Skip to main content

.:: HaTi RauDhaH 02 ::.


Assalamualaikum....

Semoga Allah permudahkan urusan kalian.
Insyaallah.

---------------------------------

"Hati raudhah menggamit cinta Ilahi"

-------------------------------

.ربما أعطاك, فمنعك
.وربما منعك, فأعطاك

Boleh jadi Allah memberi kepadamu (nikmat), 
Tetapi Dia menghalangmu (hidayahNya).

Boleh jadi dia menghalangmu (nikmat),
Tetapi Dia memberi kepadamu (hidayahNya).

-------------------------------

Perasan hebat.

Saat orang berbicara tentang agama,
dia merasa dia dalam kalangan mereka-mereka,

Saat orang berbicara pula tentang kekayaan,
dia juga merasa dia dalam kalangan mereka-mereka.

Lalu, di mana sebenarnya?
Boleh jadi tidak pada salah satu.
Tetapi di atas kedua-duanya.
Keinginan akan kemasyhuran.

-------------------------------

Angkuh.

Gembira saat kehebatan dirimu dibicarakan orang?

Orang berilmu ni kalau datang jahilnya,
Kadang lebih jahil dari yang jahil.

-------------------------------

Kerana pakaianmu.

Allah!

Konon kamulah muslim sejati.
Aurat sempurna ditutupi.
Tetapi hati?

-----------------------------

العمل لأجل الناس شرك
وترك العمل لأجلهم رياء

Beramal kerana manusia syirik.
Meninggalkan amalan kerana mereka adalah riyak.

----------------------------

Firman Allah,

وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan Allah adalah Pelindung & Penolong 
sekalian orang yang beriman"
(Surah Ali'Imran 3: 68)

--------------------------

Yang dikejar.

Kamu-kamu yang beramal.
Kamu-kamu yang mendalami agama.
Berwataklah selayaknya.

Hati raudhah yang diingini.
Bukan angkuh dengan kelebihan diri.
Bukankah redhaNya yang kita cari?

---------------------------



(^___^)y :- "Apa yang dicari tak jumpa. Apa yang ditemui tak sama. Tetapi yang ditemui seakan yang dicari. Kerana Allah!"

Ditulis di,

Comments

Abd Razak said…
السلم عليكم ورحمة الله

Moga sihat hendaknya dengan izin~Nya...aamiin

Hendaknya kita jadikan hidup ini kerana Allah nescaya kita akan dapati hidup ini terlalu indah.

Pekerjaan ibadah kita hendaknya semata-mata tertuju hanya kepada Allah dan ianya merupakan rahsia antara kita dengan~Nya dan jangan sekali-kali kita bercerita hal itu kepada sesiapa pun kerana perbuatan itu menyuburkan riak di hati.

Moga Allah kasih dirimu.

P/S : Belum sempat nak update blog kerana saya tak dapat duduk lama.
PeRdU cINta said…
tubuh dilitupi sebagai benteng memelihara maruah diri,,aurat suci...namun pakaian hati perlu juga sentiasa dicuci agar terhindar dari hasad dengki..siramlah jiwa dengan zikrullah..
kueh said…
Qa ~~
suka ayat ko ni :

"Apa yang dicari tak jumpa. Apa yang ditemui tak sama. Tetapi yang ditemui seakan yang dicari. Kerana Allah!"

errr...
nk komen kt gambar tu blh ?
hehe :P
byk borong barang kat pasar..kekekeke :D
*gurauan semata..jgn maraaa..

Luv u Fillah ! <3
Angah Rahim said…
Salam Rumah Tua:

Alhamdulillah, perkongsian yang cukup menginsafkan diri...antara benda yg ditakuti ialah syirik kepada Allah..samada jelas atau tersembunyi oleh gementarlah dan takutlah akan azab Allah kelak kamu ketika pujian itu melimpah ruah ke atas kamu kerana kemungkinan besar akan timbul perasaan itu (riak,ujub,bangga, bongkak)

Kadang-kala penampilan itu menggambarkan akhlak, kadang kala bicara kata menggambarkan malah personaliti itu menggambarkan akhlak jadi tampikanlah akhlak islam yang sebenarnya dan yang Allah suka

"Bila orang yang kita cintai, cinta kita balik bukankan itu satu nikmat?"

hehehe....
Cyg Iqa <3
Unknown said…
terima kasih kerana tak pernah jemu mengingatkan.

semoga kita sama2 sentiasa mempunyai hati yang suci, bersih.

ye nak jadi baik walaupun terpaksa berperang dengan perasaan sendiri.
#thelagidanlagi said…
Hendaknya dia menjadi watak selayaknya sebagai tholibul ilm.

Tapi mseh x bleh melepaskannya. maseh x jelas.
Bila agaknya boleh lepaskan maya blog ini.

Mohon targhib.
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Waaaikumussalam..

Amin. Amin. Amin ya Allah.

Hati kalau kerana semata Dia.
Insyaallah, hidup dalam rahmatNya.

اللهم أعني على ذكرك, وشكرك, وحسن عبادتك

"Ya Allah, tlglah aku utk berzikir, bersyukur & elok beribadah kepadaMu"

p/s:- Nak tanya sibuk dgn apa macam tak patt sgt. Apa-apapun didoakan agar Allah permodahkan segala urusan. :)

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Perducinta:-

Ya...
Sewajarnya sebagaimana zahir terlindung, sebegitulah batin terpelihara.
(^___^)y
Peringatan buat diri yg selalu alpa.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Kueh:-

Ku~~~
Kalau suka boleh ambik free...
Hee~~

Ehem! Org kalau faham ayat tu faham la dalam hati ni.
Ewah! Hik3

Buleh2...
Ermmm....
Borong sampai tak terborong.
Allah!

Moga Allah kasih dirimu yang disayangi. (^___^)
RuMaH TuA said…
Angah:-

Ila~~~~

Tarbiah hati untuk islah diri sendiri. Taqwa itu sebenarnya tika bersendiri. Allah...

Islam mudah & indah. Yg mudah sama dikongsi. Yang indah masih sama-sama mencari. ^^,

Bersyukur dgn nikmat. Hee~~~

Cayang ila... <3<3<3
Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Fauziah Mohamad:-

Terima kasih kembali kerana masih sudi kemari.

Amin~~~~ Amin. AMin ya Allah.

Mujahadah. Jihad memerangi nafsu sendiri.
Allah Maha Mengetahui...

Moga Allah kasih dirimu.
(^__^)
RuMaH TuA said…
Amer akat:-

Waalaikumussalam...

Insyaallah.
RuMaH TuA said…
#thelagidanlagi:-

Erm....

"Hendaknya dia menjadi watak selayaknya sebagai tholibul ilm."

Kedengaran dia seakan tarhib pula tuan rumah biarpun sepatutnya berbunyi targhib di situ. :)

Buat dia & tuan rumah.

الأكوان ظاهرها غرة, وباطنها عبرة

Moga Allah kasih.
Abd Razak said…
السلم عليكم ورحمة الله

Sebenarnya bukan kesibukan menghalang saya tapi saya mendapat kecederaan pada pinggang ketika berjogging sehinggakan saya tak boleh nak duduk pada mulanya. Kemudiannya selepas usaha dengan berurut, rawatan akupuntur dan berbekam, barulah ringan sikit rasanya.

Now alhamdulillah dah beransur baik..

:)
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Waalaikumussalam...

Allah...
Teruklah jugak kalau sampai tak boleh duduk.
Makan & sapu madu.
Insyaallah.

Agaknya asbab banyak fikir waktu jog sampai-sampai tercedera la en kot.. :)

Syafakallah...

Popular posts from this blog

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...