja menjadi titipan di bibir, tapi 'terasa' di dalam qalbu :) InsyaAllah.
p/s : hayati cuti seminggu sehabisnya..emm.
kenapa org muda lebih mudah utk "express"?
sbb selalu naek bas @ tren express ye..hee
"jgnlah kamu meninggalkan zikr hanya kerana ketidakhadiran kamu bsama Allah dlm bzikr. ini kerana klalaian ktika tdk bzikr lbih bahaya drp kelalaian kamu ketika bzikr"-ibn 'atoillah.
*zikir itu indah*
barakallah fiik ^_^
kalau nak zikir pagi petang tu...
cari satu sudut, jauhkan dari gangguan luar, sebaik2nya duduk tahiyat, bagi penumpuan hati, dan mulakan berzikir dengan menghayati setiap sebutan..
(",)
zikir boleh jadi perkara yg mendekatkan diri kepada Allah, jika dibuat dengan betul..
Zikir boleh juga jadi perkara yg menjauhkan diri dari Allah, jika dibuat dengan lalai..
(",)
Insyaallah, azam! 24 jam yang kita ada guna hanya untuk fikir Allah...
"aku ingin ketenangan dariNya"
kueh:-
ehem juga~
Sebut pos2 ni, beli on9 banyak sangat la kot? ke macam mane? Hee~~~
DIA dihati...
Manfaat sepenuhnya... Ekeke..
"Moga Allah kasih"
Salam, alhamdulillah kerana sudi membaca dan komen di sini.Insyaallah, sama - sama perbaiki amal untuk lebih dekat kepadaNya... Jazakillah atas doanya... (^-^)y n... Doa supaya saya tak amal zikir express tu da... Hee~~~
"Moga Allah kasih"
Syaheedah:-
Waalaikumussalam,,
Masalahnya, yang tak nek benda2 xpress ni la kadang - kadang (padahal selalu) zikir express... Ekeke... (istighfar patutnya)..
Mudah-mudahan dalam zikir - zikir express tu, Allah ubah saya suatu hari nanti... (^-^)y
Moga Allah kasih"
(^-^)y senyum + peace!
"Moga Allah kasih"
Fuad Ansari:-
Itula en. Fuad... Tyme keluar, insyaallah kita boleh jaga waktu zikir tu walau macam mana pun.. Yang jadi masalah pada saya, kadang - kadang, pasal nak habiskan, otw nak ke kuliah pun boleh jadi... (isk3)... (T_T)
Doa, mudah - mudahan saya dapat jaga amalan ini dengan betul...
"Moga Allah kasih"
perkongsian yang bermanafaat..bagi "orang-orang muda", sama-samalah kita memanfaatkan usia kita dengan beribadat kepada-Nya..insya Allah (",)
bilangan dalam zikir juga perlu ada asalnya, salah satu contohnya adalah seperti berikut.
مَنْ سَبَّحَ اللَّهَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَحَمِدَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبَّرَ اللَّهَ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَتْلِكَ تِسْعَةٌ وَتِسْعُونَ وَقَالَ تَمَامَ الْمِائَةِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ
Terjemahan: Sesiapa yang di setiap kali selesai solatnya (solat fardhu), dia menyucikan Allah (berzikir Subhanallah) 33 kali, memuji Allah (mengucapkan al-hamdulillah) 33 kali, dan membesarkan Allah (mengucapkan Allahu Akhbar) 33 kali, yang semuanya menjadi 99 kali kemudian dicukupkan 100 kali dengan Laa ilaaha illallahu wahdahu la syarikalah... maka, Allah akan mengampuni kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih di lautan. (Hadis Riwayat Muslim, Bab: Zikir-zikir yang dianjurkan sebaik selesai solat, 3/262, no. 939. Dari hadis Abi Hurairah radhiyallahu 'anhu
wallahua'lam
p/s- teruskan menulis ya, Alhamdulillah moga thiqah~
قال اصحابنا إن الذكر والدعاء بعد الصلاة يستحب أن يسر بهما إلا أن يكون اماما يريد تعليم الناس فيجهر ليتعلموا فإذا تعلموا وكانوا عالمين أسره
Terjemahan: Para ulama dari mazhab Syafi'e (ash-haabunaa), berkata: Zikir dan doa setelah solat, disunnahkan supaya dilakukan dengan merendahkan suara, kecuali apabila dia seorang imam yang hendak membimbing (mengajar) orang lain (para makmum), maka dibolehkan untuk mengeraskan (menguatkan) suaranya, supaya mereka semua dapat belajar darinya, dan apabila diketahui bahawa mereka telah memahami serta sudah tahu (akan zikir-zikirnya), maka hendaklah dia kembali berzikir dengan merendahkan suara. (Rujuk: Imam an-Nawawi, al-Majmu' Syarah al-Muhazzab, 3/487)
wallahua'lam..
sekadar berkongsi dan menjelaskan mengikut sunnah :)
Waalaikumussalam,,
Insyaallah... Tingkatan orang bertaqwa itu adalah sentiasa mencari yang terbaik...
"Moga Allah pelihara"
Ad - Dien:-
Assalamualaikum,,
Jazakallah untuk penambahan. N3 saya menjadi lebih bermakna dengan perkongsian ilmu ini.
"moga Allah kasih"
Salam 2. Peringatan buat diri saya juga. Perubahan di tangan kita dengan izin Allah.
"Moga Allah kasih"
(Al-A'laa 14-15)
sm0ga tr0s istiqamah..=)
~ sharing is caring..(^_~) ~
Senyum itu sedekah... (^-^)y
Permata Agama:-
Jazakillah untuk sedikit perkongsian bermakna di sini...
~caring is loving~
Insyaallah... (^-^)y
"Moga Allah kasih"
1.tilawatul quran
2.taklim rumah , taklim masjid dan taklim infaradi
3.3 tasbih setiap pagi dan petang
-maulana zubir
http://adamros.blogspot.com/
beramal itu mudah, namun utk istiqamah itu lebih sukar. Persekitaran byk membantu, jadi harus pandai memilih shbt.
manusia sukar mengingati Allah di kala mereka senang. apapun, moga kita sentiasa berusaha menghidupkn hati kita agar sentiasa ingt Allah.
p/s : lama juga rumah tua berhenti menulis kali ini.
Syukran untuk perkongsian.
"Moga Allah kasih"
Muhammad Adam bin Roslan:-
Insyaallah ^^,
Salam ,
Betul. Sahabat antara orang yang kuat pengaruhnya. Sahabat yang paling baik ialah apabila kita melihatnya kita teringat akan Allah. Kan... Insyaallah, mudah - mudahan Allah pinjamkan sedikit daripada kekuatanNya untuk kita beramal.
Al - Mu'allim... Sharp! Hari ni jugak saya menulis. Yelah kan~~ Mana boleh yang baru belajar nak jadi cikgu lagi sibuk dari yang da jadi cikgu.