Skip to main content

.:: KeBaiKan iTu DeMi KeBaiKaN ::.


Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga dalam pandangan rahmat Allah.
Harapan & pergantungan kita-kita,
hanya Allah....

---------------------------------------------

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


--------------------------------------------

Sekianya diberi pilihan,
adakah kita akan mendoakan yang baik atau buruk
kepada golongan pemerintah?

--------------------------------------------

Teladan yang Baik.

Imam Ahmad bin Hanbal telah dipenjarakan,
diseksa dan dipaksa menukar pendirian akidahnya
pada zaman Khalifah al-Makmun.

Namun,
apabila ada yang bertanya...

"Wahai imam, apakah doamu kepada pemerintah?"

Telah dijawabnya,

"Andai pada kami ada doa yang dikabulkan,
sungguh akan kami doakan kebaikan buat pemerintah."

--------------------------------------------

Dalam kisah yang lain,

Telah berkata Fudhail bin Iyadh,

"Jika aku tahu mana doa yang dikabulkan,
maka akanku doakan pemerintah."

Ditanya kembali padanya,
"jelaskan maksudmu."

Beliau berkata........,

"Apabila doa itu hanya ditujukan buatku,
ia tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku.
Namun,
apabila aku tujukan doa itu kepada pemerintah,
sekiranya pemerintah berubah menjadi baik,
maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikannya."

---------------------------------------------
---------------------------------------------

Hidup Berkeluarga.

Musibah itu mengecil jika dirahsiakan,
Membesar jika dikeluh kesahkan,
Terurai jika diadukan pada Allah,
Merumit jika diumbar pada manusia...


Teringat pada En. Am (hubby),
Kerap peringatkan Pn. Iqa,

"hidup yang kita nak kejar,
mati."

-------------------------------------------

Orang Melaka.
Adat; muka pengantin disapu arang.
En. Am ketap bibir menahan geram.
Hik3 Pn. Iqa tersenyum. (kan ninja!)

(^__^)y :- "Saat paling hampir hamba pada sisi tuhannya, ketika dia bersujud"

Ditulis di,

Comments

Abd Razak said…
Wa'alaikumusalam..:)

Alhamdulillah sihat dan semoga Pn Iqa dan suami berada dalam keadaan sihat walafiat atas izin~Nya...aamiin

Mendoakan kebaikan untuk pemimpin merupakan ibadah yang dituntut kerana jika ia berubah menjadi baik dan lebih baik maka semua orang di bawah pimpinannya akan merasa manfaat dan kebaikannya.

Moga Allah kasih dirimu..
fuad ansari said…
Selamat berbahagia puan iqa... (",)

*walaupun arang yg disapu, tetap nampak macam sapu kasih-sayang.. berseri2 wajahnya.. (",)
PeRdU cINta said…
Doa itu senjata mukmin..gunakan sebaiknya..moga menjadi benteng pada setiap muslihat syaitan dan iblis,,
BUNDA said…
assalam

Orang yang baik adalah yang sentiasa mendoakan kebaikan unyuk orang lain dan sentiasa mengajak orang lain kejalan kebaikan..
BUNDA said…
Salam ukhwah dan salam ziarah dari bunda....
kueh said…
hai hai ninjaaaaa :D

heee... xthu la nk komen ape..

suka ayat ni :

"Saat paling hampir hamba pada sisi tuhannya, ketika dia bersujud"

peace ! <3
RuMaH TuA said…
En. Abd razak:-

amin... insyaallah...

Ya. Sama mencontohi orang2 yang telah berjaya.
Moga Aallah kasih dirimu.
RuMaH TuA said…
Jazakallah en fuad... :)

Hikhik
Mohon doa.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Nana bam bam :-

alhamdulillah...
Mudah-mudahan...
Amin...
Insyaallah...

Moga dirimu dikasihi Allah.
RuMaH TuA said…
Perdu cinta:-

Okai. Mohon doanya kak.
Hee...

Belajar dan terus belajar mendekati tuhan.

Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Bunda:-

Waalaikumussalam...

Insyaallah.
Mari kita usahakan.

Salam ukhwah dari iqa.
Moga Allah kasih.
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Kukucece...
3bulan x jumpa...

Jumpa2 t da nak nikah.
Hikhik

Jomjom solat dan jaga solat.
Supaya sentiasa hampir denganNya.

Moga Allah kasih.
SyaheeDah said…
indah bila memilih yang baik.
hati puas.
kerana itu fitrah.

bukan mudah.
namun dengan nusrah Allah.
segalanya akan mudah.

alhamdulillah. tergambar nikmat Allah.
hidup berkeluarga.
saling memberi dengan pemberian Allah.^___^

moga terus bahagia dan bahagia.

*nk p air terjun chamang jgk.huhu
dgn puan rumah tua n hosmate, insyaAllah(",)

Popular posts from this blog

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: Segmen Saya Follow U, U Follow me ::.

Assalamualaikum... Moga hanya yang baik-baik dari Allah. --------------------------------- Saat manusia memandang kepada luaran. Hanya Allah sebagai penilai. --------------------------------- Segmen Saya Follow U, U Follow me. --------------------------------- Sebab bersegmen. 1. Kata-kata tuan asal segmen di shoutbox. Terutama ayat 'kalau ader kesudian'. (^__^)y Oh no... Oleh sebab ayat ni juga,  sejarah baru RuMaH TuA tercipta sekali lagi. Mengikuti segmen megmen ni buat PERTAMA kali. (^_^)y 2. Baru perasan. Selalu blogwalking ke blog mselim3. Klik link segmen follow mengfollow ni. Senyum jela sebab yakin da follow. Then, da masuk blog orang tu. Saja-saja klik butang follow. Nak pastikan da follow. Apanye... La... Belum follow rupanya. Macam tak adil je kalau selalu jalan-jalan blog seseorang tu tapi tak follow. Ehem! Sedang kita memang duk follow. Kan. Kan. Ek.#!^$ ---------------...