Skip to main content

.:: AdaB KeTiKa HuJaN ::.


Assalamualaikum...

Mudah-mudahan sihat.
Selamat dalam rahmat Allah.

-------------------------------------

Hujan dari Tuhan.

أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ
أَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ
“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya atau Kamikah yang menurunkannya?”
( Al Waqi’ah [56]: 68-69)




وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا
“Dan Kami turunkan dari awan air yang banyak tercurah.”
(An Naba’ [78]: 14)


--------------------------------------

Adab Ketika Hujan.


1) Ketika turunnya hujan, mari kita menadah tangan berdoa pada Allah kerana waktu itu mustajab doa.



2) Setelah itu kita boleh membaca doa ketika hujan.

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
"Ya Allah, jadikanlah ia hujan yg membawa manfaat.."
(Riwayat Bukhari)

Dan

apabila hujan turun dengan lebat, takut-takut akan menyebabkan kemudaratan,
maka Baginda mengajar sebuah doa lain,

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنا ولا عَلَيْنا
"Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan ke atas kami (yg membinasakan kami)"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




3) Mengambil berkah dari air hujan yang penuh rahmat.
Basahkan sedikit anggota. ( yg bukan aurat ek)
(^_^)





4) Berwudhuk dengan air hujan yang lebat.
Mesti ada antara kita yang tak pernah merasa berwudhuk dengan air hujan. Insyaallah, bolehla try lepas ni. Best tau!
Rasa kehebatan Allah.
^_______^



5) Jangan sekali-kali mencemuh atau mencela hujan.
Hujan yang penuh rahmat.

contoh ayat kita terganggu dengan hujan:-

 "Asyik hujan je. Nak ke mana-mana pun tak boleh"



6) Berdoa setelah hujan tanda kita bersyukur.
Membesarkan DIA yang menjadikan hujan.

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ
"Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah"

--------------------------------------

Mandi Hujan.

Kecik-kecik dulu, bila balik rumah nenek ada la peluang merasa mandi hujan.. 
Hee~~~ (^___^)  Pastu demam. Ek!#?!
Da besar ni, macam teringin pulak bila tengok hujan yang sangat cantik.


(^_^)y :- "Jangan mensia-siakan rahmat Allah"


Ditulis di,

Comments

PeRdU cINta said…
hujan itu satu nikmat..bersamanya ada banyak rahmat.. :)
RuMaH TuA said…
Perdu cinta:-

Ya.. Subhanallah!
Satu rahmat yg baru dicipta tika menimpa kita. Rasainya.

Moga Allah kasih dirimu.
Abd Razak said…
Wa'alaikumusalam..:)

ALhamdulillah sihat, moga dirimu juga sihat dengan izin Allah SWT..

Bila hujan suka dengar bunyi ia mengena atap dan segala yang ada di sekeliling lebih-lebih lagi waktu malam. Terfikir lak ia makhluk sentiasa taat dengan perintah Allah.

**Potong rumput dalam hujan pun pernah saya buat...seronok..:):)
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Amin ya Allah...

Makhluk yang sentiasa taat dengan perintah Allah. Datangnya pula bawa rahmat. ^_^

Bole tahan tu potong rumput dlm hujan. Hee~~~
Kalau iqa, setitis pun da bole demam. isk3 Tanda nikmat da dicabut sikit. Kan.

Moga Allah kasih dirimu.
Assalamualaikum....

Hujan rahmat...hujan barakah... :)
RuMaH TuA said…
M. Hafiz Akmal:-

Ehem!
Da andai ngomen2 ek.
(^_^)
RuMaH TuA said…
M. Sukri Supi:-

Waalaikumussalam...

Besar & luas rahmat yang dijadikan Allah. Mari merasa kebesaranNya.

Moga Allah kasih.
kembara hati said…
alhamdulillah suke dgn entry ni iqa..

dah tau adab2nye..lepas ni boleh la amalkan..hehe :)
RuMaH TuA said…
kembara hati:-

Alhamdulillah...
Hee~~~
Insyaallah.
Ilmu mmg dengan amal.

Moga Allah kasih. (^__^)
~kueh~ said…
subhanallah.
walhamdulillah.
Allahu akhbar !

tanda2 kebesaran Allah..
DIA yang menurunkan segala sesuatu..
pasti ada hikmah tertentu :)

ehem !
semalam hujan sgt lebat xhenti melanda bandar tepeng..masyaAllah :)

Popular posts from this blog

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...