Assalamualaikum,,,
Insyaallah, sedikit perkongsian pada kali ini. Sebelum itu, apa khabar semua? Mudah-mudahan dalam rahmat serta lindunganNya.
-------------------------------------------
PandanganNya.
Kita adalah yang dicipta. Dia adalah yang mencipta. Oleh itu, sudah tentulah Pencipta lebih mengetahui tentang apa yang diciptaNya.
Beringatlah, kita ini sentiasa berada dalam pengawasanNya. Dan kita tidak akan pernah dapat bersembunyi daripada pandangan Dia. Sesungguhnya Dia Maha Melihat.
-------------------------------------------
Sejauh mana rancangan-rancangan rahsia kita dapat dirahsiakan? Sedangkan Allah bersama kita ketika kita merancang sesuatu perkara itu. Walau sekecil-kecil rancangan.
وَكَانَ اللَّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطًا
Dan adalah Allah Maha Meliputi (ilmu-Nya) terhadap apa yang mereka kerjakan.
(An-nisa' 4: 108)
-------------------------------------------
Sedar Diri.
Oleh itu, sedar diri. Sedar diri yang kita ini hamba kepada Allah yang mencipta. Hamba. Makanya, bersifatlah dengan sifat layaknya buat seorang hamba.
أدب العبيد تذلل
"Adab bagi para hamba itu kehinaan"
والعبد لا يدع الأدب
"Dan hamba itu tidak patut meninggalkan adabnya"
-------------------------------------------
Pesta Buku.
Alhamdulillah, ahad lepas berkesempatan ke KLIBF12. Alhamdulillah, dapat membawa pulang beberapa buah buku. Jalan punya jalan, macam-macam dapat. Singgah di booth Hijaz Record dapat ulasan free tentang perpaduan ummah. Kan Ku?
Jalan dan singgah pula di satu booth belakang booth Hijaz. Sempat diskusi tentang Jemaah Tabligh dengan seorang brother. Brother ni ada salah faham sikit dengan usaha atas iman ni walaupun dia sendiri duk bawa usaha ni. (kesian + sedih).
Moga Allah pilih saya & dia untuk terus keluar dan tambah korban agar bertambah kefahaman. Amin amin ya Allah.... & lagi satu tak lupa syukran juga buat brother ni kerana menghadiahkan sebuah buku untuk diri ini.
Semangat.
Peluang bertemu dengan penulis seperti Dr. Awisul telah memberi semangat untuk menghabiskan buku yang sedang dikarang. Yelah, dalam sibuk-sibuk dia merawat pesakit pun, 15 tahun diambil untuk menghasilkan sebuah buku Seharum Kasturi Putih (suka duka dalam dunia medik). Usaha ya Baitil Atiqa!
(T_T):-
Moga Allah pilih saya & dia untuk terus keluar dan tambah korban agar bertambah kefahaman. Amin amin ya Allah.... & lagi satu tak lupa syukran juga buat brother ni kerana menghadiahkan sebuah buku untuk diri ini.
-------------------------------------------
Semangat.
Peluang bertemu dengan penulis seperti Dr. Awisul telah memberi semangat untuk menghabiskan buku yang sedang dikarang. Yelah, dalam sibuk-sibuk dia merawat pesakit pun, 15 tahun diambil untuk menghasilkan sebuah buku Seharum Kasturi Putih (suka duka dalam dunia medik). Usaha ya Baitil Atiqa!
(T_T):-
" !واسوأتاه منك, وإن غفرت"
"hina dan buruknya diriku di sisiMu sekalipun Engkau mengampunkan aku"
Comments
Alhamdulillah saya sihat, moga ika pun demikian juga halnya...
Kewaspadaan yang kuat terhadap pengawasan Allah dan mengetahui bahawa Allah mengawasi hati dan amalan para hamba, serta mengetahui mereka di manapun berada. Orang yang sedar bahawa Allah melihat~Nya di manapun berada, mengetahui dirinya secara lahir dan batin, mengetahui yang tersembunyi maupun yang nampak, dan ia mengingat hal itu saat menyendiri, maka ia akan meninggalkan maksiat dalam ketersembunyiannya.
Waalaikumussalam...
Alhamdulillah... Syukran atas doanya...
Ya... Taqwa itu juga melihat kpd apa pd diri tika bkn dalam penglihatan makhluk. Andai Allah yg diingini pasti dan pasti kita ini terjaga meskipun dalam atau luar pada pglihatan selainNya. Andai pula manusia yg dicari pasti hanya tika dia itu melintasi.... :-)
Moga Allah kasih.
Sangat cemburu akak melihat longgokan buku yang dapat di miliki oleh tuan rumah.
Sangat terasa juga bila duduk di sabah ni harga buku lebih mahal dan tidak banyak pilihan.
Malahan majalah yang selalu di beli ketika waktu study dulu pun di naikkan harganya 3x ganda oleh peniaga di sini dengan sesuka hati sampai akak berfikir tidak berbaloi untuk membelinya setiap bulan..huhu
Waalaikumussalam...
Iqa memang tgu2 stiap thn nk borong kat sana... Alhamdulillah dapat beberapa buah buku bacaan ringn2.... Hik3 buat bekal cuti 3mgu akan datang...
Allah... 3x ganda... Lari budget bulanan kak ey... :-) nxt year, pnjg umo akak kirim dgn iqa buku2 tym iqa p bukfair t. Byr on9... Ok x? Hik3... :-)
Moga Allah kasih.
*tiba2 berani nak komen lepas terserempak.hoho
Waalaikumussalam...
Ya... Taubat itu membawa kita lebih dekat kepadaNya....
La, da knl awat tak tegur... :-)
Mudah2an dia dan saya diberi kefahaman.
Kalau ada orang baca tulisan kita, hepi. Tp kalau ada yg baca dan komen sekali, lagi hepi. ^^,
(tinggalkan link agar mudah dijejaki)
Moga Allah kasih.
agaknya bila ada orang yg merancang yg bukan2 kalau jadi kaya, sampai ke sudah Allah swt tak bagi kaya.. apakah tandanya?? (",)
Ooo... Yg tu dr hijaz record. Mantap! Mesti baca dgn mata hati bukan minda emosi... :-)
Tanda sayangnya Dia pada kita... :-)
Moga Allah kasih.
Rasulullah SAW bersabda, "tanda cintakan Allah SWT ialah mengingati Allah (zikrullah) dan tanda Allah murka kepada hambaNya ialah dia tidak suka mengingati Allah ". (hadith Riwayat Baihaqi).
pesta buku :-
yup. betul2..
yang paling best dapat buku free..
hehe:D
ehem. bersungguh tol iqa mik tandatdgn dokter tu..
sumber inspirasi kan..hehe ^_~"
<3 u!
Jom2!
Betul... Cinta bukan sekadar dalam hati tapi mesti dibuktikan dengan amalan zahir... :-)
Wah2... Kalau yg free memang besh die lain sikit... Hik3...
1st cstmer doc 2 kan... Jgn mare... Nak pinjam boleh yang... Hik3...
Luv u 2. Moga Allah kasih.
dengan menjaga pandangan org islam pasti dapat menakluki dunia. sepertimana sahabat2 nabi saw mendapatkan baitulmaqdis. hanya dengan menjaga pandangan mata.
syukran... :-) jalan yg sangat cantik menuju Dia dgn memelihara pandangan. Pandangan yg zahir mahupun batin (bersangka baik).
Moga Allah kasih.
Nsyaallah... Nxt year panjg umur, doa Allah sampaikan kita sekali lagi ke sana.... Blh tambah lagi... :-)
Moga Allah kasih.
Allah... Tak rezeki nak bertemu la kita... Nsyaallah, tahun dpn pnjg umur kita plan sama2... Kotla ada peluang bertemu... :-) kan...
Moga Allah kasih.
sering bertandang ke sini.
Alhamdulillah coretan menarik hati.
ingin menjemput ke link ini http://mtaqtanwiriah.blogspot.com/2012/05/biarpun-rebah-madrasah-terus-bangkit.html
bukan blog ana, tetapi sekadar ingin berkongsi. Sama-sama kita membantu . InsyaALLAH.
Waalaikumussalam,,,
Alhamdulillah, datang lagi... (^-^)
Syukran kerana sudi berkongsi...
Insyaallah...
(kalau ad blog sndiri pun boleh share na..)
Moga Allah kasih.
Tak pe... Sementara duk sana baca yang sana banyak2... T da balik sini, staz baca yang sini semula... Kan? Allah.. 2-3 je? ingat tadi 4-5... ^^,
Insyaallah...
Moga Allah kasih.
Menyempat tambah.. ^^,
tetap semangat tinggi untuk jalani hari ini ya gan ! ditunggu kunjungannya :D
datang sini tgk2 member yang sealiran...tenang datang sini...
Moga ikatan ukhuwah yang terbina ini berkekalan....kepada rumah tua dan jugak member blog2 saya minta maaf andai ada tersalah kata ...
daripada mselim3.blogspot.com