Skip to main content

.:: KeTuLuSan BiBiR ::.

Assalamualaikum...

Apa khabar semua?
Moga Allah berkati seluruh kehidupan kita kita.
Insyaallah.

---------------------------------

Lama berhibernasi tidak menandakan laman blog pemulisan peribadi ini dilupai. Tetapi kesibukan membataskan keinginan untuk menulis dan berkongsi. Walaupun begitu, dek kerana minat meluahkan rasa dalam bentuk tulisan, iqa masih mengelek sebuah buku dan pen. Terus menulis kerana cinta. Sampaikan herot petot buku nota iqa tu. Hikhikhik

---------------------------------

Senyuman.

Di antara perkara yang terindah Allah jadikan buat hamba-hambanya yang bersyukur.
Meneladani manusia agung Muhammad Rasulullah, senyuman tidak pernah lekang dari bibir mulianya. Sehinggakan pada mereka yang tidak disukai Baginda juga turut mendapat senyuman indah baginda.

Oh betapa bertuahnya mereka.


----------------------------------

Senyumlah!

Kerana senyuman tidak pernah
 mengurangkan rezeki kamu atau dia.
Senyuman menambah bahagia.
Hatimu tenang, orang pun senang.

----------------------------------

Sabda Rasulullah,

تَبَسُّمُكَ فِى وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ
“Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu“

----------------------------------

Rumahtangga Sakinah.

Bagaimanapun rumahtangga mu saat ini,
hiasilah dengan senyuman manis.
Resepi bahagia perkahwinan,

-----------------------------------

Senyumanmu suami, buatkan mekar si bunga dalam hati.


Ditulis di,

Comments

PeRdU cINta said…
Ikhlas..senyum yang ikhlas kesannya sampai ke jiwa..insyaAllah..
Abd Razak said…
Assalamualaikum..:)

Senyum mengubat segala kedukaan. Selamat berpuasa.

Moga Allah kasih dirimu..
RuMaH TuA said…
Perdu cinta:-

Insyaallah..
Hati senang jiwa tenang...

"Moga Allah kasih"
RuMaH TuA said…
Abd Razak:-

Waalaikumussalam.
Insyaallah.
Senyum! Sedeqah buat saya, dia & mereka.

Moga Allah kasih.

(^__^)
School Of Tots said…
Senyum sangat elok
Ia mencegah masam
Anda telah di'tag'
http://eikorina.blogspot.com/2014/09/blogger-liebster-award.html
Ibu Fahim said…
indah sungguh bait-baitnya...:-)
Rossli said…
Hari hari cuba praktis senyum. Bila bos bagi kerja yang menguji emosi. Masam balik. Payahnya nak ikhlas dalam memberi senyum

Popular posts from this blog

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

Birthday Party Sofea

Assalamualaikum... Moga semua sihat dalam kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Baru-baru ini 24.3.2017 Sofea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama. Umi & Baba merancang menyambut kelahiran pertama ini dengan satu majlis bersama keluarga, rakan-rakan terdekat & jiran-jiran. ------------------------------------------- Event Planner Pada mulanya umi berniat untuk menggunakan perkhidmatan event planner & menyewa satu event space. Tetapi setelah umi membelek kalendar umi perasan yang 24 Mac 2017 tu hari jumaat cuti sekolah. oleh sebab cuti sekolah seminggu, umi decide umilah event planner. hehehe ------------------------------------------- Party Planning First thing yang umi buat ada fikirkan theme birthday sofea. Oleh sebab nama baby love umi Khadijah Sofea & ini birthday party yang pertama, Umi memilih theme Sofia the First. Tempat. Umi berniat nak buat di event space ayer8 Putrajaya. Tetapi baba kurang setuju dan baba mencadan...

.:: AdAb PerJaLaNaN ::.

Salam Ramadhan.... Serasanya sudah lama kita tidak berkongsi mengenai adab. Adab yang mana daripada apa yang baginda Rasulullah ajarkan kepada kita. Mana - mana yang kurang, sila topup...  (^-^)y Syukran... errr... Org lain tulis post tentang Ramadhan... Tapi RuMaH TuA..... (",) Kalau yg ni, agak2 buat adab perjalanan tak? ( ustazah naik bot tu, ustazah baca doa apa??  tak kongsikan pun kat sini.. (",) ) ~ Syukran en. fuad  ~ Baca doa,  بسم الله مَجرِهَا ومُرسِهَا انَّ ربِّي لَغَفُور رَحِيم Adab Perjalanan Seperti biasa, setiap perkara yang hendak kita lakukan adalah paling baik sekiranya kita dapat bersolat. Begitu juga apabila kita hendak memulakan perjalanan, mulakan dengan solat sunat 2 rakaat. Insyaallah, bolehla kita amalkan doa ini, ُاللهُمَّ بِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَصُولُ وَبِكَ اَسِير Kemudian, kita baca  بسم الله توكلت على الله Apabila kita keluar rumah, melangkah dengan kaki kiri dahulu. Tetapi diingatkan pakai kasut atau sel...