Skip to main content

.:: HaMpiR ::.

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah, syukur kerana punya kesempatan untuk menulis sesuatu di sini. Mukadimah yg lebih berhati-hati. 

-----------------------------------

Hampir.
Insyaallah, sedikit perkongsian pada petang ini tentang adab. Sekadar memetik salah satu sunnah Rasulullah ketika makan. ^^, Apabila kita makan, hendaklah mengambil makanan yang berhampiran terlebih dahulu.

Sabda baginda,

يا غلام سم الله, وكل بيمينك, وكل مما يليك

“Wahai budak, sebutlah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu dan makan makanan yang paling hampir denganmu"
(muslim)

Andai waktu sedang mula makan, tangan anda yang cumil itu tiba-tiba terangkat & terniat untuk menjangkau jauh ke seberang, cuba bayangkan rasulullah menegur anda dengan kata-kata itu. Insyaallah, secara automatiknya tangan itu terpelihara & berpahala. Kan?~~


-----------------------------------

Budak Baik.
Teringat satu peristiwa ketika keluar jemaah masturat. Salah seorang anak tuan rumah yang berusia lebih kurang 5 tahun bercakap dengan kita-kita yang sedang bersidang makan tengah hari waktu itu. 

Katanya, 
" Ya Allah! Ya Allah! Kau hantarlah buah kat hujung sana tu ke sini (tak silap, buah anggur kot)" 

Waa... Sweet!! Ini baru pendakwah sebenar. Tak sampai beberapa saat pun Allah gerakkan hati makcik sebelah buah tu untuk pas kat dia. (^_^)


-----------------------------------

Tingkap.
Macam manala makan waktu pakai tingkap muka?~~~

Macam awak-awak makan la... & Alhamdulillah, setakat ni masuk lagi ke mulut. Belum pernah terlajak or tersesat masuk ke lubang hidung. Hik3 (^___^) 


Yang ni, semua hampir~~~


"خير ما تطلبه منه ما هو طاالبه منك"

~~Perkara terbaik yg kamu tuntut daripada Allah ialah apa yang Dia tuntut daripadamu~~


(^_^)y :- "Kita kalau beli lembu, dapat dengan tahi-tahi lembu sekali, tapi kalau beli tahi lembu, yang itu jela dapatnya." Ok? Faham ka?


Ditulis di,

Comments

Adibah Ishak said…
tersenyum ketika membaca entri nie...hehe
RuMaH TuA said…
Adibah ishak :-

tersenyum juga tika membaca komen diba...

:-)

Moga Allah kasih.
kinakona said…
Alhamdulillah Allah bg faham,insyaAllah moga dpt amal.

p/s: sgt terkesan dgn cerita bdk berusia 5 thn itu. MasyaAllah pasti didikan ibubapanya hebat.
Abd Razak said…
Assalamualaikum..

Ketika makan kita ikut semua sunnah yang Nabi ajarkan maka perut yang lapar akan jadi kenyang dan roh kita terisi dengan pahala sunnah yang kita amalkan.

Begitulah yang dapat saya faham tentang bahasa kiasan di akhir kalam tu...
RuMaH TuA said…
anakayah:-

Alhamdulillah Allah bagi ilham dan faham...
Ya... Kanak2 tersebut telah dididik dgn didikan sunnah. Amalan rumahnya juga seperti amalan madrasah. :-)

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Abd Razak :-

Waalaikumussalam...

Tahi lembu itu dunia yg tidak punya apa2... Lembu pula akhirat kita. Andai kita mengejari akhirat, nescaya dunia mengekori... Andai pula dunia yg dicari, hanya itu kita miliki...

:-) ok?

Btw, faham en. Razak dalam bentuk yg berbeza tetapi maknanya sama. Sunnah itu kejayaan. Akhirat itu lebih bernilai.

Moga Allah kasih.
Egg Head said…
ninja skrng dah moden la..pakai baju warna warni.hitam ada,putih ada,biru ada..huhuhu...ninja dulu pakai hitam jak....

ninja mana lagi power ya???
kinakona said…
Aah pernah jgk nk tanya kak atiqah. Bole eh pakai warna2 terang mcm tu sbg seorg wanita berpurdah? Sy tk berani. Pd sy masturat itu tertutup dan jika dgn warna2 terang dan garang mcm tu(garang tu sbb pernah nmpk kak atiqah pakai warna merah) rasa sy takut makna masturat tu dah hilang,malah lebih menjadi perhatian.
Heh afwan,bkn berniat nk suka2 hati menegur,cuma kurang setuju.
RuMaH TuA said…
egg head:-

of coz la ninja hitam...

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
anakayah:-

Syukran2 ya Allah... Akak menerima dengan hati yg lapang dengan teguran ini. Doa mudah2an akak yang lemah dan hina ini berubah ke arah yg lebih baik. Doa supaya akak tidak terus menjadi fitnah pada masturat2 yg lain. Doa supaya akak berkorban lebih supaya faham agama lebih.

Moga Allah kasih dirimu.
kinakona said…
Sebenarnya korban akak lg tinggi dari sy. InsyaAllah org yg byk korban Allah jadikan asbab hidayat bkn sebaliknya. Moga Allah sentiasa kasih pd akak yg berusaha sungguh2 dlm membantu agama Allah. Doakan utk st juga supaya terus dpt istiqamah diatas jlnNya. InsyaAllah
Egg Head said…
moral of comment..jadi la ninja hitam...horhor...more power n nampak lg garang kot..woha~~~~
RuMaH TuA said…
anakayah:-

Minta doa pada mereka yg selayaknya...

Moga Allah kasih.



Egg head:-

Insyaallah en. Jabbar...

Moga Allah kasih.
kueh said…
nampaknya kueh TERlewat komen kat cni..^_^

yup. ambil mknan yang hampir dgn kita terlebih dahulu..(tapi kdg2 kite tERlupa menjamah mknan yang jauh dlu sbb yang jauh tu nmpak lg sodap..ewah:P)

*kita jgn terlalu mencari kelemahan orang lain sehingga kita lupa bahawa kita juga ada kelemahan..kita xtahu, tapi Allah tahu. ade ketikanya, soalan2 yang boleh dikira memprotes personaliti orang lain, tidak perlu dibahaskan. bukan kah melihat 'apa yang hendak disampaikan' itu lebih PENTING berbanding melihat kepada org yang menyampaikan.*

~sekadar berkongsi pandangan~

jadi, jom amalkan sunnah dari sekecik-kecil sunnah ke sebesar-besar sunnah. ^_^y.

moga Allah kasih iqa shbtku:)
Angah Rahim said…
Salam....

wah, alhamdulillah entry yg pnuh manfaat buat diri yg membaca..teringt zaman kcil2 plak..hehe..
^^

Ad yg bertye cmner mereka yg brpurdah makan?? emm...biarlah masa yg memberi jawapn itu kpd kite kelak. ^^

Selagi kite tidak mengalami sesuatu perkara, kita xkn tahu macam mna cara kite nk menghadapinye..
lain org lain caranya,ingatlah yg menilai bukan kita tetapi Allah..kita hidup untuk Allah bkn hidup untuk jadi perhatian org...

p/s: ade sesetengah perkara xperlu diluahkn secara terbuka , cukuplah sekadar memperingati dri sendiri..

MOga Allah berkati Rumah Tua selalu!! ~(>_<)~
RuMaH TuA said…
kueh:-

Hee~~~ Yg jauh nampak lagi sedap... Lepas ni kita-kita pun kene buat macam budak tu. Minta dengan Allah. kan2~~~

*wow! Mara nampak... (^___^). Perkara biasa cik Ku Fasehah ea... Doa supaya Baitil Atiqa berubah menjadi lebih baik. lebih baik. & lebih baik.


jom2! Dari tidur hingga tidur semula~~~~~


Moga Allah kasih dirimu juga sahabatku. ^^,
RuMaH TuA said…
Angah:-

Salam ila...

Kecik2 ila budak nakal ke baik? Hee~~~ ^^

Waa... Macam mana masa nak kasi kita jawapan. ting2! ^^,


Ya.. Hidup keranaNya. Hidup untuk capai redhaNya. Hidup untuk kurniaNya. (pelihara hati) kan~~~


p/s: Iqa muhasabah diri. Doa iqa supaya menjadi orang baik2 kerana diri ini ingin merasa bagaimana yg baik2 itu. ^^,

Moga Allah kasih cik Ila.
SyaheeDah said…
قل ما تكون الواردات الالهية الا بغتة صيانة لها ان تدعيها العباد بوجود الاستعداد
-tidak terjadi warid(kurniaan) yg langsung dr Allah kecuali secara mendadak supaya tdk didakwa oleh para hamba bhwa dia menerimanya kerana ada persiapannya.-alhikam,ibn atho'illah.

sunnah itu bukan dikira pd ukuran kecil@besar, tp pd sejauh mn komitmen kita pdnya.kan?

*ada org tu promote mtk ida komen kt sini-kredit buat cik ku,hehe.
tp idea tersekat plak.huhu.

ala kulli hal..
...وفي كل خير...^__^
Yildirim Fateh said…
zaman kecik2 mcm nie lah, yang jauh diambilnya dulu.

bila tengok budak2 kecil buat perkara ini tersenyum seorang diri.
Ayuni said…
Assalamualaikum, sye dpapti blog ini unik....
Noorieda said…
Assalamualaikum wbt..

Ehehhe...saya pernah tertanya2, macam mana la wanita yang pakai purdah ni makan di khalayak ramai ye..? mesti cumill...heheh..;)

Menarik entri ni....budak tu mesti cumeyy kan..? hikhik..;)

Salam ukhuwah akak..;')
ya Allah lame rase nye x singah bace entry kt cni :)
fuad ansari said…
yang dalam gambar tu, semuanya hampir ape?? (",).. hampir kawin erk.. hehe..

saya suka datang kenduri yg mana tetamu2nya adalah yang berkopiah dan yang terdiri dari golongan ninja.. lain macam rasa bestnya..
tak tau lah kenapa.. mungkin ada aura kebaikannya kot.. terasa lebih barakah majlis tu.. (",)
RuMaH TuA said…
syaheedah:-

Subhanallah...

ان أردت أن يكون لك عز لا يفنى, فلا تستعزن بعز يفنى

"Jika kamu ingin mempunyai kemuliaan yang berterusan dan tidak akan habis, maka janganlah kamu mencari kemuliaan dengan kemuliaan yang akan habis dan musnah."
(juga ibn 'atho'illah)

Syukran untuk segalanya. & Segala milikku adalah milik Allah.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
shairazi sharizan:-

Ya... masa yang tak akan pernah kembali...

Insyaallah, didik anak cara sunnah. Pastikan mereka tidak melalui pengalaman yang telah kita lalui. *ting2

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Ayuni:-

Terima kasih. Datang ziarah sini lagi... (^-^)

Moga Allah kasih.



Noorieda:-

waalaikumussalam...

Kalau tak kene gayanye... bukan cumil lagi dik.. Da jadi cumot! Hik3

Budak tu cumil sangattt, lebih2 lagi setelah dihiasi dengan akhlak Islam....

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Bulan Syurga Firdausi:-

Alhamdulillah, sekurang2nye sampai juga di sini.. Kan~~~

Moga Allah kasih.



Fuad Ansari:-

Allah En. Fuad... Len pula kefahamannye... Hampir dengan makanan... Hik3 yelah, gambar orang tu lagi besar dari gambar makanan 2... *tak patut2... Kan~~

Suka juga ke majlis begitu. 'selamat' dari semua segi... Ye x?


Moga Allah Kasih.
Anonymous said…
Amik makanan pun pakai sarung tangan? tak kotor ke klau kuah terkena kat sarung tangan tu. Tapi best la tengok niqabis ni bersarung tangan, terasa lengkap semuanya. Nampak lawa. Best ke pakai sarung tangan?

Popular posts from this blog

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...