Skip to main content

Hijrah yang tak pernah henti.


Assalamualaikum,

Semoga Allah memelihara serta mengekalkan iman kita ketika kembali kepadaNya.


--------------------------------------

Perasaan.

Nyata perasaan sendiri tidak pernah berubah walaupun setelah menginjak usia hampir masuk ke alam 30an 2021 akan datang. Perasaannya masih sama. Yang berbeza komitmen itu.

Bergelar isteri hampir 8 tahun.
Bergelar ibu kepada anak-anak.
Menjadi guru kepada murid-murid hampir 6 tahun.
Menggalas tugas sebagai seorang anak sejak dilahirkan 29 tahun lalu.
Juga menantu sejak 8 tahun lepas.

Ya, aku berbeza kerana komitmen itu.

Perasaan itu masih sama kerana aku mampu mengenang cerita-cerita semalam seolah-olah baru hari ini terjadi. Aku belum terasa tua. Belum terasa kematian itu untukku. Astaghfirullah. 

Perasaan itu harus berubah. 
Kematian itu paling dekat. 
Itulah komitmen sebenar. 
Terhadap Tuhanku.
Allah.

------------------------------------------------

Semoga Allah memilih aku terus untuk agama ini.
Biar lafaz dan perasaan cinta untuk itu seiring dengan pembuktiannya.
Amal meningkat. Yakin teguh. Akidah mantap.
Insyaallah.







Comments

Angah Rahim said…
Allah...Alhamdulillah..Kakak Pea turn 4 dgn jayanya...dan membesar dgn bahagianya..hehehe...