Skip to main content

Cinta pada Isteri Orang



MENCINTAI ISTERI ORANG


CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL 
CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .


Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri. Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga.


Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )


Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan.


المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”




----------------------------------------------------

Cinta Lepas

Jangan dikenang atau dilayan perasaan yang lepas. Dekatkan dirimu dengan Allah. Doa.


-----------------------------------------------------

Sedih

Mengenangkan berapa banyak rumah tangga yang musnah akibat orang ketiga, hiba hati.


-----------------------------------------------------

Perempuan

Jadi perempuan, hiduplah dengan penuh maruah. Harga diri yang tiada nilainya.


----------------------------------------------------

Lelaki

Kekar lenganmu tidak harus rebah dikaki wanita yang bukan milikmu apatah milik yang lain.


-----------------------------------------------------

Kumbang bukan seekor.
Bunga bukan sekuntum.

----------------------------------------------------



Comments

Anonymous said…
hidup boleh diteruskan tetapi mampukah beristeri saat hati milik yang lain walaupun isteri orang?

Popular posts from this blog

Mati

Assalamualaikum... Semoga Allah merahmati kita semua. Insyaallah. ------------------------------------------ Allah berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ “Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga, maka sungguh dia telah berjaya. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdaya” (ali-Imran 3: ayat 185) ------------------------------------------- Adakah peringatan yang lebih baik selain mengingatkan kematian? ------------------------------------------- Jiwa-jiwa hamba sentiasa alpa,  Lalai bahawa dunia ini sifatnya sementara. Bimbang tika jiwa penuh dunia, Allah panggil menghadapNya. Mati. Kematian yang ...

SapRaH

Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Mudah - mudahan sihat semuanya. Alhamdulillah untuk semua nikmatNya. Tak lama lagi anak jiran saya, Maulana Amin akan melangsungkan perkahwinan. Setelah sekian lama tak ada kenduri di kawasan kejiranan saya. Teruja pula. Tak lupa sahabat madrasah sg. Badak, Aina yang juga akan berkahwin bulan 2 ni. Mudah - mudahan Allah permudahkan semua urusan kalian.  Buat sahabat madrasah sg. Salan, Jannah Cik Din alhamdulillah selamat da awak jadi ustazah budak2 hafizah kat j.11. Jaga 2 orang adik sepupu iqa yang baru masuk minggu lepas na. Tak mau garang - garang. :-) kemetot  lagi budak berdua tu. Hee~~~    Saprah .  Penggunaan saprah. Alas yang digunakan ketika makan. Semua tahukan... Tak perlu diulas panjang2. Apa yang dapat saya lihat, kebanyakkan dari kita kelihatannya kurang mengambil berat mengenai sunnah yang satu ini. Benda yang senang ini pun jadi susah. Yelah! Susah kerana bila kita buat kita dapat pahala... Kan? S...

.:: Segmen Saya Follow U, U Follow me ::.

Assalamualaikum... Moga hanya yang baik-baik dari Allah. --------------------------------- Saat manusia memandang kepada luaran. Hanya Allah sebagai penilai. --------------------------------- Segmen Saya Follow U, U Follow me. --------------------------------- Sebab bersegmen. 1. Kata-kata tuan asal segmen di shoutbox. Terutama ayat 'kalau ader kesudian'. (^__^)y Oh no... Oleh sebab ayat ni juga,  sejarah baru RuMaH TuA tercipta sekali lagi. Mengikuti segmen megmen ni buat PERTAMA kali. (^_^)y 2. Baru perasan. Selalu blogwalking ke blog mselim3. Klik link segmen follow mengfollow ni. Senyum jela sebab yakin da follow. Then, da masuk blog orang tu. Saja-saja klik butang follow. Nak pastikan da follow. Apanye... La... Belum follow rupanya. Macam tak adil je kalau selalu jalan-jalan blog seseorang tu tapi tak follow. Ehem! Sedang kita memang duk follow. Kan. Kan. Ek.#!^$ ---------------...