Assalamualaikum,,
Alhamdulillah, masih diberi kehidupan untuk meneruskan perjuangan dalam menyampaikan agamaNya. Semester baru telah bermula. Bertemu kembali sahabat - sahabat seperjuangan setelah lebih kurang sebulan bercuti. Macam - macam cerita ada. Kelihatan ada yang sizenya 'bertambah' & ada 'berkurang'... (^-^)y Yang pasti semua umur da 'bertambah'. Harapannya, moga - moga amalan kita semua juga 'bertambah'.
-----------------------------------------------------
Ke arah kebaikan.
Dalam kehidupan, seharusnya kita belajar bagaimana bertolak ansur dalam usaha menjadi lebih baik. Orang yang tahu bertolak ansur menampakkan diri dia menghormati orang lain. Perasaan hasad dengki juga dapat dielakkan kerana Allah telah suburkan rasa kasih dan sayang dalam diri bermula dengan sedikit tolak ansur itu tadi. Ketahuilah bahawa seseorang tidak dapat mencapai hakikat kesempurnaan iman selagi mana dia tidak mencintai sesama saudara seislamnya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sabda Rasulullah,
"Hasad itu dapat makan kebaikan, sebagaimana api makan kayu."
(Hr. Ibnu Majah & Abu Daud)
Seharusnya diri kita dikuasai oleh iman bukannya nafsu. Kerana iman itu menyuruh kita ke arah kebaikan dan menolak kita daripada melakukan kejahatan. Dengan berpandu iman, tujuan kehidupan kita menjadi jelas. Kita akan berusaha untuk memastikan kita memiliki sebuah jalan kehidupan yang sempurna untuk menemui Allah. Insyaallah, kita tidak tergelincir daripada landasan keimanan selagi mana kita bawa cara hidup orang yang Allah telah janjikan kemenangan.
-----------------------------------------------------
Budak hostel.
Kalau tak pandai bertolak ansur, memang menyusahkan orang lain terutama mereka - mereka yang bergelar budak hostel. Yelah, banyak benda yang perlu dikongsi bersama. Tandas, ampaian, bilik, pantry, mesin basuh, & macam - macam lagi. Jangan la pulak kita pandai - pandai buat macam harta sendiri. Isk3 Macam saya sendiri, kadang - kadang rasa macam semua benda nak bawa kat hostel ni, senang. Tak perlu berebut - rebut, yelah ada masa makan hati jugak bila ada yang potong q. Bila difikir - fikir time ni la nak belajar ikram, khidmat, sabar. Ikram orang lain untuk tarbiah diri kerana khidmat dapat mewujudkan sifat tawadhuk dalam diri.
-----------------------------------------------------
Pengalaman.
Kehidupan berkeluarga lagi - lagi menuntut toleransi. Tambah - tambah kalau menerima kehadiran orang baru. Sementara nak menanti ke serasi tu, macam - macam nak kena belajar dan faham. Bercakap soal ini, saya banyak belajar melalui pengalaman orang lain. Melihat kepada pengalaman - pengalaman ahli keluarga saya sendiri. Cara kami dibesarkan dengan dia (orang baru) dibesarkan tak sama. Kamilah yang perlu banyak berperanan dalam belajar untuk memahami.
-----------------------------------------------------
Bagi anda yang sudah beristeri atau baru beristeri atau akan beristeri, belajar - belajarlah untuk bertolak ansur dengan mereka. Jangan nanti nak ikut kepala sendiri sahaja. Bincang dulu apa - apa pun. Andai anda sudah punya keputusan sendiri hakikatnya, pandai - pandaila berlakon seolah - olah keputusan anda itu dicapai setelah berbincang. Orang perempuan ni suka bila dihargai. Ini tidak, berdasarkan pengalaman orang yang hampir dengan saya sendiri.
Dia seorang perempuan berpurdah, yang mana pada hari perkahwinannya suami yang baru menikahinya tadi telah membuat permintaan agar membuka purdah sewaktu ke majlis menyambut menantu. Tambahnya lagi, sekali ni sahaja. Katanya, belajar ikram dengan keluarga. Alahai... Seharusnya, anda yang belajar dan faham isteri anda. Bertahun - tahun sebelum ini, itulah pakaiannya. Jiran sebelah rumah pun tak pernah tengok, tup - tup satu hari sekampung punya rezeki. Andai belum bersedia punya isteri yang berpurdah, mengapa memilih dia yang berpurdah?
-----------------------------------------------------
Kali ini, bunyinya seakan - akan saya menjadi pembela nasib perempuan pulak. (^-^)y Yelah, saya perempuan. Chewah! Sudah tentu saya bercakap bagi pihak perempuan. Ye tak? Mari sama - sama belajar didik hati. Sebut pasal didik hati teringat pulak cerita hari kelmarin. Lebih kurang dua jam menunggu. Boleh tahan tu. Dua jam tu sebenarnya tempoh Allah beri supaya saya dapat didik hati untuk sabar. Kan2... Syukur alhamdulillah. Allah hantar Ryhan untuk menceriakan saya. (^-^)y Nampaknya, n3 kali ni agak panjang. Kuang3
Firman Allah,
dan sesungguhnya Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah An-Nahl:96)
Ni kes lama sangat menunggu... Kufashe sengeh2 pasal hati da terdidik tu... Ekeke... |
Comments
hee. bab hostel memang selalu menguji hati. makan hati pun selalu jugak. betul la kan. bila lagi nak didik hati kan. time tu la nak uji hati sendiri.
p/s- sape lagi nak bela nasib kaum sendiri kalau tak diri sendiri. hee
sama ada mahu sedar @ tidak je..
"& sekiranya mereka tetap berjalan lurus di atas jln itu (agama islam), nscaya kami akan mencurahkan kepada mereka air yg cukup". (72:16).
*andai belum bersedia, jgn pula menzalimi org lain*
p/s-alhamdulillah, Allah beri peluang utk hati ini dididik sama^__^
Moga RT sihat hendaknya atas kurniaan~Nya..amin
Hati bagaikan cermin bagi diri kita. Ia perlu digilap sentiasa agar pancaran cahayanya kian bersinar cemerlang. Alpa dalam memerhatikan 'soal hati' akan mengakibatkan mata hati menjadi buta dan sirna dari cahaya hidayah. Hati yang dicerap cahaya Ilahiyah akan sentiasa memuncakkan kecintaan dan kerinduan hakiki.
Waalaikumussalam,,
Itula pasal, sampai kadang - kadang tak ada hati nak makan hati da... (^-^) Sama2 belajar sabar. Keh3 kadang memang perlu bias gender ni... Ek!
"Moga Allah kasih"
Syaheedah:-
Ya.. Setiap yang berlaku itu tidak dengan sia - sia. Pasti ada sesuatu'... Buka mata hati untuk melihat andai mata da tak mampu untuk memandang...
*Betul... Bukan semua lelaki mahu isteri berpurdah... T8 note! ^^,
(^-^)y = Alhamdulillah...
Waalaikumussalam,,
Amin~~~ Rumah Tua da jadi RT... Ek!
2 3 kali baca komen en. Razak baru faham sepenuhnya. Penuh makna. Nabi ada memberi perumpamaan dalam soal hati ini. Sabda baginda, "Perumpamaan hati itu seperti burung pipit yg dapat berpindah - pindah pada setiap saat"
"Jom2 gilap hati"
dapat sesuatu.. semoga dapat dimanfaatkan dalam hidup.. syukran atas perkongsian (^,~)
Hee~~~
Boleh masuk contest senyuman colgate... ^^,
Gambar dengan ryhan, ida, madu 1 awak ada juga tapi untuk n3 len t... Keh3
"Ada org terdidik atas katil"
Cik Atin:-
Alhamdulillah... Sama - sama berkongsi...
"Moga Allah kasih"
banyak ayat blh wat dgn kata kerja ni. tapi didik hati tu la nak kena kita jage setiap masa..:)
ehem.
dua2 'org' dlm gambo tu ada senyuman terdidik..cuma beza nya nampak dan xnampak jee..heheh:P
'semoga kita terhindar dari segala sifat mazmumah'
amin3 ya Rabb.
~~,
p/s: hati kalau terdidik, tunggu 2 jam pun boleh tersenyum lagi kan.. (",)
jangan kau nodai..
jagalah hati...
lantera hidup ini....
Andai belum bersedia punya isteri yang berpurdah, mengapa memilih dia yang berpurdah?(like)
Jawapan:Kalau belum bersedia nak didik hati,kenapa memilih si dia yang kurang fahaman agama?
P/s:hati kena didik lagi dan lagi...sampai kita tiada lagi...
(meneliti cr rasulullah melayan jiran semoga kita sentiasa berusaha meneladani kekasih ALLAH)
Amin~~~
Syukran kasi pinjam laptop untuk reply komen sini... Iqa senyum orang lain tak nampak, tapi ku nampak iqa senyum... 2 yg penting...
Kan2~~~~
"Moga Allah Kasih"
Bulan Syurga Firdausi:-
Amin~~~ Moga Allah pelihara kita.
"Moga Allah kasih"
Benar. Setiap apa pada kejadianNya itu pasti ada hikmah. Kan~~~ Allah... Senyum ada makna tu en. Fuad...
"Moga Allah kasih"
Egg Head:-
Kalau belum bersedia nak didik hati, itu tanda kita sendiri kurang dalam pemahaman agama. Tak gitu En. Ab Jabbar? ^^,
"Moga Allah kasih"
Kak nis tak de berebut ampaian dengan iqa... Berebut dengan mek mu tu ada la... kan2! Dia 24jam basuh baju... Ekeke... Nsyaallah, sama - sama membina titian kasih.. (ecece...) (^-^)y
"Moga Allah pelihara"
Halaqah ipg :-
Sentiasa mencari pilihan yang ketiga... ^^,
"Moga Allah kasih"
Hee~~~ Akak tolong diba dari belakang.. Amacam? (^-^)y
Farahin ni spa pulak?
"Moga Allah cinta"
sbb tu la kena wat lg dan lg pengorbanan...
org jerantut memang kuat korban....baru nie keluar dgn atok arif syura jerantut....memang korban punya org...masyallah~~~
Aiyak! Macam mana bole ad bunyi 'jerantut' ni...