Skip to main content

.:: NuR ::.


Assalamualaikum,,,

Moga-moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita.
Kerana kesihatan itu nikmat yang paling besar setelah iman.
^^,

----------------------------------------------

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

----------------------------------------------

Pesan.
Peringatan seseorang buat diri ini,

"Perasan tak... Allah jadikan setiap amalan keranaNya itu mengandungi nur. Jika amalan itu kita laksana, pasti nur itu terbias pada wajah kita. Andai kita tidak memelihara keadaan nur itu. Pasti ia akan hilang." 


"Nak kekalkan nur tu jangan lupa, jaga pandangan. Jangan biarkan ianya memandang kepada bukan milik kita. Bukan mahram kita. "


Dengan nada yang sama, 
sambil menambah pesanan,
Lebih kurang begini,

"Tapi jangan pula beramal kerana nur itu, beramallah kerana DIA yang satu"

----------------------------------------------

.... Hem ....
Terfikir-fikir apakah nur itu mengenali wajahku...?

----------------------------------------------
Tak dapat bergamba depan2,
Yelah, abahkan paling handsome!
Bergamba dari belakang dengan abah pun jadila...
^_^

----------------------------------------------


Selingan (Cinta).
Kata umi, romantik abah untuk umi.
Bia orang lain tak nampak.
Yang penting both of us tahu...
Hee...
Sweet kan?


----------------------------------------------


(^___^)y : "Macam-macam hal la cik iqa kali ni..... Hik3"
   

Ditulis di,

Comments

Abd Razak said…
السلم عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah sihat, terima kasih mendoakan..

Hati perlu digilap dengan sifat ikhlas dan patuh akan perintah Allah, nescaya Allah akan menghiasi zahir diri kita dengan nur dan mujahadah.
RuMaH TuA said…
Abd Razak :-

Waalaikumussalam...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Ya... :-)

Arroja'u ma qoranahu amal. Wailla, fahuwa umniyyah.
" pengharapan yg sebenar adlah yg dsertai dgn amalan. Jika tidak, maka ia hanya sekadar angan2 "

Belajar ikhlas ya Baitilatiqa!

Moga Allah kasih.
~kueh~ said…
waalaikumussalam..
amin INsyaAllah.
Alhamdulillah, akhirnya..^-^

menjaga pandangan..
jangan dipandang ringan..
mungkin kerana salah kerlingan..
boleh jadi dosa ringan..

ngehehe:D

"oh nur Ilahi... cahayakanlah wajahku ini..:)"
Moga Allah pelihara nur kita..:)

p/s : qa, org yang name die xde 'Nur' kat depan, kira ada nur x?hehe (sesaje tanye!:P)

Luv U <3
insan_marhaen said…
InsyaAllah, moga2 sentiasa dituntun untuk menjaga pandangan..
RuMaH TuA said…
mkueh :-

amboi.....
Akhirnya ek.. (mcm perli jee...) ^^,

Perintah menjaga pandangan pun Allah letakkan dalam surah an-Nur... Kan...

Takde2... Terutama Ku Fasehah. Hik3
Sesaja jawab! Hoho

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
c'jai :-

Nsyaallah...
Jaga pandangan hati pun turut terjaga...

:-)

Moga Allah kasih.
ain soofiyah said…
sweet.. brusaha nk jga pandangan..=D
RuMaH TuA said…
ain soofiyah:-

Hik3 usaha tangga kejayaan. Chewah!

Moga Allah kasih dirimu. :-)
nz said…
nice to know ur blog :)

tulisan kamu menarik, fun to be read ;)
RuMaH TuA said…
november zulu:-

nice 2 've u here... :-)
Jzkk...

Moga Allah kasih.
fuad ansari said…
memakai purdah juga, ada 'nur'nya yang tersendiri...

kata orang, 'nur' itu bersinar2 seperti cahaya mutiara yg tersimpan rapi.. (",)
RuMaH TuA said…
Fuad Ansari :-

Menjadi musafir dalam pencarian nur itu... :-)

Didunia lagi, org banyak beramal terserlah nur mereka... Pandang wajah mereka pun, hati tenang dan gembira ingat Allah... Kan...

Moga Allah kasih.
Menusuk Hati said…
apabila kita berjaya menjaga pandangan kita atau beramal lebih berbanding orang lain,kita akan perasan bahawa diri kita mempunyai lebih "nur" berbanding orang lain maka itu sangat bahaya..uhuk
cemburunya sy tgk peribadi ayah awk.....kami penah jumpe kat masjid seri petaling tah2..lg satu awk ada ayah lg...
bizaizam said…
Tazkirah pertama..terima kasih.
RuMaH TuA said…
Menusuk hati:-

Ya. Bahaya.
Walau bagaimanapun, DIA juga letakkan bagaimana cara menebas lintasan hati itu.
^^,

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
BSF:-

Myb... If n only if awak selalu ke sana... ^^,

*jgn sedih2..

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir Batin.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
bizaizam:-

Terima kasih kembali kerana membaca. (^_^)

Moga Allah kasih.

Popular posts from this blog

Hijrah yang tak pernah henti.

Assalamualaikum, Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya. -------------------------------------- Perasaan. Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu. Bergelar isteri hampir 8 tahun. Bergelar ibu kepada anak-anak. Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun. Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu. Juga menantu sejak 8 tahun lepas. Ya, aku berbeza kerana komitmen itu. Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah.  Perasaan itu harus berubah.  Kematian itu paling dekat.  Itulah komitmen sebenar.  Terhadap Tuhanku. Allah. ------------------------------------------------ Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini. Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring

.:: MiNuM cArA SuNnAh ::.

Bismillahirohmanirrahim... Peringatan buat diri sendiri & juga sahabat - sahabat... "Tiada kejayaan yang paling sempurna melainkan dalam Sunnah Rasulullah s.a.w" Setiap pekerjaan yang dilakukan mengikut Rasulullah, pasti ada kejayaan yang Allah janjikan di dalamnya. Setiap hari, setiap dari kita akan minum air. Terutama setiap kali selepas makan. Betul tak? Jadi, Insyaallah sama - sama kita cuba minum dengan cara bagaimana Rasulullah itu minum. Sebaik - baiknya kita minum 15 - 30 minit selepas makan. (supaya mudah cerna makanan yang kita makan tadi kerana kalau kita minum terus, enzyme tadi akan pergi bersama air) Apabila kita minum, peganglah cawan kita tu dengan tangan kanan. (Pegang gelas/cawan dengan tangan kanan, jari kelinking dibawah) Sebelum minum juga, pastikan kita melihat ke dalam minuman kita, takut - takut kalau ada apa - apa ke... Jika ada lalat, tekan dahulu lalat tersebut ke dalam air, kemudian baru dibuangkan. (kerana sayap kiri lalat membawa penyakit, ma

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? Sebenarnya kalau tak mamp